Wednesday, January 25, 2012

Biografi 100 Tokoh Tapanuli




(RENCANA ini adalah olahan semula daripada rencana asal hasil kerja Julkifli Marbun -  serenemaklong.blogspot.com)
1. Si Raja Batak (Sebelum Masihi dan Sebelum ada Marga) merupakan nama kolektif dari para leluhur Batak. Ramai orang menyangka Si Raja Batak adalah nama individu yang menurunkan atau melahirkan semua bangsa Batak.

Kebanyakan ahli sejarah Batak menggunakan istilah Si Raja Batak sebagai nama kolektif yang mewakili nenek moyang bangsa Batak yang tersebar mulai dari Aceh, Tanah Batak sampai ke sebahagian daerah Minangkabau.

Pasca zaman nenek moyang tersebut, masyarakat Batak terbahagi kepada tiga kelompok masyarakat. Pertama Tatea Bulan, kedua Sumba dan ketiga Toga Laut. Ketiga-tiga nama tersebut bukan nama anak-anak Si Raja Batak, tetapi nama kelompok marga.

Nama-nama kelompok dan komuniti tersebut dipersonifikasi untuk menyederhanakan pengenalan dalam hal urusan perkahwinan. Beberapa nama dan marga tersebut dibentuk berdasarkan lebih kepada musyawarah atau konsensus, bukan terjadi secara sendiri. Oleh kerana itu dalam penulisan tarombo, nama-nama tersebut  dianggap sebagai “anak-anak” Si Raja Batak.

2. Tatea Bulan (Sebelum Masihi)
Raja Tatea Bulan juga dikenali sebagai Guru Tatea Bulan kerana mahakaryanya iaitu Pustaha Agung telah menjadi pedoman adat Batak dari dahulu hingga sekarang.

Antara lain k
itab ini mencakupi: Ilmu Hadatuan (Medical and Metaphysical Science), Parmonsahon (Art of Self Defence & Strategy-cum-Tactical Science) dan Pangaliluon (Science of Deceit).

Menurut legenda, Guru Tatea Bulan atau disebut juga Toga Datu pernah pergi menemui bapa saudaranya (saudara dari sebelah ibunya) di Siam. Dia ingin meminang paribannya, Puteri Sang Paman/Tulang. Tetapi rancangannya gagal. Tidak pula disebutkan alasannya. Ketika dia kembali ke kampung halaman di Sianjur Mulamula, dia terkejut dan sangat sedih melihat kampung yang ditinggalkannya telah kosong. Ayahnya, Si Raja Batak telah meninggal dunia.

Adiknya, Raja Isumbaon telah berpindah ke Dolok Pusuk Buhit dekat dengan Pangururan sekarang ini. Adik bongsunya, Toga Laut mengembara dan membuka kawasan (sekarang ini berada dalam wilayah Aceh) bernama Gayo/Alas.

Dia kemudian pergi ke tempat adiknya, Raja Isumbaon. Di sana dia menetap untuk sementara waktu. Selepas itu dia kembali semula ke tanah kelahirannya di Sianjur Mulamula.
Dia berusaha bangkit dari kepedihan hidup dengan berkontemplasi, bekerja dan bercucuk tanam di sawah. Ketika itulah dia bertemu seorang wanita pendatang bernama Boru Sibasoburning Guru. Sibasoburning mempunyai bahasa yang berbeza daripada bahasa Batak.

Mereka lalu bernikah.. Anak mereka, Raja Miok-miok, disebut juga sebagai Raja Gumelleng-gelleng, Biak-biak ataupun gelaran Raja Uti.

Guru Tatea Bulan menurunkan sembilan keturunan, iaitu Raja Biak-biak, Tuan Sariburaja, Limbong Mulana, Sagalaraja (Malauraja), Boru Pamoras, Boru Pareme, Boru Biding Laut dan Natinjo.

Melalui Tatea Bulan inilah turun beberapa generasi Batak yang paling banyak berkecimpung dalam peradaban Batak. Di antaranya adalah Keturunan Raja Uti, Keturunan Raja Lontung, dan Pasariburaja.

3. Guru Isumbaon (Sebelum Masihi)
Guru Isumbaon merupakan pemimpin kelompok Sumba dalam komuniti Batak. Dia adalah adik Tatea Bulan dalam hal adat. Ketika itu  Isumbaon dianggap sebagai seorang ilmuwan Batak.

