Friday, March 31, 2017

Semoga Kita Bukan Umat Yang Ini

...

...

...

...


[Muhammad Luqman Mukhtar, editor Majalah Solusi]


Tersangat Cinta Hamba Pada Allah


Jika tidak menjadi yang dicintai, maka jadilah yang mencintai.

Jadikan diri umpama Yusuf,
Jadikan diri umpama Yaakub,
Yang punya keyakinan tinggi,
Ke atas Pencipta Yang Hakiki.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah......" (Al Baqarah ayat165).

Dunia Fana Jangan Terpana



Ribut pantas melanda. Dalam keadaan ketakutan dengan nasib diri, monyet berpaut kukuh pada dahan pokok.

Selepas beberapa waktu, ribut pun berlalu dan diganti dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa.

Aduhai! Enaknya bila diulit lembut...Tiba-tiba....Debuuuuk!!!

Monyet tersungkur di perdu pepohon, jatuh akibat terleka dan terlena.

============

Musibah pantas melanda. Dalam keadaan kebimbangan dengan nasib diri, manusia berpaut kukuh pada perintah Allah.

Solat awal waktu, zikir dan selawat selalu. Al Quran dibaca, ditadabbur sebanyak mungkin.

Selepas beberapa waktu, musibah pun berlalu dan diganti dengan fasa kehidupan amat selesa.

Manusia berubah laku. Berpesta di tempat eksklusif, pakaian, sepatu dan tas nilai beribu, deretan kenderaan mewah di depan vila indah, urusan gelap dicicipi rasuah dan pecah amanah menjadi pilihan. Hilang sudah solat dan sejadah.

Aduhai! Seronoknya hidup! Dunia ini bagaikan aku yang punya....Tiba-tiba....Dammmm!!!

Kenderaan mewah bersepai di lebuhraya. Yang tadinya hebat berubah menjadi timbunan besi semata-mata.

Tubuh kaku tersungkur di pintu Naar, tidak sempat kembali ke jalan yang benar, akibat terlupa dan terleka di syurga dunia.

===========

Nauzubillah min zalik.

Semoga kita terus menjadi hamba-hamba yang hidup dalam Qanaah dan sentiasa bersyukur dengan apa jua Qada' dan QadarNya. Perancangan Allah SWT Yang Maha Berkuasa untuk hamba-hambaNya sentiasa baik belaka.

Kasih


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

KASIH...
bagaikan permata,
pinjaman terindah dari Dia,
yang tidak harus disia-sia.

Kerana kasih,
pahit menjadi manis,
keruh menjadi jernih,
tembaga menjadi emas,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi taman,
derita menjadi nikmat,
besi menjadi lembut,
batu menjadi cair,
MUSUH MENJADI SAHABAT,
PERANG MENJADI DAMAI.

KASIH...

Perjalanan Kehidupan Dan Ibadah


Pada awalnya, lelaki itu berada di saf belakang sekali, bersama jemaah wanita. Dia duduk diam, senyap DI DALAM RAHIM IBUNYA.

Pada usia 4 TAHUN, lelaki itu duduk di saf belakang. Ayahnya mengawasi gelagatnya. Mujurlah dia tidak berlari ke sana ke mari seperti yang lain.

Pada usia REMAJA, lelaki itu berada di saf tengah. Sedang belajar untuk khusyuk ketika solat.

Pada usia DEWASA, lelaki itu berada di saf pertama untuk menjadi contoh bagi keluarganya.

Pada suatu hari, lelaki itu berada di kepala saf dan bergelar IMAM yang mengetuai solat jemaah.

Pada hari lelaki itu bergelar JENAZAH, dia berada di saf paling depan mengatasi imam dan semua jemaah.

Bagi lelaki itu, terputus sudah semua nikmat dunia dan dia kini disolatkan oleh para jemaah.

======

Sebelum dapat gelaran jenazah, pastikan semua nikmat yang Allah bekalkan kita itu digunakan untuk beribadah:

Menuntut ilmu yang baik itu ibadah.
Mengamalkan ilmu yang baik itu ibadah.
Bekerja mencari rezeki itu ibadah.
Bersukan itu ibadah.
Berkeluarga itu ibadah.
Mendidik keluarga amal makruf nahi munkar itu ibadah.
Bersilaturahim sesama insan itu ibadah.
Bersikap baik dengan makhluk ciptaan Allah itu ibadah.
Menjaga kelestarian alam sekitar itu ibadah.
Menjaga lisan dan semua anggota tubuh dari bermaksiat itu ibadah.

Semua itu menjadi ibadah bila dilakukan dengan niat kerana Allah Taala.

Mengapa kena buat itu semua?
Sebab ganjaran yang Allah bakal berikan itu amat besar.

#MuhasabahDiri

Bekerja Sehabis Baik


* Ada orang bekerja, mulutnya riuh, tetapi kerjanya siap.
* Ada orang bekerja, mulutnya senyap, tetapi kerjanya siap.
* Ada orang konon bekerja, mulutnya riuh, tetapi kerjanya senyap. Tiada hasil.
* Ada orang konon bekerja, mulutnya senyap, kerjanya pun sama senyap. Tiada hasil.
* Ada orang bekerja, mulutnya riuh, tetapi selepas puas disuruh, baru hendak buat.
* Ada orang bekerja, mulutnya senyap, tetapi selepas puas disuruh baru hendak buat.

Apa pun kerja yang dilakukan, hendaklah dikerjakan sehabis baik. Yang diraih bukan sekadar gaji tetapi ganjaran pahala dari Allah S.W.T.

Firman Allah: " Dan katakanlah; 'Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (At Taubah ayat 105)

[Shuliyana Yahya]

Bila Iman Hilang


Aku khuatir terhadap suatu masa yang roda kehidupannya dapat menggilas keimanan. Keimanan hanya tinggal pemikiran yang tidak berbekas dalam perbuatan. Banyak orang baik tetapi tidak berakal, ada orang berakal tetapi tidak beriman.

Ada lidah fasih tetapi berhati lalai.
Ada yang khusyuk namun sibuk dalam kesendirian.
Ada ahli ibadah tetapi mewarisi kesombongan iblis.
Ada ahli maksiat yang rendah hati bagaikan sufi.
Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat
Ada yang banyak menangis kerana kufur nikmat.
Ada yang murah senyum tetapi hatinya mengumpat.
Ada yang berhati tulus tetapi wajahnya cemberut.
Ada yang berlisan bijak tetapi tidak memberi teladan
Ada penjahat yang tampil jadi pemimpin
Ada orang punya ilmu tetapi tak faham, ada yang faham tetapi tak menjalankan peranan.
Ada yang pintar tetapi membodohi,
Ada yang bodoh dan tidak tahu diri.
Ada orang yang beragama tetapi tak berakhlak.
Ada yang berakhlak tetapi tidak berTuhan.

