Wednesday, October 31, 2012

Panggilan Mesra Dalam Cinta


serenemaklong.blogspot.com



"Kau begitu indah di mataku. Dengan senyum di wajahmu, mampu membangkitkan semangatku, mampu menghilangkan 1000 duka dalam hidupku. Kau cahaya hati, cahaya anugerah Ilahi untuk menerangi jalanku, menemaniku dalam kehidupan yang gelap ini. Wahai isteri, kau begitu mulia kerana diciptakan oleh Dzat Yang Maha Mulia.”

Tiga unsur cinta adalah niat, ucapan/panggilan cinta, dan realiti cinta (pembuktian cinta dengan perbuatan). Banyak panggilan-panggilan cinta yang kita dengar seperti sayang, kasih, cinta, honey, baby, dll.

Contohnya Rasulullah saw kadang-kadang memanggil isterinya, Aisyah dengan sebutan Humairah yang bererti pipi merah delima. Baginda sangat romantis kepada isteri-isterinya. Inilah bukti kesempurnaan Rasulullah sebagai teladan yang baik dalam hal cinta.

Jadi, apa fungsi panggilan cinta ini? Mengapa Rasulullah saw juga memanggil isterinya dengan panggilan yang mesra? Apa ada di sebalik panggilan mesra itu?

Panggilan indah mempunyai banyak fungsi - sebagai pujian, rayuan dan ungkapan hati. Panggilan indah yang disertai dengan niat yang baik pasti akan membuat hati kekasih sejuk, nyaman dan tenang. Sebaliknya, panggilan indah yang tidak ada niat cinta, ia hanya sia-sia.

Oleh kerana itu, panggillah kekasih dengan panggilan indah yang dapat membangkitkan kebaikan bagi dirinya, bukan panggilan yang menimbulkan kesombongan dan kebahagiaan sementara. Panggillah  dengan panggilan indah yang tidak berlebihan. Jangan guna panggilan yang jelek, membuat kekasih bertambah buruk.

Panggilan indah dapat mencipta keharmonian, kesejukan kasih di hati, menciptakan jalinan yang sakinah, mawaddah warrohmah ... InsyaAllah. Panggilan indah membangkitkan cinta lebih kuat lagi.

Panggillah kekasih dengan panggilan indah yang tidak berlebihan. Ciptakan keharmonian cinta. Indahkan kekasihmu dengan panggilan indahmu.  

(Sumber: Kupilih Dermaga-Mu Untuk Pelabuhan Cintaku)
 

Doa Adik

serenemaklong.blogspot.com



SABAN hari Abang berdoa agar Allah mempertemukan dia dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia yakin nasibnya akan berubah jika beristerikan wanita kaya.

Berbanding Abang, Adik kurang celik huruf. Hendak berdoa pun terpaksa membaca doa yang ditulis di atas kertas. Adik yang meminta Allahyarham bapa menuliskan doa itu tidak lama sebelum dia meninggal, dan kertas itulah yang sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan Abang dengan seorang wanita cantik dan kaya yang diidam-idamkannya. Wanita itu jatuh hati kepadanya, lantas mereka pun berkahwin.

Hidup Abang bagaikan mendapat durian runtuh, terus sahaja berubah menjadi senang lenang. Dia berpindah keluar dari rumah pusaka dan meninggalkan Adik.

Semakin hari kekayaan Abang semakin bertambah, terutama selepas melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dek leka dengan kekayaan dia semakin alpa dengan perintah Allah – kerap melewatkan solat dan jarang membaca Al-Quran, namun tidak pernah lupa memohon  kekayaan daripada Allah. Jika soal perniagaan dan kekayaan dunia, doa yang dipanjatkannya kepada Allah bertali arus. Peliknya, semua doa Abang dimakbulkan ALLAH. Abang merasa dirinya istimewa.

Sebaliknya, keadaan Adik tidak berubah. Hidupnya masih sederhana. Disebabkan kurang celik huruf, dia hanya mendapat kerja yang berpendapatan sederhana, di samping terus menjaga rumah pusaka.

Abang tahu Adik rajin berdoa. Namun dia hairan melihat hidup Adik masih di tahap yang sama. Lantas suatu hari, ketika Abang menziarahi Adik, Abang berkata dengan sombong:

“Kamu mesti berdoa lebih kuat lagi. Tengok aku, ALLAH makbulkan semua doaku. Kamu tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok kertas. Tak cukup hebat!”

Adik tersenyum sahaja. Dia suka Abang menegur seperti itu kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Meskipun dia tidak kaya seperti Abang.

Suatu hari, Adik meninggal dunia. Abang terpaksa mengambil alih pemilikan rumah pusaka. Ketika sibuk mengemas rumah, dia terjumpa kertas yang sering dipegang Adik ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Pada kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa Abang”.

Pastikan Sumber Makanan Itu Halal




Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ;

“Jika seorang beribadah maka Iblis berkata, ‘lihatlah dari mana sumber makanannya. Kalau ternyata sumber makanannya adalah dari yang haram maka biarkan saja dia beribadah dan tidak usah susah-susah menggodanya kerana dia sudah meringankan tugas kalian (teman-teman iblis/syaitan).” (HR.Imam Al Baihaqi).

Ketika seseorang melakukan ibadah, syaitan akan mengatur rancangan supaya ibadahnya tidak diterima, dibisikkan, supaya tidak ikhlas, supaya riya' (sombong), ana niyah /keakuan(merasa sayalah yang begini, menyebabkan begini...

Dan ketika seseorang beribadah, sedangkan dia memakan makanan yang haram secara makanannya ataupun cara mendapatkannya, maka tidak akan diterima ibadahnya sebelum dia bertaubat kepada Allah subhanahu wata'ala...

Allah Ta’ala berfirman:

Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar (Thaha: 82).

Semoga kita dijauhkan dari makanan haram, dan dijauhkan dari hal-hal yang dilarang Allah subhanahu wa ta'ala sehingga amal ibadah kita diterima-Nya. Afwan.


Tuesday, October 30, 2012

Batu Gajah Heritage Trail


serenemaklong.blogspot.com



IF you plan a trip to Batu Gajah, make sure you don’t miss out on its heritage trail. There is a lot more to this charming town, which started as a small Malay village in mukim Sungai Terap. There's a lot more to Batu Gajah than Kellie's Castle.

Its colourful history has left in its wake a trail of well-preserved architectural and historical markers, which until now have been spared the gadarene rush of Lonely Planet-toting tourists.

The upshot: Batu Gajah has plenty of nooks and crannies which can be particularly rewarding for the mature traveller who craves more than superficial eye candy: a sense of its past, a taste of the local lifestyle, and that increasingly rare animal – the offbeat discovery.

Any visit of BG should include a driving tour of its heritage trail at the Jalan Changkat colonial core, which can be easily covered in a day. A long strip of well-paved road winds through a leafy enclave that exudes the gentrified vibe of the colonial days. Must-sees are God’s Little Acre, Kinta Gaol and the High Court House, recently converted into a museum, and the Hospital District Batu Gajah.




A hospital as a tourist attraction?” This is no ordinary hospital: it’s the last remaining heritage hospital in Perak, if not Malaysia. This hospital has appeared on celluloid numerous times, including in Apa Dosa Ku, the local teleseries about Perak’s wartime heroine, Sybil Karthigesu, and German movie Love And Death On Java.

A word of warning – you might be politely but firmly ushered out by the nurses. But even a whirlwind glimpse would leave you with a deep impression of its Tudor-style wooden buildings, elegantly set within a leafy compound of undulating manicured hills and giant raintrees.

A note on food. Make sure you swing by Restoran Masuri (Jalan Pusing Opens 10.30am-6pm), which shares a brick building on the main road next to Sri Subramaniyar Temple, the town’s oldest Hindu temple. Makcik’s rendition of mee rebus – noodles bathed in a sweetish-savoury potato gravy, piled with loads of crunchy prawn crackers, hard-boiled egg, mung beans and potato slices – alone is worth the drive to Batu Gajah.

(Source: Alexandra Wong, Sunday Star, Creative Commons License, kenneoh (Flickr)

Monday, October 29, 2012

Diam Itu Emas



DALAM usaha mendewasakan diri, salah satu langkah awal yang harus dipelajari adalah bagaimana menjadi seorang yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sabda Rasulullah saw: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam - HR Bukhari.

Jenis-jenis Diam

Terdapat bermacam-macam penyebab diam dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga keadaan diri dan persekitaran. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:

Diam Bodoh
Diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan kerana kurang ilmu dan ketidakmengertian, atau lemah pemahaman dan alasan ketidakmampuan yang  lain. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksa diri dari berpura-pura tahu.


