Saturday, March 10, 2012

DISIHIR MENGGUNAKAN FOTO DI FACEBOOK


serenemaklong.blogspot.com
AWANG TIMUR pernah menulis mengenai pengalamannya yang menakutkan akibat terlibat dengan kegiatan Metafizik yang pelik; di antaranya Wicca pagan witchcraft, God’s Head Chakra, Dan Tien, Hara line Laser, Kundalini, prana, Psi-energy (iaitu ilmu pengolahan tenaga alam), Telekinesis, Pryrokinesis, Hydrokinesis, Aerokinesis, Biokinesis, Invisiblity dan Levitation. (Ceritanya terdapat dalam artikel berjodol: Sihir dan Metafizik - Boleh Tidak Boleh).
Kini beliau berpesan supaya setiap orang berhati-hati dengan foto diri yang diletakkan ke laman sosial seperti Facebook. Ikuti pesanannya:  
Gambar Foto: Rahsia pintu dimensi diri
Tajuk menarik, bunyi macam mistik. Tetapi hal ini sudah diketahui oleh semua pengamal perubatan Islam, iaitu gambar foto diri adalah laluan dimensi yang paling mudah terhadap diri kita.

Dengan gambar foto, tukang sihir boleh mensasar diri anda secara langsung. Mudah sekali - hanya baca mantera dan tiup pada gambar foto itu. Kalau tidak pun, dia boleh menyuruh jin yang menjadi khadamnya masuk ke gambar dan terus berada di dalam tubuh mangsa.

Sebab tu saya tidak letak gambar di profil saya seperti ini,

tetapi saya letak seperti ini,
Jin tidak boleh masuk ke dalam gambar ini sebab ia bukan gambar makhluk hidup tetapi gambar makhluk digital.

Saya tidak berapa gemar pada facebook tetapi terpaksa ikut juga kerana kawan-kawan. Bagaimanapun butiran peribadi dalam profil itu tidak benar. Jangan marah, ya!

Jangan ada pula yang mengatakan saya berimej kartun. Tujuan saya buat begini ialah untuk menyusahkan para tukang sihir amatur yang ingin mencari saya. Lepas ini saya hendak tukar nickname dalam talian pula. Tetapi tidak boleh terlampau unik sebab tukang sihir profesional masih boleh scan saya lagi.

Ramai yang menjadi mangsa sihir disebabkan menayang muka di facebook dengan butiran yang tepat pula.  Manusia ini sukar dijangka, ada bermacam gaya, bermacam perangai, jadi berjaga-jagalah.

Kepada perempuan yang merasa dirinya cantik, jangan mudah sangat menayang gambar diri anda di internet. Beringat sebelum terkena!

Semoga bermanfaat. Wasalam.

No comments:

Post a Comment