Lalu di antara semua itu, di mana aku berada?

--- Ali bin Abi Talib ----

Monday, March 27, 2017

Ibadah Yang Sia-sia


Abu bin Hasyim kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun, tidak pernah tinggal melakukan solat tahajud. Pada suatu malam dia hendak mengambil wudhu untuk solat tahajud, tiba-tiba hadir sosok makhluk yang duduk di bibir periginya.

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah kau?”

Sambil tersenyum, sosok itu berkata, “Aku Malaikat utusan Allah.”

Abu Bin Hazim hairan sekaligus bangga kerana kedatangan tamu Malaikat mulia itu. Dia lalu bertanya, “Apa yang mahu kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.” Malaikat itu memegang kitab yang tebal, Abu lalu bertanya lagi, “Wahai Malaikat, buku apakah yg kau bawa itu?”

Malaikat itu menjawab, “Ini adalah kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah S.W.T.”

Mendengar jawaban Malaikat itu, Abu bin Hasyim berharap dalam hati, namanya ada di situ. Maka ditanyalah Malaikat itu lagi, “Wahai Malaikat, adakah namaku tertulis di situ?” Abu bin Hasyim yakin bahwa namanya patut tertulis di dalam buku itu, amalan ibadahnya tidak kenal lelah dan putusnya. Dia selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdoa dan bermunajat kepada Allâh S.W.T. di sepertiga malam.

Malaikat itu membuka kitab besarnya. Ternyata nama Abu bin Hasyim tiada di dalamnya. Dengan tidak percaya, Abu bin Hasyim meminta Malaikat itu memeriksanya sekali lagi. “Betul … namamu tidak ada di dalam buku ini,” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim pun jadi gementar dan jatuh tersungkur. Dia menangis. “Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan bermunajat … tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah S.W.T.,” ratapnya.

Malaikat itu berkata, “Bukan aku tidak tahu kau bangun tahajud setiap malam ketika yang lain sedang tidur… mengambil air wudhu dan kedinginan pada saat orang lain terlelap dalam buaian malam. Tapi tanganku dilarang Allâh S.W.T. daripada menulis namamu.” “Apakah yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang rajin bermunajat kepada Allâh S.W.T., tapi engkau tunjukkan ibadahmu itu dengan rasa bangga ke mana-mana saja dan asyik beribadah dengan memikirkan diri kamu sendiri. Di kanan dan kirimu ada orang yang sakit atau lapar, tidak engkau hiraukan, ziarah dan beri makan. Bagaimana mungkin kau dapat menjadi hamba pencinta Allah S.W.T. kalau kau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakanNya?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim rasa seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar bahawa hubungan ibadah manusia itu tidaklah hanya kepada Allâh S.W.T. semata-mata (hablumminAllâh), tetapi juga sesama manusia atau makhluk Allah S.W.T. (hablumminannâs) dan sekelian alam.

===================🕋🕋🕋

JANGAN BANGGA DENGAN IBADAH SENDIRI. MAHU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH S.W.T. SENANG DENGAN KITA?

Nabi Musa: "Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?"

Allah: SOLAT? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, kau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa: "Lalu apa yang membuatMu senang Ya Allah?"

Allah: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIKmu.Itulah yang membuat AKU senang, kerana ketika kau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. Dan AKU akan menggantimu dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)

Buatlah apa yang Allah S.W.T. senang maka Allah S.W.T. akan limpahkan rahmatNya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia...

(Kitab Mukasyafatul Qulub, karya Imam Al Ghazali)

Kebaikan Yang Ditulis



*Dari Abu Hurairah r.a,* dari Rasulullah s.a.w. sabdanya : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: 'Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan suatu kebajikan tetapi belum dilaksanakannya, Aku tulis untuknya sepuluh sampai tujuh ratus ganda kebajikan.'

'Apabila dia berniat hendak melakukan suatu kejahatan tetapi belum dilaksanakannya, tidak Ku tulis apa2 baginya. Jika dilaksanakannya, Ku tulis untuknya satu kejahatan.'(HR Muslim)

Sunday, March 26, 2017

Yang Didoakan Malaikat


Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafa‘at, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafa‘at di dunia, yang mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang Mukmin.Di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:

pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yang didoakan oleh para malaikat,
kedua: golongan orang yg sengsara, yakni mereka yang dilaknat oleh para malaikat.

Ciri-ciri golongan yang didoakan oleh para malaikat:

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)


2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:' Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

3) Orang-orang yang berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib RA, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah RA, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdo'a) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7) Orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga salat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari qiamat' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang dido'akannya adalah do'a yang akan diqabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a., Sahih Muslim no. 2733)

9) Orang-orang yang berinfaq.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' "
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)


10) Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur"
(Imam Ibnu Hibban dan Imam At-Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib k.w, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

12) Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya : "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a., disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)
{Sumber: Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, Orang-Orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005}

Allah سبحانه وتعالى berfirman maksudnya : "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah Al-Anbiyaa' ayat 26-28)

Nota : Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluk Allah سبحانه وتعالى yang selalu dikabulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredhai Allah سبحانه وتعالى. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang dido‘akan oleh para malaikat.

Shadaqallahul’azhim. والله أعلم بالصواب Waallahu A’lam Bish Shawab

[Foto kredit Wan Anis Mn]

Gangguan Iblis Di Sakaratulmaut


Ada 7 golongan iblis yang akan menggangu manusia ketika akan menghadapi sakaratul maut diantaranya:

1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak , berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang pula berupa makanan dan minuman yang lazat dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya.

2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka iapun akan meraung dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya. Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya.

3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi kesukaan orang yang sedang sakaratul maut, kalau orang yang akan mati itu menyukai burung maka iblis akan menyerupai burung dan apabila tangan orang yang akan mati itu meraba kepada binantang tersebut dan kemudian ia meninggal, maka ia mati dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah, nerakalah tempatnya.

4. Manusia yang mati dalam golongan keempat ini, iblis akan datang pada rupa orang yang paling dibencinya, maka orang yang akan sakaratul maut itu akan timbul rasa kebenciannya kepada orang yang dilihatnya itu dan berusaha membunuhnya, maka ia akan lalai dan lupa kepada Allah, dan nerakalah tempatnya.

