Thursday, March 16, 2017

Usaha Dari Diri Dan Bantuan Allah



Petani melihat hasil tanamannya sudah sesuai untuk dipetik. Dia menyuruh anaknya mengajak jiran mereka untuk datang menolong.

Anak burung yang berada dalam sarang di atas pokok bimbang sarangnya akan musnah bila hasil pokok dipetik sedangkan tubuhnya masih belum ditumbuhi bulu.Diceritakan kebimbangannya itu pada ibu yang baru pulang membawa makanan.

Jawab ibu, " Jangan risau. Jiran tu takkan datang esok!"

Memang benar sangkaan ibu burung. Sementara itu usia anak burung bertambah sehari lagi. Tubuh semakin kuat dan bulu pada sayap sudah mula tumbuh.

Seminggu kemudian petani dan anaknya datang semula ke kebun.

"Nampaknya jiran kita belum datang lagi. Esok kita songsong mereka dan ajak mereka tolong kita di sini."

Sekali lagi anak burung cemas. Tetapi ibu burung tetap tenang kerana yakin hal itu takkan berlaku. Ketika itu bulu pada sayap anak burung semakin lebat dan sudah kuat untuk terbang.

Beberapa hari kemudian mereka terdengar petani berkata kepada anaknya, "Sudah dua kali jiran kita tak jadi datang. Esok pagi kita sendirilah yang kerjakan."

Ibu burung mengajak anaknya berpindah segera tanpa menunggu esok hari.

IBRAH

Untuk mencapai apa yang dihajati, usaha mesti datang dari diri sendiri. Jangan mengharapkan bantuan orang. Yakinlah pada diri sendiri yang Allah S.W.T. akan sentiasa mempermudahkan segala usaha, terutama yang berkaitan rezeki.

No comments:

Post a Comment