Wednesday, October 31, 2012

Panggilan Mesra Dalam Cinta


serenemaklong.blogspot.com



"Kau begitu indah di mataku. Dengan senyum di wajahmu, mampu membangkitkan semangatku, mampu menghilangkan 1000 duka dalam hidupku. Kau cahaya hati, cahaya anugerah Ilahi untuk menerangi jalanku, menemaniku dalam kehidupan yang gelap ini. Wahai isteri, kau begitu mulia kerana diciptakan oleh Dzat Yang Maha Mulia.”

Tiga unsur cinta adalah niat, ucapan/panggilan cinta, dan realiti cinta (pembuktian cinta dengan perbuatan). Banyak panggilan-panggilan cinta yang kita dengar seperti sayang, kasih, cinta, honey, baby, dll.

Contohnya Rasulullah saw kadang-kadang memanggil isterinya, Aisyah dengan sebutan Humairah yang bererti pipi merah delima. Baginda sangat romantis kepada isteri-isterinya. Inilah bukti kesempurnaan Rasulullah sebagai teladan yang baik dalam hal cinta.

Jadi, apa fungsi panggilan cinta ini? Mengapa Rasulullah saw juga memanggil isterinya dengan panggilan yang mesra? Apa ada di sebalik panggilan mesra itu?

Panggilan indah mempunyai banyak fungsi - sebagai pujian, rayuan dan ungkapan hati. Panggilan indah yang disertai dengan niat yang baik pasti akan membuat hati kekasih sejuk, nyaman dan tenang. Sebaliknya, panggilan indah yang tidak ada niat cinta, ia hanya sia-sia.

Oleh kerana itu, panggillah kekasih dengan panggilan indah yang dapat membangkitkan kebaikan bagi dirinya, bukan panggilan yang menimbulkan kesombongan dan kebahagiaan sementara. Panggillah  dengan panggilan indah yang tidak berlebihan. Jangan guna panggilan yang jelek, membuat kekasih bertambah buruk.

Panggilan indah dapat mencipta keharmonian, kesejukan kasih di hati, menciptakan jalinan yang sakinah, mawaddah warrohmah ... InsyaAllah. Panggilan indah membangkitkan cinta lebih kuat lagi.

Panggillah kekasih dengan panggilan indah yang tidak berlebihan. Ciptakan keharmonian cinta. Indahkan kekasihmu dengan panggilan indahmu.  

(Sumber: Kupilih Dermaga-Mu Untuk Pelabuhan Cintaku)
 

No comments:

Post a Comment