5. Pada golongan kelima ini iblis akan datang menyerupai orang terdekatnya, misalnya orang tuanya yang membawakan makanan dan minuman. Orang yang sedang sakaratul maut itu kebetulan dalam keadaan haus dan lapar, lalu ia pun mengambil makanan dan minuman yang dibawa orang tuanya itu yang tak lain adalah jelmaan iblis, dengan rayuannya iblis berkata : wahai anaku, inilah makanan dan minuman yang kami bawakan untukmu ambilah bekal ini dan berjanjilah engkau akan mengikuti kami dengan menyembah tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai berai sekarang marilah kita menuju syurga. Dan diapun mengikuti rayuan iblis tersebut tanpa berfikir lagi dan jika pada saat itu ia mati, maka matilah ia dalam keadaan kafir. Dan kekallah ia di dalam neraka.

6. Pada golongan keenam ini iblis akan menyerupai seorang ulama yang dikagumi kemudian ia berkata : wahai muridku lamalah sudah kami menunggu mu rupanya kamu sedang sakit disini. Oleh sebab itu kami bawakan padamu ubat dan tabib. Lalu diminumlah ubat itu oleh orang yang dalam sakaratul maut tersebut dan hilanglah rasa sakitnya. Selepas itu Iblis berkata : Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan terbuka untukmu. Dan ketika tirai dibuka maka terlihatlah suatu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi dan berkatalah Iblis, itulah Dzat Allah yang patut kita sembah. Dan berkatalah orang itu, wahai guruku, bukankah ini benda yang sangat besar, tapi benda ini memiliki enam sudut, yaitu kiri dan kanannya. Serta depan dan belakang. Sekarang apakah benda ini yang patut aku sembah? Dalam keraguan dan kekaguman itu maka datanglah malaikat maut mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan kafir. Dan ia akan kekal di dalam neraka.

7. Rombongan iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan. Hal ini sesuai dengan hadits Rasulullah bahwa umat beliau akan terbagi menjadi 73 golongan. Dan hanya satu golongan saja yang diterima Allah, dan 72 nya tidak diterima Allah. Maka iblis dengan 72 barisannya ini agan mengganggu dengan berbagai cara.

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan orang yang akan meninggal dengan kalimat ” LAA ALA HA ILLALLAH” demi menyelamatkan orang yang kita sayangi menghadapi sakaratul maut agar terhindar dari gangguan iblis. Hal ini sesuai dengan hadits, “Ajarkan olehmu(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir meninggal, laa ilaaha illa Allah.”

Demikianlah kelompok iblis yang akan mengganggu manusia ketika sakaratul maut, dan ingatlah iblis hanya biasa mengganggu orang yang lemah imannya, maka bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Sebagai mana firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Qs. Al Baqarah 2: 208).

Bicara Hidup


Orang berputus asa tidak pernah berjaya.
Orang berjaya tidak pernah berputus asa.

Tergelincir kaki sekadar rebah
Tergelincir lidah bawa padah

Hidup biar berbakti
Walau tak pernah dipuji

Hendak kebal dari kutukan?
Buat baik tanpa balasan
Tidak juga harapkan pujian.

Sedekah



Amalan bersedekah memang tak pernah sia-sia. Pun begitu, perhatikanlah juga ke mana perginya sedekah itu.

Jangan diperdaya oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atas kemurahan hati orang ramai dan memperguna serta menganiaya anak-anak kecil, tidak kira warga tempatan ataupun asing.

Jangan biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada perbuatan zalim itu. Di Mahsyar nanti, bagaimana kita hendak menjawabnya di hadapan Hakim Yang Agung?

Lidah Jangan Tergelincir


Rasulullah S.A.W. pernah didatangi seorang lelaki yang berkata, “Ya Rasulullah, sungguh si fulanah itu terkenal banyak solat, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap jiran tetangganya.”

Maka berkatalah Rasulullah S.A.W. kepadanya, “Sungguh dia termasuk ahli neraka”.

Kemudian lelaki itu berkata lagi, “Kalau si fulanah yang satu lagi pula terkenal kerana sedikit solat, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya.”

Maka Rasulullah S.A.W berkata, “Sungguh dia termasuk ahli syurga.” (Hadis Riwayat Muslim).


Situasi 1:

"Eh, kau perasan tak hujan lebat awal pagi ni? Siap guruh berdentum lagi."

"Aku bangun TAHAJUD DAN SEMPAT BACA AL QURAN SATU JUZUK!"

Situasi 2:

"Kesian betul dengan Si Mat. Dahlah dia tak sihat, motosikal pula rosak. Kena pakai banyak duit tu."

"Kawan-kawan serumah dia, macam Si Awie tu bukan tak tahu kesusahan dia tapi masing-masing buat dèk jer. Pasal tu aku SEDEKAH DUIT KAT DIA!"

============

Menghebohkan ibadah sendiri kepada orang lain supaya dikagumi itu RIAK.

Mengata orang di belakangnya itu MENGUMPAT.

Kagum dengan amal baik sendiri itu UJUB.

Sesuatu amalan yang dilakukan demi redha manusia hanya sia-sia. Kepenatan yang kosong semata-mata. Naudzubillah min zalik!

Allah hanya melihat NAWAITU DI DALAM HATI....LILLAHI TAALA!!!

Friday, March 24, 2017

Dagangan Dengan Tuhan



Seorang lelaki tua, pakaian lusuhnya menampakkan jelas kefakiran yang dialaminya. Ia memasuki sebuah toko megah untuk membeli selimut. Dia memerlukan 6 helai selimut untuk keluarganya di musim sejuk ini. Tapi wang yang ia miliki hanyalah 100 riyal. Kata pakcik itu "wahai tuan, adakah tuan menjual 6 helai selimut yang berharga 100 rial?".

Pemilik kedai berkata:
"Oh ada pakcik, saya ada selimut bagus buatan Turki, harganya juga murah, hanya 20 riyal sehelai. Kalau pakcik beli 5 buah akan mendapat percuma 1 helai."

Lega...
Terpancar kegembiraan diwajah lelaki tua itu. Segera ia menghulurkan lembaran wang 100 riyal miliknya. Dengan wajah berseri sambil membawa selimut ia berlalu pergi.

Teman si pedagang yang sejak tadi duduk memperhatikan ini berkata: "Engkau ini aneh sekali, bukankah kelmarin engkau mengatakan selimut itu jenis selimut termahal di tokomu ini, kalau tidak salah kelmarin engkau menawarkan nya kepadaku seharga 350 riyal sehelainya ?"

