serenemaklong.blogspot.com
kmin dalam mencapai sasaran al-akhlak al-karimah. Wallahul
muwaffiq!
1- Segera menghulurkan bantuan tanpa perlu
diminta (peka terhadap keperluan sahabat).
2- Menyembunyikan
rahsia sahabat dengan amanah.
3- Berusaha
menutup aib sahabat dengan ikhlas.
4- Jika ada
orang mencela sahabat jangan disampaikan kepadanya (kebanyakan berita negatif
lebih baik diabaikan).
5- Jika terdengar
berita mengenai celaan sahabat mengenai dirinya, tidak perlu dihiraukan (jangan
mudah menerima berita negatif).
6- Jika terdengar
dari orang lain berita positif tentang sahabat, hendaklah disampaikan kepadanya
7- Semasa sahabat
bercakap hendaklah didengar dengan serius.
8- Mengelakkan
pertengkaran.
9- Memanggil
sahabat dengan nama yang paling disukainya.
10- Menilai, menghargai, dan mensyukuri kebaikan sahabat.
11- Menghiburkan sahabat ketika dia berduka (idkhal
as-surur).
12- Bergembira
dengan kegembiraan sahabat.
13- Menegah orang lain mencela sahabat sepertimana dia
membela diri sendiri.
14- Mengutamakan sahabat dalam hal wang dan harta
benda, hatta harta yang anda perlukan sendiri, atau setidak-tidaknya diberikan
kepada sahabat apa yang lebih daripada keperluan diri, ketika sahabat memerlukan bantuan.
15- Menasihati sahabat secara sindiran
atau dengan ungkapan halus dan lemah lembut.
16- Memaafkan kesilapannya, dan melupakan kebaikan anda
kepadanya.
17- Mendoakan sahabat terutama selepas solat semasa
hidupnya dan setelah dia meninggal dunia.
18- Membina hubungan baik dengan ahli keluarganya
setelah ketiadaannya.
19- Jangan memberatkan sahabat dengan sesuatu yang
susah untuk dilakukannya.
20- Memulakan salam ketika berjumpa.
21- Meluaskan tempat duduk untuk sahabat, atau jika
perlu saudara bangun demi keselesaannya.
22- Mengiringi sahabat ke pintu rumah ketika dia hendak
pergi.
23- Mendengarkan kata-kata sahabat dengan rasa malu
dan merendah diri.
Sumber :
Hidayatus Salikin, ms 321-324,
Dari kitab Bidayatul Hidayah, (dengan
beberapa perubahan).
.
No comments:
Post a Comment