Diam Malas
Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.

Diam Sombong
Diam jenis negatif kerana dia menganggap orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.

Diam Khianat
Diam orang jahat yang mahu mencelakakan atau menyusahkan orang. Diam ketika diperlukan kesaksian yang mampu menyelamatkan seseorang lain adalah diam yang keji.

Diam Marah
Diam seperti ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya ialah terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukannya pula adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh menambah masalah.

Diam Utama (Diam Aktif)
Bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan. Keengganan menahan diri (diam) akan membawa masalah lebih besar.

Keutamaan Diam Aktif

a. Bebas dari Masaalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masaalah.

b. Bebas dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.


e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahaya hatinya, mampu memberikan buah fikiran dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan. Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti:

Diam dari perkataan dusta, Diam dari perkataan sia-sia, Diam dari komentar spontan dan kasar, Diam dari kata yang berlebihan, Diam dari keluh kesah, Diam dari niat riak dan ujub, Diam dari kata yang menyakiti, Diam dari berpura-pura tahu dan pintar.

Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam. Semoga juga Allah reda hingga ke akhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "Laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantar kita ke syurga.
(Sumber:resepirahsiaku.blogspot.com)

Leka Urusan Dunia


serenemaklong.blogspot.com



SOLAT mudah dilakukan tetapi paling susah dilaksanakan, sedangkan itu amalan pertama yang ditanya Allah SWT kepada hamba-Nya ketika dihadapkan di muka pengadilan nanti.

Walaupun sedar hakikat itu, masih ramai yang mengabaikan perintah yang disampaikan oleh Allah secara langsung dari Luh Mahfuz kepada Rasulullah saw semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimana kita hendak menjawab apabila ditanyakan nanti kenapa meninggalkan solat. Apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan - malas, terlupa atau tidak tahu. Tepuk dada tanya iman kerana ketika itu keimanan yang akan menjawabnya.

Dalam mengejar tuntutan duniawi, bekalan di akhirat juga perlu disediakan. Oleh itu kita patut uruskan masa selama 24 jam yang dikurniakan berdasarkan keutamaan. Pastikan tanggungjawab kepada Pencipta berada di tangga teratas.

Sering kali disebabkan leka dengan kerja dunia, kita selalu mengambil ringan kepentingan menunaikan solat, bukan saja memastikan dilaksanakan semua lima fardu itu tetapi hendaklah menyegerakannya sebaik selesai seruan muazzin.

Tiada istilah tidak sempat solat jika kita bijak merancang. Bila sudah tahu jika balik kerja jam 6 petang kita akan terlepas solat Maghrib, ada dua pilihan di depan. Balik selepas selesai menunaikan solat Maghrib, atau berhenti pada pertengahan jalan yang mempunyai kemudahan seperti surau untuk bersolat. Tambahan, banyak stesen minyak sekarang ini menyediakan ruang solat yang selesa untuk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya.

Jika solat sering terabai, apatah lagi membaca al-Quran. Jika dibiasakan membaca al-Quran selepas solat walaupun hanya beberapa ayat, itu sudah memadai daripada tidak membaca langsung.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dunia ini hanya pelabuhan sementara. Oleh itu carilah bekalan sebelum belayar ke tempat abadi kita. Wallahualam.

Sunday, October 28, 2012

Fikiran Usahawan

serenemaklong.blogspot.com



DALAM perniagaan perlukah seorang usahawan itu bersifat berani? Bagi mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tidak takut gagal dan 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?
Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Bagi Irfan Khairi, isunya bukan "keberanian". Sememangnya ada rasa gemuruh ketika memulakan perniagaan, menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. Tetapi, mereka melakukannya. 
It's not about being brave, it's about just doing it!

Usahawan tidak takut gagal? 100% positif? Sudah tentu tidak. Semua usahawan TAKUT GAGAL.

Yang membezakan mereka ialah perasaan takut gagal inilah yang  memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan mendalami ilmu perniagaan, menjadi kreatif dalam merancang strategi-strategi perniagaan baru.

