Thursday, March 16, 2017

Pintu-Pintu Hidayah


Kita bukan penduduk bumi,
Kita penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
Kita berasal dari syurga.

Carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita.
Jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pengembara dalam perjalanan kembali ke rumah kita.
Tak rindukah pada kampung kita?

Orang yang sedang dalam perjalanan pulang selalu ingat akan rumahnya,
sentiasa mencari buah tangan untuk kekasih hati yang menunggu di rumah.
Lalu, apakah yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal soleh dan keimanan, taat pada Nya, serta rasa rindu padaNya
Dia sedang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintah-Nya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kampung asal kita di syurga.
Kenapa kita lupa?
Rumah kita jauh lebih indah di sana,
kenikmatannya tidak terlukiskan,
dihuni oleh mereka yang mencintai kita.
Isteri solehah,
Suami soleh,
Jiran dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap,
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
"Bila keluarga kami akan pulang?"

Ikutilah GPS (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai panduan perjalanan.
Jangan tersilap arah dan menyimpang ke rumah iblis Laknatullah di neraka.

Kita bukan penduduk bumi
Kita penduduk syurga.
Bumi hanya persinggahan mencari bekalan
Semoga perjalanan kembali kita selamat dan diRahmati

INGAT, INI BUKAN RUMAH KITA!!!


Hati yang sakit penuh maksiat
Berpeluang sembuh jika berniat
Asalkan tempoh belum tamat
Bersedia dibedah dan diubat

Rawatan taubat penuh berliku
Diuji dicemuh dikutuk selalu
Mulut tak berinsurans tak pernah mahu
Insan kembali ke jalan Yang Satu

Jangan lemah menempuh susah
Andai yang lampau masih mencelah
SABARLAH DALAM MUJAHADAH
Tinggalkan semua manusia pemusnah

Semoga Allah jauhkan kita semua dari akhlak yang buruk, amalan yang buruk dan manusia yang bersikap buruk.Aamin aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin

#DenganAllahYangSusahJadiMudah


Hendak hadiah kena tunggu harijadi.
InsyaAllah nanti ada orang yang beri.

Hendak HIDAYAH kena cari. Selalu mohon pada ILAHI.
Jangan tunggu sebelum badan dah NAK MATI.


Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, keadaan berbeza. Kenapa? Sebab terlebih dosa.

Jom cari kubur ideal dengan TAUBAT NASUHA untuk menghapuskan dosa yang berjuta-juta jenis dosa.

Jom cari kubur ideal dengan AMALAN TERBAIK dan MENYERU KEPADA KEBAIKAN.




No comments:

Post a Comment