Friday, March 24, 2017

Dagangan Dengan Tuhan



Seorang lelaki tua, pakaian lusuhnya menampakkan jelas kefakiran yang dialaminya. Ia memasuki sebuah toko megah untuk membeli selimut. Dia memerlukan 6 helai selimut untuk keluarganya di musim sejuk ini. Tapi wang yang ia miliki hanyalah 100 riyal. Kata pakcik itu "wahai tuan, adakah tuan menjual 6 helai selimut yang berharga 100 rial?".

Pemilik kedai berkata:
"Oh ada pakcik, saya ada selimut bagus buatan Turki, harganya juga murah, hanya 20 riyal sehelai. Kalau pakcik beli 5 buah akan mendapat percuma 1 helai."

Lega...
Terpancar kegembiraan diwajah lelaki tua itu. Segera ia menghulurkan lembaran wang 100 riyal miliknya. Dengan wajah berseri sambil membawa selimut ia berlalu pergi.

Teman si pedagang yang sejak tadi duduk memperhatikan ini berkata: "Engkau ini aneh sekali, bukankah kelmarin engkau mengatakan selimut itu jenis selimut termahal di tokomu ini, kalau tidak salah kelmarin engkau menawarkan nya kepadaku seharga 350 riyal sehelainya ?"

Pedagang itu menjawab: "Benar sekali, kelmarin aku menjual kepadamu 350 riyal tidak kurang sedikitpun. Kelmarin aku berdagang dengan manusia. Hari ini aku berdagang dengan ALLAH. Aku ingin keluarga lelaki tua tadi dapat terhindar dari kedinginan di musim sejuk yang akan datang tidak lama lagi.

Aku berharap ALLAH menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka di akhirat nanti. Demi ALLAH, kalaulah tidak kerana menjaga harga diri lelaki tua tadi, aku tidak ingin menerima darinya wang sedikitpun. Aku tidak ingin ia merasa menerima sedekah sehingga merasa malu di hadapan kita di sini."

***

Sesungguhnya untuk bermuamalah yang benar kepada ALLAH, memerlukan seni dan akhlak yang tinggi. Semoga kita boleh mencontoh akhlak dari pedagang tersebut.

Semoga Bermanfaat.. Jadikan inspirasi hidup kita untuk menggapai kebahagiaan di negeri akirat yang kekal abadi.

Dari Abu Hurairah dia berkata; *Rasulullah SAW telah bersabda: _"Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang lain yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan di dunia dan di akhirat." (HR Muslim) Kitab Fadhilat Sedeqah

No comments:

Post a Comment