Monday, October 29, 2012

Diam Itu Emas



DALAM usaha mendewasakan diri, salah satu langkah awal yang harus dipelajari adalah bagaimana menjadi seorang yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sabda Rasulullah saw: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam - HR Bukhari.

Jenis-jenis Diam

Terdapat bermacam-macam penyebab diam dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga keadaan diri dan persekitaran. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:

Diam Bodoh
Diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan kerana kurang ilmu dan ketidakmengertian, atau lemah pemahaman dan alasan ketidakmampuan yang  lain. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksa diri dari berpura-pura tahu.


Diam Malas
Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.

Diam Sombong
Diam jenis negatif kerana dia menganggap orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.

Diam Khianat
Diam orang jahat yang mahu mencelakakan atau menyusahkan orang. Diam ketika diperlukan kesaksian yang mampu menyelamatkan seseorang lain adalah diam yang keji.

Diam Marah
Diam seperti ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya ialah terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukannya pula adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh menambah masalah.

Diam Utama (Diam Aktif)
Bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan. Keengganan menahan diri (diam) akan membawa masalah lebih besar.

Keutamaan Diam Aktif

a. Bebas dari Masaalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masaalah.

b. Bebas dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.


e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahaya hatinya, mampu memberikan buah fikiran dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan. Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti:

Diam dari perkataan dusta, Diam dari perkataan sia-sia, Diam dari komentar spontan dan kasar, Diam dari kata yang berlebihan, Diam dari keluh kesah, Diam dari niat riak dan ujub, Diam dari kata yang menyakiti, Diam dari berpura-pura tahu dan pintar.

Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam. Semoga juga Allah reda hingga ke akhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "Laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantar kita ke syurga.
(Sumber:resepirahsiaku.blogspot.com)

3 comments:

  1. Assalamualaikum..Suatu cabang ilmu penting dalam adab-adab pergaulan sama penting dengan ilmu Tauhid,Fekah dan ilmu Al-Quran dan Hadis....Jazakallah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Dalam kehidupan ini,tidak dapat nak dielakkan untuk kita diam yang dikategorikan sebagi diam bodoh,nak buat lebih atau nak tunjuk pandai,taklah pandai sangat,tetapi mungkin kita kurang keyakinan dalam bersuara. Walaumacammana pun,kita akan tercari-cari jalan mencari peluang untuk menjalin kemesraan dan saling berbaik sangka dengan pihak berkenaan. Ditambah lagi dengan nilai-nilai baik yang ada pada pihak berkenaan,keadaan tidaklah menjadi lebih keruh dan menuju perpecahan. Dalam melakukan amal ibadat kita tidak terlepas dari bisikan dan gangguan Syaitan iblis,sehinggakan kita tak dapat bertindak jauh lebih baik lagi dalam berbuat kebajikan termasulah menyatakan kebenaran.Dengan berjihad dan bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran,insyaAllah kita akan dapat petunjuk.Diam malas merupakan suatu cabaran yang kuat untuk dihadapi. Suatu penyakit yang merbahaya tentang diam sombong ini,moga-moga tidak selamanya bertapak dalam diri kerana sampai masanya kita akan tercari-cari orang lain untuk minta bantuan keran tidak selamanya kita terselamat dari pelbagai masalah. Diam khianat lebih kepada berdiam diri untuk berdendam pada suatu masa nanti untuk membalas perbuatan yang telah dihadapi. Untuk mendapatkan diam utama (aktif) saya kenalah menerima banyak pelajaran dan pengalaman hidup. Mudah-mudah berkesan di hati sanubari..Jazakallah..Allah dan Rasulullah sallaulahhualaihiwassallam yang lebih mengetahui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benarlah kata-kata saudara Muhamad Nooh Lasa itu. Terima kasih kerana sudi menjenguk.

      Delete