Tuesday, November 7, 2017

Mutiara Dari Firdaus Wong



Perkongsian dari Bro Firdaus Wong, Pengasas Multiracial Reverted Muslim:




Kita mungkin bergegas menunaikan solat dan kita juga boleh mengatur saf kita tetapi kita juga perlu boleh mengatur kasut kita di rak kasut yang disediakan. 

Disiplin di dalam solat sepatutnya perlu diamalkan juga di luar solat di dalam kehidupan seharian kita.


Tatkala rasa kecewa dengan pasangan, fikir semula apakah alasan yang menyebabkan anda berkahwin dengan dia suatu masa dahulu.

Adakah kerana alasan itu telah hilang dari pasangan ataupun pasangan masih yang sama tetapi harapan kita yang telah berubah?

Andai alasan yang menyebabkan anda berkahwin dengan pasangan masih wujud lagi di dalam diri pasangan, dan pasangan pula tidak berubah, usah kecewa dengan pasangan tetapi kecewalah dengan sikap kita sendiri yang tidak pernah merasa syukur dengan pasangan yang masih melayan kita dengan baik.

Semoga Allah Subhanu Wa Ta'ala kurniakan kita rumahtangga yang bahagia. Allahuma Aamiin...


No comments:

Post a Comment