Ajaran Raja Isumbaon termaktub dalam Kitab Pustaha Tumbaga Holing  mencakupi Harajaon (Political Science or the science about the kingdom), Parumaon (Legislation), Partiga-tigaon (Economics Science or The Arts of Trading) dan Paningaon (Life Skills or Technology).

4. Raja Uti (Sebelum Masihi)
Raja Uti menjadi salah seorang raja yang memerintah di Sianjur Mulamula sebelum memindahkan ibukotanya ke Barus. Dia merupakan Raja Batak pertama yang memerintah masyarakat maritim Batak.

Dia mempunyai gelaran sebagai Raja Biak-biak, Raja Miok-miok, Raja Gumelleng-gelleng dan Raja Hatorusan. Dalam ajaran Parmalim, Raja Uti dianggap sebagai Rasul Batak. Walaupun begitu, keturunan Raja Uti sekarang ini kebanyakannya menganut agama Islam dan hidup di  pesisir barat Sumatra Utara.

5. Tuan Sariburaja
Inilah tokoh Batak pertama yang terlibat dalam skandal seks sumbang mahram dengan adiknya sendiri iaitu Si Boru Pareme. Hasil daripada skandal seks inilah lahirnya Raja Lontung yang menjadi nenek moyang Toga Lontung, iaitu kelompok marga paling dominan dalam sejarah peradaban Batak.

Tuan Sariburaja pergi mengembara. Dia bertemu jodoh dan menikah secara rasmi dengan Nai Mangiring Laut. Isteri baru ini melahirkan anak lelaki iaitu Si Raja Borbor.

Pergeseran dalam keluarga kecil ini menyebabkan perpecahan yang panjang antara Raja Lontung dengan Raja Borbor. Perselisihan tersebut berlanjutan hingga kepada keturunan masing-masing, di mana keturunan Raja Borbor kemudian membuat perikatan dengan keturunan Limbong Mulana, Sagalaraja dan Malauraja yang menentang keturunan Raja Lontung.

Hasil daripada pertentangan itu terbentuklah dalihan natolu. Dalam kehidupan sosial berikutnya, perikatan keturunan Raja Borbor menggunakan panggilan "amangboru" yang bererti ipar dan tidak menggunakan tuturan “abang” terhadap keturunan  Raja Lontung.

6. Raja Sori Mangaraja (Sagala) 1000 Sebelum Masihi
Dia adalah penegak Dinasti Sori Mangaraja dari Marga Sagala. Ini adalah  dinasti paling lama memerintah di tanah Batak hingga sampai kepada Sorimangaraja CI (raja yang ke-101) pada tahun 1816 yang menggunakan nama Syarif Sagala. Dia  kemudiannya memeluk Islam dan memerintah di Sipirok, ibukota terakhir Dinasti ini.

Kerajaan Sorimangaraja merupakan kerajaan teokrasi pertama di mana pemimpin dianggap sebagai perwakilan tuhan di Bumi. Rajanya bergelar Datu Nabolon atau Supreme Witch Doctor.

7. Raja Alang Pardosi
Alang Pardosi merupakan Raja pertama masyarakat Maritim Batak dari kubu Sumba marga Pohan. Dia merupakan personaliti Sumba yang berhasil menyaingi Raja-raja Maritim keturunan Raja Uti dari kubu Tatea Bulan. Keturunan Alang Pardosi merupakan penegak  Kesultanan Batak pertama pada kurun ke-7 melalui Sultan Kadir Pardosi.

Naskhah Jawi yang dialihtuliskan di sini dipetik daripada kumpulan naskhah Barus yang dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium  Nasional Jakarta dengan no. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksyen Jawi pertama berjodol Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

Kisah dalam buku tersebut dimulai dengan kata-kata “Bermula
dihikayatkan suatu raja dalam negeri Toba sila-silahi (Silalahi) lua
Baligi (Luat Balige), kampung Parsoluhan, suku Pohan.”
Raja yang berkaitan adalah Raja Kesaktian dan dalam kisah itu tercatat bahawa anaknya, Alang Pardoksi (Pardosi), meninggalkan tanah Toba untuk merantau.. Alang Pardosi meninggalkan keluarga setelah bertengkar dengan ayahnya. Diiringi isteri dan pengikutnya, dia berjalan menghala ke barat.
Dalam sepuluh halaman pertama diceritakan tindakan Alang Pardosi yang gagah berani, tanah yang dinyatakannya sebagai haknya di rantau, jaringan pemukiman baru yang didirikannya, dan pembenturannya dengan kelompok perantau lain dari Toba.