Pedagang itu menjawab: "Benar sekali, kelmarin aku menjual kepadamu 350 riyal tidak kurang sedikitpun. Kelmarin aku berdagang dengan manusia. Hari ini aku berdagang dengan ALLAH. Aku ingin keluarga lelaki tua tadi dapat terhindar dari kedinginan di musim sejuk yang akan datang tidak lama lagi.

Aku berharap ALLAH menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka di akhirat nanti. Demi ALLAH, kalaulah tidak kerana menjaga harga diri lelaki tua tadi, aku tidak ingin menerima darinya wang sedikitpun. Aku tidak ingin ia merasa menerima sedekah sehingga merasa malu di hadapan kita di sini."

***

Sesungguhnya untuk bermuamalah yang benar kepada ALLAH, memerlukan seni dan akhlak yang tinggi. Semoga kita boleh mencontoh akhlak dari pedagang tersebut.

Semoga Bermanfaat.. Jadikan inspirasi hidup kita untuk menggapai kebahagiaan di negeri akirat yang kekal abadi.

Dari Abu Hurairah dia berkata; *Rasulullah SAW telah bersabda: _"Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang lain yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan di dunia dan di akhirat." (HR Muslim) Kitab Fadhilat Sedeqah

Saturday, March 18, 2017

Kemuliaan Solat Dhuha



Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan

Pertama: DOSA TERAMPUN

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

Kedua: ORANG BERTAUBAT

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

Ketiga : TERCATAT SEBAGAI ORANG YANG TAAT

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan pada hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

Keempat : MASUK SYURGA DARI LINTU KHUSUS

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak dia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

Kelima : REZEKI BERES

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

Keenam: SUDAH BERSEDEKAH

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan tadi, masih ada keutamaan lain. Sayang kalau dilepaskan begitu saja.....iaitu pahala besar seperti ORANG MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH YANG DITERIMA OLEH ALLAH.

[Ustaz Hasnan Fan Club]

Hubungan Dua Hala Manusia-Syaitan



Hubungan 2 hala "tanpa sedar" antara syaitan dan manusia derhaka.

Sungguh tidak disangka rupanya hubungan antara manusia derhaka dengan syaitan berbentuk 2 hala. Masing-masing mendapat "manafaat negatif" yang membawa kepada kedukaan pada kemudian hari. Firman Allah:

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الْإِنْسِ ۖ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الْإِنْسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا ۚ قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "WAHAI TUHAN KAMI, SEBAHAGIAN KAMI (MANUSIA) TELAH BERSENANG-SENANG (MENDAPAT KEMUDAHAN) DENGAN SEBAHAGIAN YANG LAIN (SYAITAN-SYAITAN), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui (al-An'am [6:128]).

Manusia mendapat kemudahan dari syaitan? Seakan mustahil kenyataan ayat ini kerana manusia sangat takutkan "syaitan fizikal" yang selalu sahaja dijelmakan dalam bentuk menakutkan semasa di dunia. Maksud ayat itu adalah "manafaat kelazatan membuat dosa." Syaitan yang berada dalam minda manusia selalu menghasut manusia agar derhaka kepada Allah. Derhaka mereka pula menjadi sedap berselera kerana "perisa dan aji-no-moto" yang direncahkan syaitan.

Pegang isteri sudah hilang sedapnya berbanding memegang wanita yang haram. Kenapa? Kerana syaitan sudah memainkan saraf di otak agar RASA SEDAP melampau mencanak naik pada yang haram. Akibat kesedapan itu, manusia derhaka sukar meninggalkan larangan Allah. Inilah antara maksud "manafaat negatif" yang dimaksudkan ayat di atas.

Walau bagaimanapun, kelak di akhirat manusia derhaka akan menyumpah seranah syaitan kerana telah memberikan mereka manafaat negatif itu. Ia dijelaskan Allah:

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu (hisab makhluk dan penderhaka sudah dihumban ke neraka): "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya (Ibrahim [14:22]).

Manafaat negatif bagi syaitan pula mereka dapat memenuhi janji "Tuhan mereka iaitu Iblis"agar menyesatkan seramai mungkin anak Adam. Itu sumpah keramat Iblis selepas diwartakan sesat oleh Allah:

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)" (al-Isra'[17:62]).

Setakat yang disebut al-Quran, memang sudah sangat ramai anak Adam terjerumus dalam perangkap mereka:

وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

Ertinya: "DAN SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU TELAH MENYESATKAN GOLONGAN YANG RAMAI DI ANTARA KAMU; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (Yasin [36:62]).

Jom kita bersiap siaga sepanjang masa menghadapi syaitan kerana mereka tidak kenal henti atau pencen. Pencen mereka hanya berlaku setelah anak Adam "didaftarkan" sebagai ahli neraka. Sungguh malang manusia yang masih terjerumus ke neraka bersama mereka walaupun sudah dijelaskan Allah segala macam jerat mereka dalam al-Quran. Ya Allah kami mohon perlindungan dari menjadi sebab kepada syaitan untuk mendapat "manafaat KPI mereka."

[Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim]

Tingkat Taqwa Di Lewat Usia



Tidak ramai orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seseorang manusia. Akhir yang baik (Husnul Khatimah) atau akhir yang buruk (Su'ul Khatimah).

ALLAH SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35- 37:

*وَهُمْ يَصْطَرِخُوْنَ فِيْهَا ۚ رَبَّنَاۤ اَخْرِجْنَا نَـعْمَلْ صَالِحًـا غَيْرَ الَّذِيْ كُـنَّا نَـعْمَلُ ؕ اَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَّا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ النَّذِيْرُ ؕ فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظّٰلِمِيْنَ مِنْ نَّصِيْرٍ*

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."
(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan ? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang zalim tidak ada seorang penolongpun."

Sahabat Ali R.A., Ibnu Abbas R. Anhumma dan Abu Hurairah R.A. menjelaskan firman ALLAH SWT di atas: "Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahawa ertinya sampai mencapai usia enam puluh tahun.

Sedangkan yang dimaksudkan 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut para ulama adalah adanya uban di kepala dan 'Sang Pemberi Peringatan' iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW.

Baginda Rasulullah SAW juga bersabda menguatkan ayat di atas: "ALLAH SWT memberi uzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun." (HR Bukhari no. 6419).

Ibnu Hajar Rah mengatakan, "Makna uzur adalah alasan sudah tidak ada.Contoh ada orang yang mengatakan, 'Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yang diperintahkan kepadaku'.

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, maka tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah ketaatan dan *KONSENTRASI PENUH UNTUK AKHIRAT ... !*

Baginda Rasulullah pernah bersabda bahwa usia umatnya adalah berkisar di antara 60 - 70 tahun !

