Friday, March 31, 2017

Dunia Fana Jangan Terpana



Ribut pantas melanda. Dalam keadaan ketakutan dengan nasib diri, monyet berpaut kukuh pada dahan pokok.

Selepas beberapa waktu, ribut pun berlalu dan diganti dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa.

Aduhai! Enaknya bila diulit lembut...Tiba-tiba....Debuuuuk!!!

Monyet tersungkur di perdu pepohon, jatuh akibat terleka dan terlena.

============

Musibah pantas melanda. Dalam keadaan kebimbangan dengan nasib diri, manusia berpaut kukuh pada perintah Allah.

Solat awal waktu, zikir dan selawat selalu. Al Quran dibaca, ditadabbur sebanyak mungkin.

Selepas beberapa waktu, musibah pun berlalu dan diganti dengan fasa kehidupan amat selesa.

Manusia berubah laku. Berpesta di tempat eksklusif, pakaian, sepatu dan tas nilai beribu, deretan kenderaan mewah di depan vila indah, urusan gelap dicicipi rasuah dan pecah amanah menjadi pilihan. Hilang sudah solat dan sejadah.

Aduhai! Seronoknya hidup! Dunia ini bagaikan aku yang punya....Tiba-tiba....Dammmm!!!

Kenderaan mewah bersepai di lebuhraya. Yang tadinya hebat berubah menjadi timbunan besi semata-mata.

Tubuh kaku tersungkur di pintu Naar, tidak sempat kembali ke jalan yang benar, akibat terlupa dan terleka di syurga dunia.

===========

Nauzubillah min zalik.

Semoga kita terus menjadi hamba-hamba yang hidup dalam Qanaah dan sentiasa bersyukur dengan apa jua Qada' dan QadarNya. Perancangan Allah SWT Yang Maha Berkuasa untuk hamba-hambaNya sentiasa baik belaka.

No comments:

Post a Comment