serenemaklong.blogspot.com
DALAM
perniagaan perlukah seorang usahawan itu bersifat berani? Bagi mereka yang
berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tidak takut gagal dan 100% positif
sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?
Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!
Bagi
Irfan Khairi, isunya bukan "keberanian". Sememangnya ada rasa gemuruh
ketika memulakan perniagaan, menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan
teknik baru dalam perniagaan. Tetapi, mereka melakukannya.
It's not
about being brave, it's about just doing it!
Usahawan tidak
takut gagal? 100% positif? Sudah tentu tidak. Semua usahawan TAKUT GAGAL.
Yang
membezakan mereka ialah perasaan takut gagal inilah yang memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha
dan mendalami ilmu perniagaan, menjadi kreatif dalam merancang strategi-strategi
perniagaan baru.
100%
keyakinan memang perlu, tetapi, mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA
strategi "back-up" juga disediakan... bak kata lain, Plan-B.
Adakah
perniagaan itu mudah bagi mereka yang hebat? Tidak!!! Bila dilihat sekeliling
terdapat ramai usahawan yang selalu menghadapi stres, bukan? Kerja yang hendak
dibuat banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kuncinya. Mereka yang ingin
berjaya akan memilih
dan melakukan perkara yang susah. Mereka tahu, rasa dan faham ia memang susah,
tetapi, mereka lakukan juga.
Hakikatnya ialah perasaan dan keadaan usahawan berjaya sama seperti orang
lain. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike:
Just Do It!
No comments:
Post a Comment