serenemaklong.blogspot.com
NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran. Tidak seperti umat
nabi-nabi terdahulu, umat nabi Muhammad telah diperintah mengerjakan solat 5
waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat
nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di
hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat
mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda
terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah
menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkannya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan
dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan
keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya
digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi
Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan
Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi
Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain
daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga
tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,
tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi
Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu
pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi
Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
No comments:
Post a Comment