Sedikit yang berhasil melewatinya."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dan, "Pertarungan maut itu berada di antara usia enam puluh tahun hingga usia tujuh puluh tahun."
(HR Bukhari).

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin) memberikan tausyiah : Barang siapa yang meyakini perjumpaan dengan Sang Khalik, ia harus sadar bahwa ia akan ditanya.
Dan siapa yang yakin hal ini, ia harus menyiapkan jawabannya," jelas Fudhail.

"Lalu bagaimana jalan keluarnya?" Imam Fudhail menjelaskan tentang teori bertaubat: "Beribadah dan beramal Solehlah di sisa usiamu, kerana ALLAH SWT sangat menyayangi terhadap hamba-Nya yang mahu menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, INSYAA ALLAH, ALLAH SWT akan ampuni dosa yang telah lalu dan ALLAH SWT berikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di Akhirat-Nya ALLAH SWT."

Ketika kita sudah berumur 50 tahun, atau apalagi sudah menginjak usia 60 tahun, atau bahkan lebih, maka biasakan berdoa memohon perlindungan dari ketidakberdayaan, malas, fitnah dan dijauhkan dari seksa kubur:

“Allahuma Inni A’udzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasali Waljubni Walharom Wa A’udzibika Minal Fitnatil Makhya Wamamati Wa A’dzubika Min ‘Adzabil Qobr”...*)

Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, penakut dan tua. Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung dari seksa kubur.

Aamiin ya robbal aalamiin

Thursday, March 16, 2017

Usaha Dari Diri Dan Bantuan Allah



Petani melihat hasil tanamannya sudah sesuai untuk dipetik. Dia menyuruh anaknya mengajak jiran mereka untuk datang menolong.

Anak burung yang berada dalam sarang di atas pokok bimbang sarangnya akan musnah bila hasil pokok dipetik sedangkan tubuhnya masih belum ditumbuhi bulu.Diceritakan kebimbangannya itu pada ibu yang baru pulang membawa makanan.

Jawab ibu, " Jangan risau. Jiran tu takkan datang esok!"

Memang benar sangkaan ibu burung. Sementara itu usia anak burung bertambah sehari lagi. Tubuh semakin kuat dan bulu pada sayap sudah mula tumbuh.

Seminggu kemudian petani dan anaknya datang semula ke kebun.

"Nampaknya jiran kita belum datang lagi. Esok kita songsong mereka dan ajak mereka tolong kita di sini."

Sekali lagi anak burung cemas. Tetapi ibu burung tetap tenang kerana yakin hal itu takkan berlaku. Ketika itu bulu pada sayap anak burung semakin lebat dan sudah kuat untuk terbang.

Beberapa hari kemudian mereka terdengar petani berkata kepada anaknya, "Sudah dua kali jiran kita tak jadi datang. Esok pagi kita sendirilah yang kerjakan."

Ibu burung mengajak anaknya berpindah segera tanpa menunggu esok hari.

IBRAH

Untuk mencapai apa yang dihajati, usaha mesti datang dari diri sendiri. Jangan mengharapkan bantuan orang. Yakinlah pada diri sendiri yang Allah S.W.T. akan sentiasa mempermudahkan segala usaha, terutama yang berkaitan rezeki.

Pintu-Pintu Hidayah


Kita bukan penduduk bumi,
Kita penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
Kita berasal dari syurga.

Carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita.
Jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pengembara dalam perjalanan kembali ke rumah kita.
Tak rindukah pada kampung kita?

Orang yang sedang dalam perjalanan pulang selalu ingat akan rumahnya,
sentiasa mencari buah tangan untuk kekasih hati yang menunggu di rumah.
Lalu, apakah yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal soleh dan keimanan, taat pada Nya, serta rasa rindu padaNya
Dia sedang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintah-Nya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kampung asal kita di syurga.
Kenapa kita lupa?
Rumah kita jauh lebih indah di sana,
kenikmatannya tidak terlukiskan,
dihuni oleh mereka yang mencintai kita.
Isteri solehah,
Suami soleh,
Jiran dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap,
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
"Bila keluarga kami akan pulang?"

Ikutilah GPS (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai panduan perjalanan.
Jangan tersilap arah dan menyimpang ke rumah iblis Laknatullah di neraka.

Kita bukan penduduk bumi
Kita penduduk syurga.
Bumi hanya persinggahan mencari bekalan
Semoga perjalanan kembali kita selamat dan diRahmati

INGAT, INI BUKAN RUMAH KITA!!!


Hati yang sakit penuh maksiat
Berpeluang sembuh jika berniat
Asalkan tempoh belum tamat
Bersedia dibedah dan diubat

Rawatan taubat penuh berliku
Diuji dicemuh dikutuk selalu
Mulut tak berinsurans tak pernah mahu
Insan kembali ke jalan Yang Satu

Jangan lemah menempuh susah
Andai yang lampau masih mencelah
SABARLAH DALAM MUJAHADAH
Tinggalkan semua manusia pemusnah

Semoga Allah jauhkan kita semua dari akhlak yang buruk, amalan yang buruk dan manusia yang bersikap buruk.Aamin aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin

#DenganAllahYangSusahJadiMudah


Hendak hadiah kena tunggu harijadi.
InsyaAllah nanti ada orang yang beri.

Hendak HIDAYAH kena cari. Selalu mohon pada ILAHI.
Jangan tunggu sebelum badan dah NAK MATI.


Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, keadaan berbeza. Kenapa? Sebab terlebih dosa.

Jom cari kubur ideal dengan TAUBAT NASUHA untuk menghapuskan dosa yang berjuta-juta jenis dosa.

Jom cari kubur ideal dengan AMALAN TERBAIK dan MENYERU KEPADA KEBAIKAN.




Tuesday, March 14, 2017

Taksub Jin Membatal Syahadah


Jin dicipta dari lidah api. Sifatnya boleh berubah dan menjelma dalam apa jua bentuk yang diingininya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jin terdiri daripada 3 golongan:
1. Golongan yang mendapat pahala dan juga
seksa,
2. Golongan yang berterbangan di antara langit
dan bumi,
3. Golongan yang berupa ular dan anjing.
(HR Imam Bukhari dan Tirmizi).

Baginda juga bersabda, " Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah." (HR Imam Bukhari).
Bagi menghalang kemasukan jin dan syaitan ke dalam tubuh manusia, Baginda berpesan, "Jika seseorang daripada kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka.) (HR Imam Muslim).

Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan, "Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Basmallah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan itu) sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian." (HR Imam Muslim).

Ketika Sayidina Umar hendak pergi ke Iraq, Ka'ab al Ahbar menasihatkannya dengan berkata, "Wahai Amirul Mukminin! Janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit." (Kitab Al Muwatta oleh Imam Malik.)

