Wednesday, November 15, 2017

Cara Hidup Islam Yang Dirai Penganut Buddha





Sebagaimana kebiasaan, Firdaus Wong, pengasas NGO Multiracial Reverted Muslim akan membawa buku bersama apabila dalam perjalanan terutamanya ketika menaiki kapal terbang. Semasa dalam perjalanan ke Sri Lanka, beliau membawa bersama buku berkaitan agama Buddha. 

Namun kerana terlalu letih, buku tersebut diletakkan di kerusi kosong sebelahnya sebelum tidur. Apabila terbangun, penumpang yang duduk di tepi tingkap, Dr Yasantha menyapanya, 'Are you are Buddhist?'

Firdaus menjawab, 'Nope. I'm an ex-Buddhist.'

Dia menyambung, 'I saw you are reading a book about Buddhism.' 

Dan dia terus menerus bercerita tentang ajaran Buddha. Firdaus hanya mendengar tanpa mencelah. Setelah bercerita panjang, beliau bertanya apakah profesionnya. Firdaus  menjawab, 'I'm a trainer and consultant. We promote interfaith around the globe.'



'Are you a Muslim?' beliau bertanya. Firdaus mengiyakannya. Lalu beliau terus bercakap tentang pandangannya mengenai Buddhist dan Muslim di Sri Lanka. 

Firdaus bertanya, 'Which temple you went to?' 

Katanya dia tidak ke temple dan Firdaus bertanya lagi, 'So you only practice at home?' dan jawapannya mengejutkan Firdaus.

'Yes. I practice at home but I didnt practice Buddhism. I practice Muslim way of life at home and outside.'

Teruja mendengar jawapan itu dan Firdaus bertanya; 'Interesting. Mind to share more on this?' Lalu dia menyambung;

'Buddhism teaching is very good but what I saw around me in Sri Lanka it had become a theoretical religion and not a practical religion. When I go to temple last time, they ask for donation. Temple had become a centre to enrich the priest.' 

'They supposed to live moderate lifestyle and stay away from such desire of worldly needs but they drive big cars. Buddhist around me take advantage of me. I can't say the same with my Muslim friends around me.' 

'They are very helpful and they practice Islam. I see more Buddhism teaching in Muslim friend compare to my Buddhist friends.'

Dari perbualan itu, Firdaus nampak perspektif Islam dari seorang Belum Muslim yang bergaul dengan Muslim. Dia bersetuju bila Firdaus mengatakan, 'This world will become a better place when we talk to one another rather than talk about one another just like what we are doing now.'

Masyarakat hari ini tidak lagi mendengar melalui telinga tetapi mereka 'mendengar' melalui penglihatan. Mereka tidak mahu sekadar dengar berkaitan Islam dari Muslim tetapi mereka mahukan 'mendengar' Islam dari pengamalan Muslim.

Sebelum berpisah, berdua bertukar nombor telefon dan beliau akan ke Malaysia lagi pada bulan Disember nanti. Beliau mahu terus bertanya tentang Islam. Doakan agar beliau dikurniakan hidayah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


No comments:

Post a Comment