Alang Pardosi menuntut hak ke atas sebidang tanah yang luas, merentang dari Kampung Tundang di Rambe (Pakkat sekarang), tempat dia menetap, ke barat sampai Singkil, ke timur sampai sempadan Pasaribu, menghilir sampai ke tepi laut, termasuk di dalamnya ialah Barus.

Keluarga yang bersengketa dengan Alang Pardosi adalah keluarga Si Namora. Si Namora juga meninggalkan rumahnya di Dolok Sanggul akibat pertelingkahan dalam keluarga. Bersama isterinya dia menetap di Pakkat.
Alang Pardosi menyedari kehadiran Si Namora pada suatu hari ketika  melihat sebatang kayu yang mengapung di sungai.
Pardosi kemudiannya mengutip upeti daripada Si Namora sesuai dengan adatnya yang berupa kepala ikan atau binatang yang dapat dibunuh oleh Si Namora.

Si Namora mempunyai tiga orang anak lelaki. Putera sulungnya, Si Purba mahu  menimbulkan masalah dalam hubungan antara kedua keluarga kerana tidak puas hati dengan amalan memberi dan menerima upeti. Dia melakukannya dengan cara memperdayakan Pardosi.

Untuk itu, dia pun kembali ke kampung ayahnya di Toba untuk mengumpul harta keluarga berupa kain dan barang pusaka. Purba membuat patung seekor rusa yang hebat dengan menggunakan kain-kain tersebut. Kepala patung itu dipersembahkan kepada Pardosi sebagai upeti.
Alang Pardosi begitu takut melihat persembahan tersebut lalu membebaskan keluarga Si Purba daripada ikatan memberi upeti.

Bagaimanapun Alang Pardosi akhirnya menyedari dia telah diperdaya. Dia mengesyaki ada pakatan yang hendak merampas kedudukannya sebagai raja.
Perang pun meletus. Dengan muslihat, Si Purba berjaya mengusir Alang Pardosi dan mengambil alih tempatnya di Si Pigembar. Akibat kecundang dalam rampasan kuasa, Alang Pardosi mendirikan pemerintahan dalam buangan di Huta Ginjang, kota yang baru dibangunkannya.

Namun ada pembalasan daripada pihak raja yang dihalau. Ketika tempat yang diperintah Si Purba mengalami kebuluran, Raja yang sah iaitu Alang Pardosi, telah diminta kembali untuk memperbetulkan keadaan.
Pardosi menolak. Sebaliknya dia meminta Si Purba membuatkannya sebuah rumah di Gotting iaitu sebuah bukit di antara Pakkat dan Barus. Bukit tersebut dibahagi oleh sebatang jalan yang semakin menyempit di antara dinding batu napal yang keras, kira-kira lima kilometer dari Pakkat menuju Barus.
Sesiapa yang ingin melalui jalan tersebut harus melintas di bawah rumahnya. Kedudukan di persimpangan jalan-jalan penting itu menjadikan Alang Pardosi sebagai raja  paling berkuasa di negeri Batak. Dengan demikian dia ditentukan sebagai penegak keturunan baru. Proses ini berlanjutan setelah dia meninggal dunia.
Si Purba pula pergi membawa diri ke kawasan yang dibuka oleh ayahnya iaitu Tanah Rambe atau Pakkat.

Anak-anak Alang Pardosi daripada isteri keduanya, Si Puteri Aceh, bernama Pucara Duan Pardosi dan Guru Marsakot Pardosi. Mereka berdua berpindah ke arah yang berbeza untuk mengelakkan pertikaian.

Pucara Duan menghala ke arah pantai dan menetap di daerah Tukka yang pada abad ke-19. Ia merupakan pusat untuk mengumpul persediaan kapur barus dan kemenyan sebelum dibawa ke Barus.

8. Datu Nasangti Sibagot Ni Pohan
Datu ini merupakan tokoh yang disegani dalam adat. Walaupun bukan  seorang Raja, kedudukannya sangat dihargai hingga ke hari ini, khususnya dalam organisasi sistem adat dan budaya Batak.