================

Jangan mengagung-agungkan kehebatan kuasa jin dan syaitan kerana ia perbuatan SYIRIK yang boleh MEMBATALKAN SYAHADAH. Naudzubillah min zalik!!!
Apapun kuasa yang ada di alam ini, semuanya bersumber daripada ALLAH S.W.T. Ia berlaku dengan IZIN-NYA untuk menguji kekukuhan IMAN hamba-hamba-Nya.

Amalan Syurga berasaskan RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN yang ALLAH perintahkan. Ia dilaksanakan oleh hamba-hamba yang mencintai Allah serta Rasul-Nya.

Amalan Neraka berasaskan KUASA PENIPUAN ANAK-PINAK DAJJAL. Ia dikuti dengan rasa kagum dan taksub oleh golongan yang terpedaya.
Syurga atau neraka terletak di tangan masing-masing. PILIHLAH YANG TERBAIK DAN MEMBAWA KEBAIKAN PADA DIRI SENDIRI. Wallahu'alam.

Dunia Umpama Minum Air Laut



Serombongan musafir berjalan di padang pasir yang tandus dan kering. Lama kelamaan mereka akhirnya tiba di tepi laut.Kerana tersangat haus, rombongan musafir minum air laut yang masin lagi pahit. Semakin banyak diminum semakin haus hingga usus mereka rosak dan mati.

IBRAH

Orang yang mengejar kehidupan duniawi bagaikan minum air laut, semakin banyak diminum semakin bertambah dahaga hingga dia binasa.
Penyelesaiannya, kembalilah kepada Allah yang sentiasa menanti.

Mutiara Yang Bakal Hilang



10 mutiara paling berharga dalam hidup manusia yang bakal kembali ke sisi Allah:

1 - أرفع البركة من الأرض

mutiara pertama yang diambil dari muka bumi ini adalah barokah.

2 - أرفع المحبة من قلوب الخلق

mutiara kedua yang diambil adalah rasa cinta dari hati manusia

3 - أرفع الشفقة من قلوب الاقارب

Mutiara ketiga yang diambil adalah rasa sayang di antara keluarga.

4 - أرفع العدل من الأمراء

mutiara keempat yang diambil dari adalah keadilan di hati pemimpin.

5 - أرفع الحياء من النساء

Mutiara kelima yang diambil adalah rasa malu dari perempuan. (Rasa malu kini telah berubah menjadi rasa bangga).

6 - أرفع الصبر من الفقراء

Mutiara keenam yang diambil adalah kesabaran dari para fakir.

7 - أرفع الورع والزهد من العلماء

Mutiara ketujuh yang diambil adalah wara' dan zuhud dari para ulama.

8 - أرفع الصخاء من الا غنياء

Mutiara kelapan yang diambil adalah sifat kedermawanan orang kaya.
9 - أرفع القران

Mutiara kesembilan yang diambil adalah mengangkat al-Qur’an.

10 - أرفع الا يمان

Mutiara terakhir yang diambil adalah iman
Inilah mutiara paling berharga di antara sembilan mutiara lainnya.

Thursday, March 9, 2017

Sibuk Hal Dunia Fana


Kita sibuk dengan gosip hiburan, gosip politik, gosip sukan.
Kita sibuk dengan kerenah ahli keluarga, jiran dan rakan.
Kita sibuk mencari ilmu, beramal tanpa mencari ilmu, berdakwah tanpa mencari dan mengamalkan ilmu.
Kita sengaja menyibukkan diri supaya dilihat sibuk.

Islam tidak suruh sisihkan hiburan, politik, sukan, ahli keluarga, jiran dan rakan.
Islam memang suruh cari ilmu, beribadah dan berdakwah.
Islam suruh kita seimbangkan semua aktiviti kehidupan.

Jangan sibuk sangat dengan urusan dunia sehingga terlupa akhirat.
Jangan sibuk sangat dengan urusan akhirat sehingga melepaskan dunia.
Dunia ini ladang bercucuk tanam. Hasilnya kita tuai di akhirat.

Islam suruh kita BERSEDERHANA dalam segala perkara.
Jangan melampaui batas sehingga diri dan orang lain jadi merana.

Ribut Dalam Cawan

Sekarang selalu terdengar slogan "Kita harus bersatu padu". Bolehkah ini berlaku?

Wujudnya iman yang rapuh, sikap berbangga dengan status diri, keluarga, keturunan, etnik, atau puak yang merasakan merekalah yang terbaik dan orang lain pula dianggap tidak setara, slogan mengenai perpaduan hanya omong kosong.

Ingatkah semasa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Nabi Adam? Dia enggan dan dengan sombong memperlekehkan, "Aku lebih baik daripada dia." Ucapan ini menyebabkan kemurkaan Allah SWT dan dia dihalau dari syurga.

Allah mencipta manusia dengan keunikan yang berbeza di segi fizikal, citarasa, kecenderungan dan tanggapan. Perbezaan ini harus diakui dan diraikan oleh semua manusia.

Kalau sifat bangga dan taksub mampu diatasi, perpaduan dapat dibincang dan dilaksanakan dengan harmoni. Perpaduan pasti menjadi lebih realistik.

Berpadu bererti menguruskan perbezaan, bukan menghapuskannya. Jika tidak bijak menguruskan perbezaan, akan berlaku banyak perselisihan dan dikhuatiri berakhir dengan perpecahan.

Mengapa biarkan RIBUT DALAM CAWAN mengaburkan pandangan sehingga tidak perasankan TSUNAMI 10 skala Richter yang bakal melanda. Bukalah mata hati seluas-luasnya!

Allah SWT melarang perpecahan dan pertolongan-Nya tidak akan sampai kepada golongan yang bercerai-berai.

Allah SWT menegur perbuatan berselisih faham antara manusia menerusi firman-Nya dalam Surah al-Nisa 4:59.

Mulianya Menghulur



Seorang Imam Ahli Syam iaitu Abdurrahman al-Awza'ie menuturkan: "Ayahku pernah berkata:"Wahai anakku, jika kita selalu menerima semua pemberian orang, maka kita akan menjadi hina di pandangan mereka."

Oleh itu sentiasa berusaha menjadi tangan di atas yang mulia, meskipun masa kini ramai yang lebih selesa menjadi tangan yang di bawah. Suka menadah berbanding menghulur.

