Tuesday, October 9, 2012
NIAT
سنن ابن ماجه - (ج 12 / ص 275)
4218 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ
قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي
الْجَعْدِ عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ هَذِهِ الْأُمَّةِ كَمَثَلِ أَرْبَعَةِ
نَفَرٍ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِعِلْمِهِ فِي
مَالِهِ يُنْفِقُهُ فِي حَقِّهِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يُؤْتِهِ
مَالًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ هَذَا عَمِلْتُ فِيهِ مِثْلَ الَّذِي
يَعْمَلُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُمَا فِي
الْأَجْرِ سَوَاءٌ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يُؤْتِهِ عِلْمًا فَهُوَ
يَخْبِطُ فِي مَالِهِ يُنْفِقُهُ فِي غَيْرِ حَقِّهِ وَرَجُلٌ لَمْ يُؤْتِهِ
اللَّهُ عِلْمًا وَلَا مَالًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ هَذَا
عَمِلْتُ فِيهِ مِثْلَ الَّذِي يَعْمَلُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّ
هُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُمَا فِي الْوِزْرِ سَوَاءٌ
RASULULLAH saw berpesan,
‘Umatku ini ada empat kategori:
Pertama, orang yang diberi kurnia oleh Allah berupa harta
benda dan ilmu pengetahuan - Dia menerapkan ilmu yang diketahuinya dalam hal
penggunaan harta bendanya dengan membelanjakan kesayangannya di jalan yang
benar.
Kedua, orang yang hanya diberi oleh Allah ilmu
pengetahuan, tetapi tidak memiliki harta kekayaan. Orang ini mendambakan ‘JIKA
SAYA MEMILIKI HARTA SEPERTI ORANG BERILMU YANG DERMAWAN (GOLONGAN PERTAMA) SAYA AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG
DILAKUKANNYA.’ Rasulullah menyatakan bahawa kedua mereka mendapat ganjaran
pahala yang serupa.
Ketiga, orang yang diberi oleh Allah harta benda, namun
tidak memiliki ilmu pengetahuan, lantas dia menghamburkan harta kekayaannya dan
membelanjakannya secara tidak benar.
Keempat, orang yang tidak diberi oleh Allah ilmu dan juga harta
kekayaan, lantas dia berangan-angan ‘JIKA SAYA MEMILIKI HARTA SEPERTI SI KAYA
YANG JAHIL (GOLONGAN KETIGA), NESCAYA SAYA AKAN MELAKUKAN SEPERTI APA YANG
DILAKUKANNYA.’ Rasulullah menyatakan bahawa dosa mereka adalah sama.
Dengan niat yang baik kita
diberi pahala.
Dengan niat yang jahat kita
ditimpa petaka dosa. Subhanallah.
Seringlah menyemak niat
baik, dan sentiasa delete niat yang tidak betul dengan taubat yang murni
PILIH
MANA SATU
Si Kaya dermawan dan ilmuan
Si Ilmuan yang berhati
dermawan
Si Hartawan yang tidak
berilmu
Si Miskin yang membina
mahligai kemewanan di alam khayalan
Wallahul muwaffiq
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=257106
(Sumber: bahan tazkirah
subuh Surau al-Ehsan, Bandar Baru Bangi, Selangor
Al Ustaz Ahmad Asri Lubis
27hb sept 2012-09-27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment