Monday, March 27, 2017

Ibadah Yang Sia-sia


Abu bin Hasyim kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun, tidak pernah tinggal melakukan solat tahajud. Pada suatu malam dia hendak mengambil wudhu untuk solat tahajud, tiba-tiba hadir sosok makhluk yang duduk di bibir periginya.

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah kau?”

Sambil tersenyum, sosok itu berkata, “Aku Malaikat utusan Allah.”

Abu Bin Hazim hairan sekaligus bangga kerana kedatangan tamu Malaikat mulia itu. Dia lalu bertanya, “Apa yang mahu kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.” Malaikat itu memegang kitab yang tebal, Abu lalu bertanya lagi, “Wahai Malaikat, buku apakah yg kau bawa itu?”

Malaikat itu menjawab, “Ini adalah kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah S.W.T.”

Mendengar jawaban Malaikat itu, Abu bin Hasyim berharap dalam hati, namanya ada di situ. Maka ditanyalah Malaikat itu lagi, “Wahai Malaikat, adakah namaku tertulis di situ?” Abu bin Hasyim yakin bahwa namanya patut tertulis di dalam buku itu, amalan ibadahnya tidak kenal lelah dan putusnya. Dia selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdoa dan bermunajat kepada Allâh S.W.T. di sepertiga malam.

Malaikat itu membuka kitab besarnya. Ternyata nama Abu bin Hasyim tiada di dalamnya. Dengan tidak percaya, Abu bin Hasyim meminta Malaikat itu memeriksanya sekali lagi. “Betul … namamu tidak ada di dalam buku ini,” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim pun jadi gementar dan jatuh tersungkur. Dia menangis. “Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan bermunajat … tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah S.W.T.,” ratapnya.

Malaikat itu berkata, “Bukan aku tidak tahu kau bangun tahajud setiap malam ketika yang lain sedang tidur… mengambil air wudhu dan kedinginan pada saat orang lain terlelap dalam buaian malam. Tapi tanganku dilarang Allâh S.W.T. daripada menulis namamu.” “Apakah yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang rajin bermunajat kepada Allâh S.W.T., tapi engkau tunjukkan ibadahmu itu dengan rasa bangga ke mana-mana saja dan asyik beribadah dengan memikirkan diri kamu sendiri. Di kanan dan kirimu ada orang yang sakit atau lapar, tidak engkau hiraukan, ziarah dan beri makan. Bagaimana mungkin kau dapat menjadi hamba pencinta Allah S.W.T. kalau kau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakanNya?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim rasa seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar bahawa hubungan ibadah manusia itu tidaklah hanya kepada Allâh S.W.T. semata-mata (hablumminAllâh), tetapi juga sesama manusia atau makhluk Allah S.W.T. (hablumminannâs) dan sekelian alam.

===================🕋🕋🕋

JANGAN BANGGA DENGAN IBADAH SENDIRI. MAHU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH S.W.T. SENANG DENGAN KITA?

Nabi Musa: "Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?"

Allah: SOLAT? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, kau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa: "Lalu apa yang membuatMu senang Ya Allah?"

Allah: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIKmu.Itulah yang membuat AKU senang, kerana ketika kau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. Dan AKU akan menggantimu dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)

Buatlah apa yang Allah S.W.T. senang maka Allah S.W.T. akan limpahkan rahmatNya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia...

(Kitab Mukasyafatul Qulub, karya Imam Al Ghazali)

No comments:

Post a Comment