Saturday, March 18, 2017

Kemuliaan Solat Dhuha



Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan

Pertama: DOSA TERAMPUN

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

Kedua: ORANG BERTAUBAT

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

Ketiga : TERCATAT SEBAGAI ORANG YANG TAAT

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan pada hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

Keempat : MASUK SYURGA DARI LINTU KHUSUS

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak dia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

Kelima : REZEKI BERES

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

Keenam: SUDAH BERSEDEKAH

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan tadi, masih ada keutamaan lain. Sayang kalau dilepaskan begitu saja.....iaitu pahala besar seperti ORANG MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH YANG DITERIMA OLEH ALLAH.

[Ustaz Hasnan Fan Club]

No comments:

Post a Comment