SUDAH menjadi
kebiasaan As-Sa’id dan rakannya, Ahmad pergi bercuti ke tempat rekreasi di luar
bandar pada setiap hujung minggu. Lazimnya mereka berkongsi satu kereta untuk
pergi ke mana-mana tempat yang mereka telah persetujui.
Namun pada suatu hari
mereka mengambil keputusan untuk pergi dengan kereta masing-masing.
Kedua-duanya memandu kereta secara beriringan dengan kadar kelajuan yang sama.
Di suatu tempat
mereka berdua terlihat seorang lelaki tua miskin yang meminta belas kasihan
kepada setiap pengguna jalan raya. As-Sa’id memberhentikan keretanya
bersebelahan dengan lelaki tua itu dan menghulurkan beberapa ringgit kepadanya,
manakala Ahmad hanya berlalu pergi begitu sahaja sambil memandu dengan kelajuan
yang masih sederhana seperti biasa.
Disebabkan lelaki
tua tadi, As-Sa’id masuk ke lebuh raya agak terlewat sedikit. Setibanya di
suatu selekoh dia melihat beberapa buah kereta berhenti di tepi jalan. As-Sa’id
pun memperlahankan keretanya sambil memanjangkan leher untuk melihat apa yang
berlaku.
Dia sudah mengagak
bahawa itu tentunya satu kemalangan. Namun yang lebih mengejutkannya ialah bila
melihat kereta yang terbabit itu adalah kereta kawannya, Ahmad. Dia tidak faham
bagaimana kereta Ahmad boleh jatuh ke gaung. Dia menangis sambil menghubungi
pihak berwajib.
Dia teringat
bahawa jika dia tidak berhenti dan bersedekah kepada lelaki tua tadi
kemungkinan dia yang mengekori Ahmad turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
Benarlah seperti sabda Rasulullah saw:
Perbuatan baik
dapat menghindar kematian yang buruk (HR Tabrani).
Sesungguhnya
sedekah mampu memadam kemurkaan Allah swt dan mampu menolak dari kematian yang
buruk (HR Tirmizi).
No comments:
Post a Comment