Monday, November 13, 2017

Dipecat Kerana Tidak Buat Salah



Pada zaman pemerintahan Khalifah Syaidina Umar bin Khatab, ada seorang panglima perang yang disegani lawan dan dicintai kawan. Panglima perang yang tidak pernah kalah sepanjang memimpin tentera di medan perang. Baik pada saat beliau masih menjadi panglima Quraish, mahupun setelah beliau masuk Islam dan menjadi panglima perang umat muslim. Beliau adalah Jeneral Khalid bin Walid.

Namanya harum di mana-mana. Ke mana beliau pergi selalu disambut dengan teriakan, "Hidup Khalid, hidup Panglima Perang, hidup Pedang Allah yang Terhunus." Ya! .. beliau mendapat gelaran langsung dari Rasulullah SAW yang menyebutnya sebagai Pedang Allah yang Terhunus. 

Dalam suatu peperangan beliau pernah mengalahkan pasukan tentera Byzantium dengan jumlah pasukan 240.000. Padahal pasukan muslim yang dipimpinnya hanya berjumlah 46.000 orang. Dengan mengatur strategi, kemenangan di tangan tentera Islam. Itulah Khalid bin Walid, yang tidak gentar menghadapi lawan yang jauh lebih ramai.

Khalid bin Walid memang sangat sempurna di bidangnya; ahli siasat perang, mahir segala senjata, piawai dalam berkuda, dan berkarisma. Dia juga tidak sombong dan lapang dada walaupun dia berada dalam puncak populariti. 

Pada suatu ketika, beliau sedang berada di garis depan, memimpin peperangan. Tiba-tiba datang seorang utusan dari Amirul mukminin, Syaidina Umar bin Khatab, yang mengirim sepucuk surat. Di dalam surat tersebut tertulis pesanan ringkas, "Dengan ini saya nyatakan  Khalid bin Walid dipecat sebagai panglima perang. Segera mengadap!"

Menerima berita tersebut tentu saja beliau sangat gusar. Beliau memikirkan alasan pemecatannya. Kesalahan apa yang telah dilakukan? Begitulah yang berkecamuk di dalam fikiran beliau. 

Sebagai perajurit yang baik, taat pada atasan, beliau segera mengadap Khalifah Umar Bin Khatab. Sebelum berangkat beliau menyerahkan tugas komander perang kepada penggantinya. 

Sesampai di depan Umar beliau memberikan salam, "Assalamualaikum Amirul mukminin. Saya menerima surat pemecatan. Betulkah saya dipecat?"

"Waalaikumsalam warahmatullah. Betul Khalid!" Jawab Khalifah.

"Kalau masalah dipecat itu hak anda sebagai pemimpin. Tapi, kalau boleh tahu, apa salah  saya?"

"Kamu tidak ada kesalahan."

"Habis kenapa saya dipecat? Saya tak mampu menjadi panglimakah?"

Dengan tenang Khalifah Umar bin Khatab menjawab, "Khalid, kamu panglima terbaik. Ratusan peperangan telah kamu pimpin, dan tak pernah satu kalipun kalah. Setiap hari masyarakat dan perajurit selalu menyanjungmu. Tak pernah saya mendengar orang menjelek-jelekkan. Tapi, ingat Khalid, kamu juga manusia biasa. Terlalu banyak orang yang memuji mungkin akan timbul rasa sombong dalam hatimu. Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki rasa sombong''.

''Seberat debu rasa sombong di dalam hati maka neraka jahanamlah tempatmu. Kerana itu, maafkan aku wahai saudaraku, untuk menjagamu terpaksa saat ini kau saya pecat. Supaya engkau tahu, jangankan di hadapan Allah, di depan Umar saja kau tak boleh berbuat apa-apa!"

Mendengar jawapan itu, Khalid tertegun. Beliau langsung mendakap Khalifah Umar.

Sambil menangis beliau berbisik, "Terima kasih ya Khalifah. Engkau saudaraku!"

Bayangkan …. mengucapkan terima kasih setelah dipecat, padahal beliau tidak buat salah apapun. Adakah jawatan penting saat mampu bersikap mulia seperti itu? Yang banyak terjadi ialah penentangan, mempertahankan jawatan mati-matian, mencari sokongan, mencari kawan, mencari pembenaran, atau mencari kesalahan orang lain supaya kesalahannya tertutup.

Jangankan dipecat dari jawatan tinggi, 'kegagalan' dalam perjalanan kerjaya pun seringkali tidak boleh diterima dengan lapang dada. Akhirnya semua disalahkan, sistem disalahkan, orang lain disalahkan, semua digugat.....bahkan hingga yang paling ekstrim.... Tuhan pun digugat..

Kembali ke Khalid bin Walid, hebatnya lagi, setelah dipecat beliau balik lagi ke medan perang. Tetapi, tidak lagi sebagai panglima perang. Beliau bertempur sebagai perajurit biasa, sebagai bawahan, dipimpin oleh mantan bawahannya dahulu. 

Beberapa orang perajurit kehairanan melihat mantan panglima yang gagah berani tersebut masih mahu ikut berperang. Padahal sudah dipecat. Lalu, ada di antara mereka yang bertanya, "Ya Jeneral, mengapa anda masih mahu berperang, padahal anda sudah dipecat."

Dengan tenang Khalid bin Walid menjawab,"Saya berperang bukan kerana jawatan, populariti, bukan juga kerana Khalifah Umar. Saya berperang semata-mata kerana mencari keredhaan Allah."

No comments:

Post a Comment