Penduduk dataran tinggi, para pendatang di pelabuhan Natal dan Muaralabu (dikenal dengan sebutan Singkuang atau Sing Kwang dalam ejaan Cina), dan pelaut Bugis dari Sulawesi yang singgah sebelum belayar berdagang menuju Madagaskar, telah berasimilasi  penuh toleransi dengan bangsa Batak. Mereka berinteraksi dan menerima adat Dalihan Natolu sehingga dapat mengahwini wanita-wanita setempat.
Datu Nasangti Sibagot Ni Pohan yang menyatupadukan mereka; campuran penduduk pribumi dan pendatang sehingga membentuk marga Nasution.

9. Erha Ni Sang Maima
Dia adalah putera Raja Doli yang memerintah di Sianjur Mula-mula dan melebarkan kekuasaan hingga ke wilayah Lontung di Samosir Timur.

Menurut legenda rakyat, Erha Ni Sang Maima merupakan seorang
panglima yang menggunakan teknologi canggih pada zaman itu untuk.  
pasukannya. Teknologi tersebut menggunakan mesin dan mercun
dengan jumlah besar yang mampu menimbulkan ledakan sangat dahsyat.
Ketika menumpaskan para pemberontak, Erha Ni Sang Maima menggunakan kaedah tersebut untuk memusnahkan wilayah musuhnya sehingga terjadi sebuah lubang besar yang kemudiannya membentuk sebuah tasik di daerah Toba. Ada yang mengatakan bahawa tasik tersebut terletak di Kampung Silaban.

10. Guru Marsakkot Pardosi
Merupakan keturunan Raja Alang Pardosi yang memerintah di pesisir
barat Sumatra Utara. Guru Marsakkot adalah Raja pertama daripada
keturunan Alang Pardosi yang memerintah sebuah kerajaan Batak di mana penduduknya terdiri daripada campuran orang Batak dan saudagar asing khususnya Bangsa Ceti atau yang dikenali dengan nama Bangsa Tamil atau Keling.

11. Sultan Kadir Pardosi
Merupakan generasi berikut daripada Raja Alang Pardosi melalui Guru
Marsakkot Pardosi. Dia merupakan keturunan pertama dari Alang Pardosi yang mendirikan kesultanan Batak.

Namun pada masa pemerintahannya, Barus telah diserang oleh kaum 
yang disebut oleh penduduk setempat sebagai Orang Gergasi. Orang-orang kaya Batak dan dan pedagang asing melarikan diri melalui laut menuju Lamuri demi menyelamatkan diri dari musuh tersebut.

Yang pasti, di abad ke-10, Lamuri menjadi kota pelabuhan yang banyak dikunjungi orang asing sehingga semakin terkenal, setanding dengan Barus.
Bahkan hasil produk Barus harus dibawa dahulu ke Lamuri sebelum dieksport. Sebahagian lain pula diekspor melalui pelabuhan Natal atau melalui jalan darat ke pelabuhan Kerajaan Pane di pesisir timur Sumatra melalui Sungai Barumun.

12.  Raja Lingga
M. Junus Djamil dalam bukunya "Gajah Putih" yang diterbitkan oleh Lembaga Kebudayaan Atjeh tahun 1959, Kutaraja, mengatakan bahawa sekitar abad 11, Kerajaan Lingga telah didirikan oleh orang-orang Batak Gayo pada zaman pemerintahan Sultan Machudum Johan Berdaulat Mahmud Syah dari Kerajaan Perlak. Maklumat ini diketahui daripada keterangan Raja Uyem dan anaknya, Raja Cik Bebesan, juga daripada Zainuddin dari raja-raja Kejurun Bukit, di mana kedua-duanya pernah berkuasa sebagai raja di zaman penjajahan Belanda.

Raja Lingga I, yang berketurunan Batak mempunyai beberapa orang anak, iaitu  Empu Beru atau Datu Beru, Sebayak Lingga, Meurah Johan, Meurah Lingga, Meurah Silu dan Meurah Mege.
Hampir kesemua anak-anak Raja Lingga I berpindah ke tempat lain. Sebab perpindahan mereka tidak diketahui dengan jelas, namun menurut cerita, Raja Lingga lebih menyayangi anak bongsunya, Meurah Mege. Kerana itu anak-anak yang lain memilih untuk mengembara.

Sebayak Lingga telah merantau ke tanah Batak leluhurnya di Karo. Di sana dia dikenali sebagai Raja Lingga Sibayak. Meurah Lingga tinggal di Linge, Gayo, dan menjadi raja Linge turun termurun.  Kesultanan Daya merupakan kesultanan syiah yang dipimpin orang-orang Parsi dan Arab. Meurah Mege pula dikuburkan di Wihni Rayang, Lereng Keramil Paluh di daerah Linge. Hingga sekarang kuburnya masih terpelihara dan dihormati oleh penduduk tempatan.