#SimpanIniDiMinda

Cantik Wanita Sabar Melebihi Bidadari


Apabila mendapat pasangan yang bermasalah, belajar SABAR DAN REDHA. Oleh itu BERTAHANLAH. Dunia ini sebentar cuma. Wanita dunia lebih mulia berbanding bidadari Syurga kerana dia masuk ke Syurga dengan keadaan dia bersabar menghadapi ujian Allah. Hakikatnya, nilai orang yang tabah dan sabar ketika diuji adalah lebih hebat daripada ibadahnya sendiri.

Monday, March 6, 2017

Kenapa Orang Islam Sembah Kaabah


KONGSIKAN INI AGAR RAKAN BELUM MUSLIM KITA DAPAT HIDAYAH.


Dr.Zakir Naik terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara sepontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah di tempat asal beliau sendiri - India.

Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik, mengapa umat Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan ilmiah dan logik disebaliknya?

Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka’bah?

Jawapan Dr Zakir Naik:

"Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an:
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)

Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka’bah.

Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.

Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.

Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah masih tetap berada di tengah-tengah.

Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah dan Ka’bah adalah kiblat.

Sekarang, ketika pergi umrah, ketika pergi haji, kami melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kenapa? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.

Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan dalam Quran dan hadis. Jika saya berakal dan mahu berfikir, kenapa kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh saya fikirkan adalah kerana lingkaran hanya punya SATU TITIK TENGAH, tidak akan ada dua titik tengah. Kami berjalan mengelilingi Ka’bah untuk membuktikan bahawa hanya ada SATU TUHAN.

Dan kata Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak boleh memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.

Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.

Packing For Trips



• Pack light to travel light. If you can manage with a carry-on, do it. Try taking half of the things you need and twice the money. You can make buying a few new items a fun part of the adventure.
• Pack a sleep mask and ear plugs. These can come in handy on a plane, train or in your hotel room.
• Capitalize on empty suitcase space. Roll your clothes, instead of folding them. Stuff socks, underwear, and accessories inside of shoes. Leave no space unused.
• Keep a sarong or pashmina in your carry-on. They can be used as a blanket on the plane, a scarf if it’s cold or a shawl on an evening out.
• Bag it. Kitchen sandwich bags can be used to hold your accessories, vacuum pack bags can be space savers, and trash bags have multiple uses (laundry bag, shoe covers).
• Skip airport snacks and bring your own. You can save yourself a bit of money and keep your hunger at bay in case you have a delayed flight.
• Create compartments. Two words: packing cube. If you are visiting more than one city during your trip, packing cubes will keep your suitcase organized and save you from having to pack and unpack.
• Share your packing space. Traveling as a couple? Split your clothes between two suitcases on the off chance one of them gets lost during the flight.
• Bring a multi-socket extension cord. Although newer hotels have USB ports in rooms, it’s best to have an extra outlet to charge all of your electronics at once.
• Make photocopies before leaving home. If you’re traveling out of the country, make two photocopies of your passport. Use your smartphone to take pictures of your car in the airport’s parking garage and do the same for your luggage and its contents in case it gets lost.

================

"Wear old t-shirts, pants, underwear, and socks and throw them away on the trip after you wear them. That way your luggage is lighter and you have room to purchase items on your trip".

"Forgot your toothpaste, toothbrush, comb, deodorant? Check with the front desk of your hotel… they’ve always got small samples available".

[TripAdvisor]



Senarai Semak Selepas Bersara



Selepas bersara usah sibuk bela kucing, cari Pokemon dan ralit main Facebook atau apa saja yang tiada faedah. Sebaiknya rancang ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu. Sila beri perhatian kepada cadangan ini:

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid untuk memastikan aqidah kita benar dan betul. Kalau aqidah salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan
termasuk golongan neraka. Akidahlah kunci syurga.

Mantapkan ilmu feqah dan tasauf. Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca Quran. Lainlah kalau tak pandai
baca Quran, wajiblah kita belajar. Bagi yang dah mahir baca, banyakkan tadabbur Quran dan fahamkan isi al Quran.

2. Banyakkan taubat. Di mana pun boleh taubat. Bukan hanya di Makkah saja. Jangan abaikan taubat walaupun sehari.

3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jangan buang masa tengok drama TV.

4. Dapat duit pencen jangan sibuk shopping macam orang kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Jangan asyik belikan cucu itu dan
ini. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle fidyah puasa dan qadha puasa. Itu semua hutang kita pada Allah. Dan jangan
lupa hutang pada manusia yang belum kita bayar.

5. Kalau belum ke Makkah, dan ada duit gratuiti, pergilah segera. Jangan sibuk renovate rumah. Duduk dalam rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak
repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan. Tentukan mengambil bahagian dalam ibadah Korban setiap tahun walaupun satu
bahagian.

6. Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindiket. Sedekah pada orang nak buat masjid, pondok ngaji
dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalirkan pahala bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa bersenam dan juga check up kesihatan selalu, supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak-anak yang kena jaga kita
waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kalau tak sakit, mudah nak buat ibadat.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi akan tidur lama.


9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak durhaka suka landingkan anak mereka pada kita untuk mereka melaram pergi kenduri dan
shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan hal-hal penting. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan terlibat dengan apa jua bisnes. Cukuplah pencen dan simpanan yang ada untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni. Hidup kita pun
tak lama. Andai kalau bankrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard sampai mati.

11. Waspada bagi anak pinjam duit kita. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan
sampai kita mengemis sebab kerakusan anak-anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besarkan mereka. Terkadang anak dan
menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shopping tanpa fikir masa depan anak-anak mereka. Baju penuh almari. Mekap
yang mahal. Kalau boleh nasihatkan mereka.


12. Ziarah kawan-kawan dan saudara mara kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda
dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Inilah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita selesaikan semua urusan dengan manusia
bila mati nanti.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. Ingat Allah selalu, agar kita selalu tenang hingga bertemu Dia.

[FB Cikgu Fauzi Sulaiman]

Friday, March 3, 2017

Kayap Ular



‘Shingles’ atau ‘Herpes Zoster’ lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan kayap ular. Namanya saja sudah menggerunkan. Ditambah pula dengan MITOS mengatakan sekiranya kayap ular itu merebak dan membelit di sekeliling anggota badan, pesakit akan menemui maut.

Kayap ular sebenarnya disebabkan jangkitan sejenis virus iaitu Varicella Zoster. Ia adalah virus yang sama yang menyebabkan Cacar Air atau ‘Chicken Pox’.

Sesiapa yang mendapat kayap ular, sakitnya bukan perkara main-main. Teringat saya pada anak perempuan saya yang menangis-nangis kesakitan selama beberapa hari disebabkan kayap ular. Bagaimanapun, kayap ular lebih kerap terjadi pada orang dewasa atau mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Kebanyakan orang akan mendapat kayap ular sekali seumur hidup tetapi ada juga mereka yang lebih dari sekali.

