Patung Buddha menyambut ketibaan
pengunjung di lapangan terbang Colombo. Patung Buddha bukan sahaja di lapangan
terbang tetapi ada di serata Colombo.
Pandangan sebegini adalah biasa di
negara yang 70% penduduknya adalah beragama Buddha. Rekabentuk dan budaya
sesebuah negara kebiasaannya adalah mengikut kepercayaan dan budaya majoriti
penduduknya.
Ekstrimis Buddha mula muncul di Sri Lanka selepas lawatan
pangganas Buddha, Arshin Wirathu, ketua Pergerakan 969 Myanmar ke Sri Lanka
pada 2014.
Melayu Sri Lanka
Sejarah Melayu di Sri Lanka bermula apabila seorang
Raja Melayu bernama Chandrabahanu menjajah utara Sri Lanka yang dikenali
sebagai Jaffna pada hari ini bagi mendapatkan patung berhala Buddha.
Kemasukan beramai-ramai orang Melayu dan Jawa adalah pada kurun
ke-17 selepas Belanda menewaskan Portugis.
Pada 1707, Belanda yang ketika itu
menjajah Indonesia telah mengusir keluarga diraja Jawa iaitu Susunan Mangkhurat
Mas ke Sri Lanka. Pada awal kurun ke-19 atau lebih tepat pada 1802, telah
ditubuhkan juga Rejimen Askar Melayu Sri Lanka dan menerima pengiktirafan dari
Permaisuri England!
Pada 1802, Sultan Kedah ketika itu,
Sultan Dziaddin Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal
Adilin Mu'adzam Shah II telah menghantar kontingen Melayu dari Kedah yang
disertai oleh Melayu dari Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Hari ini, menurut bancian pada tahun
2011, terdapat seramai 40,000 Melayu di Sri Lanka (0.2%). Majoriti mereka
beragama Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu Nusantara yang amat berbeza
dengan Sinhalese dan Tamil di Sri Lanka.
[Bahan dari Firdaus Wong]
No comments:
Post a Comment