Thursday, March 9, 2017

Sibuk Hal Dunia Fana


Kita sibuk dengan gosip hiburan, gosip politik, gosip sukan.
Kita sibuk dengan kerenah ahli keluarga, jiran dan rakan.
Kita sibuk mencari ilmu, beramal tanpa mencari ilmu, berdakwah tanpa mencari dan mengamalkan ilmu.
Kita sengaja menyibukkan diri supaya dilihat sibuk.

Islam tidak suruh sisihkan hiburan, politik, sukan, ahli keluarga, jiran dan rakan.
Islam memang suruh cari ilmu, beribadah dan berdakwah.
Islam suruh kita seimbangkan semua aktiviti kehidupan.

Jangan sibuk sangat dengan urusan dunia sehingga terlupa akhirat.
Jangan sibuk sangat dengan urusan akhirat sehingga melepaskan dunia.
Dunia ini ladang bercucuk tanam. Hasilnya kita tuai di akhirat.

Islam suruh kita BERSEDERHANA dalam segala perkara.
Jangan melampaui batas sehingga diri dan orang lain jadi merana.

No comments:

Post a Comment