100% keyakinan memang perlu, tetapi, mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi "back-up" juga disediakan... bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan itu mudah bagi mereka yang hebat? Tidak!!! Bila dilihat sekeliling terdapat ramai usahawan yang selalu menghadapi stres, bukan? Kerja yang hendak dibuat banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kuncinya. Mereka yang ingin berjaya akan memilih dan melakukan perkara yang susah. Mereka tahu, rasa dan faham ia memang susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Hakikatnya ialah perasaan dan keadaan usahawan berjaya sama seperti orang lain. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike:
Just Do It! :)

Saturday, October 27, 2012

Ilmuan Islam - Mengubah Atau Diubah



RAMAI lmuan agama yang disanjungi ketika saat awal keIslaman muallaf - menyanjungi ilmu, kepetahan bertutur di atas pentas, TV, Radio dan tidak kurang juga artikel yang terbit di akhbar. Mereka menjadi ikon.

Perlantikan mereka menjadi senator atau masuk parti politik sangat disenangi kerana mungkin mereka mampu mengubah suasana Islam di Malaysia dari dalam. Mereka juga mengatakan sedemikian apabila diwawancara oleh media mengenai sebab mereka masuk parti politik.
 
Lama-kelamaan memang ada perubahan tetapi perubahan itu hanya ada pada ilmuan agama berkenaan dan bukan pada parti politik yang disertai.

Dulu Ustazah tidak pernah pakai mekap tebal ketika berceramah atau muncul di kaca TV tetapi kini berhias sakan dan mekap tebal  mengalahkan artis.
 
Dulu Ustaz tegur ahli politik secara terbuka kerana amar makruf nahi mungkar tetapi kini Ustaz kata kena tegur senyap-senyap. Bila mengenai ahli politi pihak lawan kesilapan pihak itu dibuat secara terang-terangan pula.
 
Dulu ketika menjadi imam, khutbah dibaca di masjid tetapi kini ustaz  membaca doa di majlis pemimpin sahaja.

Objektif menyertai parti politik dengan tujuan untuk merubah memang telah tercapai. Parti politik yang berjaya mengubah mereka. Hasrat untuk mengubah, sudah menjadikan mereka diubah pula.
 
Sepatutnya pemimpin politik mendatangi ilmuan agama. Biar Islam yang memimpin politik. Namun sayang seribu kali sayang, kini politik pula yang memimpin Islam... 

Ini cuma luahan rasa hati muallaf yang sayangkan Ustaz dan Ustazah. Tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber:
Malaysia Reverted Muslim (Dahulu Malaysia Chinese Muslim)
 

Kematian Baik dan Buruk


serenemaklong.blogspot.com


SETIAP yang hidup akan merasai mati. Bagi sesetengah manusia, kematian adalah pemutus segala nikmat yang ada di dunia. Namun bagi orang mukmin itu adalah peluang untuk bertemu dengan Allah - jalan ke syurga. 

Tiada siapa pun tahu bila, di mana, dan bagaimana kematian akan datang menjengah. Namun terdapat tanda-tanda kematian yang boleh dilihat oleh sesetengah orang.

Keluarnya roh daripada jasad orang kafir dan mukmin adalah sama: Si mukmin pada saat itu akan berusaha mengeluarkan nyawanya kerana bersangka baik dengan Allah dan ingin menemuinya sedangkan Si kafir pula berusaha menahan nyawanya sebab takut mati.

Apakah rasanya ketika nyawa keluar daripada jasad? Seorang ulama menulis, “ Semasa roh dicabut daripada jasad, satu demi satu anggota tubuh akan mati. Mula-mula kedua-dua kakinya akan terasa sejuk, sesudah itu betisnya pula, diikuti paha dan seterusnya.

Setiap anggota tubuh akan terasa sakit. Keadaan ini terus berlaku pada setiap organ tubuh hingga ke kerongkong. Pada waktu itulah pandangannya pada dunia dan semua anggota keluarga hilang. Pada ketika itu tiada gunanya lagi segala taubat.

Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: Taubat seorang hamba akan diterima selagi nyawanya belum sampai ke kerongkong (dalam keadaan hampir meninggal dunia) dan ringankanlah sakaratul maut untukku.  