Selepas kita sembuh daripada jangkitan cacar air, virus Varicella Zoster akan menjadi dorman atau tidak aktif. Virus ini duduk diam-diam di hujung saraf-saraf kita (‘nerve roots’) di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan kita. Kayap ular terjadi apabila virus yang sama itulah menjadi aktif semula. Apabila ia aktif, ia tidak menyebabkan cacar air sekali lagi, tetapi mengakibatkan kita mendapat kayap ular.

Kayap ular tidak boleh berjangkit dari pesakit kepada orang lain tetapi, ada risiko yang pesakit kayap ular boleh menyebarkan virus sekiranya cecair di dalam kulit yang melepuh itu terkena pada mereka orang yang belum pernah dijangkiti cacar air atau tidak menerima vaksin Varicella.

Perlu diingatkan bahawa akar-akar saraf (‘nerve roots’) dari saraf tunjang kita berfungsi untuk membekalkan deria sentuhan kepada seluruh permukaan badan kita. Setiap akar saraf mempunyai 2 set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan. Maka, apabila virus tadi menjadi aktif kembali, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita seperti kata orang-orang dulu berdasarkan penjelasan anatomi yang telah saya berikan. Lantas, MITOS ITU TIDAK BENAR! Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih dari satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Kayap ular boleh terjadi di bahagian muka kita seperti mata kiri atau kanan.

Kayap ular terjadi mengikut 3 peringkat:

PERINGKAT AWAL – sebelum timbul kayap ular:
1. Sakit, rasa seperti kulit terbakar, mencucuk-cucuk atau kebas di bahagian badan terbabit, beberapa hari atau minggu sebelumnya. Kebiasaannya kayap ular terjadi di bahagian belakang atau dada, tetapi ada juga yang mendapatnya di bahagian abdomen, kepala, muka, leher atau di salah satu bahagian tangan atau kaki.
2. Pesakit boleh mengalami hidung berair, sakit tekak, sakit perut, cirit-birit tetapi biasanya tidak demam. Simptom-simptom ini biasanya hadir sebelum atau mungkin boleh sekali dengan kayap ular.
3. Bengkak kelenjar limfa mungkin boleh berlaku.

PERINGKAT AKTIF
1. Bahagian kulit terbabit akan menjadi kemerah-merahan dan ia akan menjadi melepuh. Bintil-bintil kecil yang mengandungi cecair akan timbul.
2. Sekiranya kayap ular terjadi di bahagian muka terutamanya mata, pesakit MESTI MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA untuk mengelakkan komplikasi yang serius yang melibatkan penglihatan (‘Herpes zoster ophthalmicus’).
3. Lepuhan kulit itu akan pecah, berair dan meleleh dan menjadi kudis dalam masa 5 hari. Keseluruhan keadaan kulit mengambil masa lebih kurang 2 ke 4 minggu untuk pulih sepenuhnya tetapi parut mungkin kekal.

PERINGKAT SAKIT YANG BERPANJANGAN [Post-Herpetic Neuralgia (PHN)]
1. ‘Post-herpetic neuralgia’ merupakan komplikasi yang sering berlaku akibat kayap ular.
2. Ia boleh berlarutan selama sebulan dan berterusan sehingga berbulan atau bertahun lamanya.
3. Rasanya sakit yang menajam, seperti kulit terbakar atau mencucuk-cucuk pada tempat jangkitan kayap ular itu dan sangat sensitif pada sentuhan itu, sehinggakan boleh mengganggu kehidupan dan aktiviti pesakit.

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu MEMENDEKKAN JANGKA MASA penyakit dan MENGELAKKAN KOMPLIKASI. Yang terbaiknya ialah, sebaik sahaja kita merasakan simptom-simptom seperti perubahan pada kulit kita, kita mesti terus mendapatkan nasihat dan rawatan daripada DOKTOR, bukannya mereka yang tidak berkelayakan di dalam bidang perubatan. Ini kerana lagi cepat rawatan dimulakan, lagi rendah risiko untuk pesakit mengalami komplikasi seperti PHN yang disebutkan di atas.

KOMPLIKASI LAIN YANG BOLEH BERLAKU IALAH:
1. Merebaknya jangkitan kayap ular tersebut ke bahagian-bahagian lain di badan yang boleh juga menjangkiti organ dalaman. Dan sekiranya ia menjangkiti saraf yang mengawal pergerakan badan, ia boleh menyebabkan lemah anggota badan yang sementara.
2. Sekiranya jangkitan kayap ular merebak ke saraf-saraf di bahagian muka dan kepala (‘Cranial nerves’), komplikasi seperti hilangnya penglihatan atau pendengaran dan keupayaan untuk menghidu dan rasa boleh berlaku.
3. Parut pada kawasan yang terbabit.
4. Jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

UBAT YANG BIASA DIPRESKRIPKAN OLEH DOKTOR IALAH:
1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.
2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.
3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

Sekali lagi diingatkan di sini bahawa kayap ular yang terjadi pada bahagian kepala, muka termasuk pipi, dahi, mata dan hidung, pesakit MESTI MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA dengan doktor yang akan seterusnya merujuk pesakit ke pakar perubatan atau pakar mata sekiranya perlu.
Untuk rawatan komplikasi akibat kayap ular, seperti PHN, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan pakar perubatan kerana rawatannya lebih kompleks seperti penggunaan opioid dan ubat anti-epilepsi.

KESIMPULANNYA, kayap ular bukanlah akibat perbuatan jin atau makhluk halus. Ia sebenarnya adalah jangkitan virus Varicella Zoster yang mesti dirawat oleh doktor yang bertauliah dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi.

https://www.youtube.com/watch?v=-EAKr-2eyBM

Dr. Rusyainie Ramli
#MedicalMythbustersMalaysia

Mengambil Tanah Milik Pihak Lain



Kita biasa melihat penduduk di taman-taman perumahan memasang pintu pagar rumah masing-masing hingga memasuki tanah yang dikhaskan sebagai sempadan jalan raya. Sebenarnya tanah yang tidak seberapa itu bBUKAN TANAH PEMILIK RUMAH. Ia adalah hakmilik Majlis Perbandaran/Dewan Bandaraya (PBT). Ini suatu perbuatan yang salah.

“Barang siapa yang mengambil tanah (meskipun) sedikit tanpa haknya maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sampai ke dasar tujuh lapis bumi.” [HR. Imam Bukhari (5/103/2454), Shahih Jami’ush Shaghir no.6385.]