Saturday, November 18, 2017

Tanda Kematangan Dalam Kehidupan






1. Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk mengubah diri sendiri.

2. Boleh menerima orang lain seadanya,  faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit tetapi tetap memberi, tetapi tidak pernah meminta.

5. Melakukan sesuatu dengan ikhlas, bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan diri sendiri dan mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Berhenti membandingkan nasib diri sendiri dengan nasib orang lain. Sebaliknya  membandingkan nasib diri yang semalam. Berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8.  Mampu bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

10. Hati memandu minda untuk berbuat kebaikan  dengan niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan. Dikongsi bersama dan dijadikan iktibar serta pedoman dalam meniti perjalanan dunia juga akhirat. Aamiin.

No comments:

Post a Comment