Tanda-tanda seseorang yang memperoleh husnul khatimah boleh dilihat daripada beberapa segi, iaitu:

PERTAMA, Anas r.a berkata bahawa Nabi saw pernah bersabda: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang. Dia akan memperlakukannya (dengan baik).” Ditanyakan, “Bagaimana Dia memperlakukannya?” Baginda menjawab, “ Dia memandunya untuk berbuat amal soleh sebelum kematiannya.” (HR Tirmizi dan al-Hakim)

KEDUA, ‘Amr ibn al-Hamq berkata, Rasulullah saw bersabda, “Jika Allah mencintai seorang  hamba, Dia akan memberi kehormatan baginya.” “Bagaimana Dia memberi kehormatan kepadanya?” tanya para sahabat. Baginda menjawab,” Dia memimpinnya untuk berbuat amal soleh ketika mendekati ajalnya sehingga para jirannya meredainya.”

KETIGA, Sayidatina Aisyah r.h.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, Dia akan mengirimkan beberapa malaikat kepadanya sebelum kematiannya yang akan meluruskannya sehingga dia meninggal dalam sebaik-baik keadaan. Ketika itu manusia berkata, “Si Fulan meninggal dalam keadaan yang paling baik.”

Maka lazimkanlah memohon kepada-Nya agar kita dikurniakan pengakhiran hidup yang baik sehingga bertemu dengan Allah dalam keadaan Dia reda dengan kita selaku hamba-Nya.

    

Friday, October 26, 2012

Tak Usah Dibacakan Saya Surah Yasin!!!


Diceritakan bahawa salah seorang murid Fudhil bin ‘Iyadh (فضيل بن عياض) sedang nazak (ihtidar), iaitu sedang bertarung dengan maut.

Fudhail duduk di sebelah kepalanya, dan membaca Surah Yaasiin. Si murid lantas berkata, Ustaz, tak usah dibacakan saya Surah Yaasin. Fudhil pun berhenti membaca, lalu mengajarnya menyebut لا إله إلا الله
 
Pelajar itu berkata lagi, “Saya tak perlu menyebut لا إله إلا الله
kerana saya tidak sukakannya.” Ketika itu juga nyawanya diambil oleh Malaikat Maut.
 
Fudhail pulang ke rumah dan menangis selama 40 hari. Beliau tidak keluar rumah. Namun pada suatu hari Fudhail terlihat pelajarnya  dalam mimpi sedang diheret menuju neraka Jahannam. 
 
Fudhail pun bertanya ‘Mengapa Allah mencabut semua ilmumu, bukankah engkau dahulu pelajarku yang paling pintar?’
 
Si pelajar menjelaskan, hal itu adalah disebabkan tiga faktor: 

PERTAMA, disebabkan sifat namimah (suka menghasut). Dia sering memberikan maklumat yang berbeza daripada apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kepada sahabatnya.
 
KEDUA, disebabkan sifat hasad dengki terhadap sahabat-sahabatnya.
 
KETIGA, disebabkan dia mengidap penyakit tertentu, lantas dia menemui seorang dukun untuk mendapatkan ubatnya. Dukun itu menyuruh dia minum secawan khamar sehari selama setahun, jika hal ini tidak anda lakukan penyakit anda tidak akan hilang.’ Pelar itu menurut sahaja arahan Si Dukun.

***
Na’uzubillah, kita berlindung daripada kemurkaan Allah yang sangat perih tiada tara.

الإستعداد للموت وسؤال القبر - (ج 1 / ص 23).... فقد حكي أن تلميذاً للفضيل بن عياض حضرته الوفاة فدخل عليه الفضيل وجلس عند رأسه، وقرأ سورة يس. فقال يا أستاذ لا تقرأ هذه السورة فسكت ثم لقنه، فقال قل لا إله إلا اللّه، فقال لا أقولها لأني بريء منها ومات على ذلك فدخل الفضيل منزله وجعل يبكي أربعين يوماً لم يخرج من البيت ثم رآه في النوم وهو يسحب به إلى جهنم. فقال: بأي شيء نزع اللّه المعرفة عنك وكنت اعلم تلاميذتي؟ فقال بثلاثة أشياء: أولها: بالنميمة، فإني قلت لأصحابي بخلاف ما قلت لك. وثانياً: بالحسد، حسدت أصحابي. وثالثاً: كان بي علة فجاء إلى طبيب فسألته عنها فقال: اشرب في كل سنة قدحاً من خمر فإن لم تفعل تبقى بك العلة فكنت أشربه، نعوذ باللّه من السخط الذي لا طاقة لنا به.

Terjemahan Al Ustaz Ahmad Asri Lubis daripada:
http://www.islamicbook.ws/amma/alistadad-llmwt-wsual-alqbr.html

.