Friday, March 31, 2017

Perjalanan Kehidupan Dan Ibadah


Pada awalnya, lelaki itu berada di saf belakang sekali, bersama jemaah wanita. Dia duduk diam, senyap DI DALAM RAHIM IBUNYA.

Pada usia 4 TAHUN, lelaki itu duduk di saf belakang. Ayahnya mengawasi gelagatnya. Mujurlah dia tidak berlari ke sana ke mari seperti yang lain.

Pada usia REMAJA, lelaki itu berada di saf tengah. Sedang belajar untuk khusyuk ketika solat.

Pada usia DEWASA, lelaki itu berada di saf pertama untuk menjadi contoh bagi keluarganya.

Pada suatu hari, lelaki itu berada di kepala saf dan bergelar IMAM yang mengetuai solat jemaah.

Pada hari lelaki itu bergelar JENAZAH, dia berada di saf paling depan mengatasi imam dan semua jemaah.

Bagi lelaki itu, terputus sudah semua nikmat dunia dan dia kini disolatkan oleh para jemaah.

======

Sebelum dapat gelaran jenazah, pastikan semua nikmat yang Allah bekalkan kita itu digunakan untuk beribadah:

Menuntut ilmu yang baik itu ibadah.
Mengamalkan ilmu yang baik itu ibadah.
Bekerja mencari rezeki itu ibadah.
Bersukan itu ibadah.
Berkeluarga itu ibadah.
Mendidik keluarga amal makruf nahi munkar itu ibadah.
Bersilaturahim sesama insan itu ibadah.
Bersikap baik dengan makhluk ciptaan Allah itu ibadah.
Menjaga kelestarian alam sekitar itu ibadah.
Menjaga lisan dan semua anggota tubuh dari bermaksiat itu ibadah.

Semua itu menjadi ibadah bila dilakukan dengan niat kerana Allah Taala.

Mengapa kena buat itu semua?
Sebab ganjaran yang Allah bakal berikan itu amat besar.

#MuhasabahDiri

No comments:

Post a Comment