Wednesday, November 15, 2017

Penipuan Umrah



Penipuan umrah ini bukan perkara baru. Setiap tahun pasti akan ada mangsa yang teraniaya. Kenapa? Sebab masih ada DEMAND. Masih ada mangsa untuk Si pemangsa. 

Sasaran mereka ialah orang kampung yang tidak pernah tahu atau mendengar tentang kes penipuan umrah sebelum ini.  

Jenis penipuan:
1) Jemaah tunggu di lapangan terbang tetapi tiket penerbangan tidak ada. 

2) Jemaah yang sampai di Makkah/Madinah, hotel tidak ada booking pun! 

3) Terkandas di Makkah/Madinah tidak ada tiket untuk pulang. 

4) Bayar hanya Rm3,900. Jauh lebih murah. kemudian kos selebihnya akan ditanggung/ditaja oleh orang lain. Orang kaya. 

DAN, kebanyakan mangsa penipuan masih tidak dapat wang mereka kembali sehingga hari ini. 

Adalah tanggungjawab kita semua untuk wujudkan KESEDARAN. Bukan hanya dalam media sosial. Tetapi harus lebih meluas. Dari mulut ke mulut, dari masjid ke masjid, dari mutawif ke mutawif. CAKNA dan AMBIL BERAT supaya tidak ada mangsa lagi yang terkena. 


Had harga untuk pakej umrah sudah ditetapkan, tetapi masih ada juga yang tertipu dengan pakej murah yang akhirnya akan mengakibatkan diri sendiri termasuk dalam jerat sindiket penipuan. Ya, memang ada yang selamat pergi balik dengan pakej murah tersebut, tetapi itu di antara taktik penipu. Akan ada yang ‘bertuah’ dapat pergi dan mendapat layanan baik supaya mereka ini dapat menjadi bukti dan ‘alat’ marketing untuk mangsa sebenar. 
Apa yang perlu kita lakukan? 

1)AMBIL BERAT. 
Tidak kisah siapapun, jika anda tahu mana-mana mangsa penipuan umrah, beritahu ... tunjukkan bahawa kita cakna. 

2) KENALPASTI TRAVEL AGENT ANDA. 
Ambil travel agent yang berpengalaman, berdaftar dan mempunyai latar belakang pengurusan umrah yang baik. Selidik, cari maklumat dan bertanya. 

3) ELAKKAN PAKEJ YANG MENAWARKAN HARGA KURANG DARI HARGA STANDARD YANG DITETAPKAN. 
Kadangkala ada yang benar-benar menawarkan harga murah, mungkin pada masa tersebut syarikat itu mendapat harga promosi tiket kapal terbang, atau hotel yang murah.., tetapi jarang sekali sebab kos umrah murah. Sekarang kos semakin meningkat. Oleh itu buat kajian menyeluruh dan lebih terperinci. 

Silakan kongsikan pengalaman anda jika pernah menjadi mangsa penipuan umrah supaya orang lain dapat baca dan sedar. 



No comments:

Post a Comment