13. Meurah Johan Lingga
Putera Raja Lingga ini mengembara ke Aceh Besar dan mendirikan kerajaannya di Lamkrak atau Lam Oeii atau dikenali dengan Kesultanan Lamuri.

14. Meurah Silu alias Malik al-Saleh
Anak Raja Lingga ini menjadi perajurit kesultanan Daya. Setelah memeluk agama Islam, dia menukar namanya menjadi Iskandar Malik dengan gelaran Sultan Malik al-Saleh. Dia adalah sultan pertama yang menegakkan Samudera Pasai.
Samudera Pasai yang diperintah oleh Kesultanan Daya kemudiannya   
dihancurkan oleh Laksamana Ismail al-Siddiq, panglima Dinasti Mamluk, Mesir, yang menggantikan Dinasti Fatimiyah, pendukung Kesultanan Daya.

Dikatakan juga bahawa Kesultanan Pasai di tangan orang Batak Gayo 
kemudiannya menghancurkan Kerajaan Hindu Aceh, yang terdiri dari Batak- Mante dan imigran Hindu India. Mereka menjadi lemah hasil daripada tumbuhnya komuniti-komuniti Muslim yang memiliki kedaulatan sendiri.

Setelah Malik al-Saleh wafat (1285-1296) tempatnya digantikan oleh anaknya,Sultan Malik Al Tahir (1296-1327). Puteranya yang lain iaitu Malik Al Mansyur mendirikan Kesultanan Aru Barumun pada tahun 1299 dengan corak mazhab syiah.

15. Sultan Malik Al Mansyur putera Malik al-Saleh (1299-1322).
Penegak Kerajaan Syiah Aru Barumun yang menjadi saingan kepada kerajaan ayahnya Malik al-Saleh di Kesultanan Samudera Pasai.

16. Sultan Firman Al Karim (1336-1361).
Merupakan Sultan ketiga di Kesultanan Aru Barumun. Di zaman pemerintahannya kerap berlaku pertikaian dengan imperialis Jawa Majapahit. Di bawah kepimpinan Laksamana Hang Tuah dan Hang Lekir, pasukan maritim Aru Barumun berkali-kali membendung kekuatan Hindu Majapahit dari Jawa.

17. Sultan Ridwan Al Hafidz (1379-1407).
Merupakan Sultan ke-6 dari Kesultanan Aru Barumun. Dalam masa
pemerintahannya dia banyak melakukan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China.

18. Sultan Hussin Dzul Arsa yang bergelar Sultan Haji.
Dia merupakan Sultan ke-7 dari Kesultanan Aru Barumun. Pada tahun
1409 dia menjadi salah seorang pribumi Batak yang ikut dalam rombongan kapal induk Laksamana Cheng Ho mengunjungi Mekkah dan Peking pada zaman Yung Lo.
Dia terkenal dalam sejarah China pada era Dinasti Ming dengan nama Adji Alasa (A Dji A La Sa). Dia merupakan orang Batak paling dikenali di China.

19. Hidayat Fatahillah
Putera mahkota terakhir Kesultanan Samudera Pasai yang didirikan oleh Meurah Silo, sebelum dikuasai oleh Kerajaan Aceh Darussalam. Dia mengembara ke Jawa dan mendirikan kota Jakarta lantas menjadi tokoh yang mempertahankan Jakarta daripada serangan tentera  Portugis. Di akhir hayatnya dia menjadi Sunan Gunung Jati, iaitu salah satu Sunan dari kalangan orang Batak bermarga Silo. Namun ramai k yang yakin bahwa sebenarnya dia adalah keturunan Arab.

20. Sultan Muhammadsyah (abad ke-15 Masihi)
Dalam kekacauan politik berikutnya, telah berlaku persaingan dan pertikaian di antara dua bersaudara iaitu Sultan Moghul, Raja Pariaman yang menguasai  Sumatra Barat, dengan Sultan Ri'ayatsyah, dikenali dengan nama Raja Buyung Aceh di selatan pesisir Barus. 
Sebenarnya Sultan Moghul mahu menakluki Aceh. Armada angkatan lautnya berangkat menuju ke Aceh dan kemudian berlabuh di Fansur untuk memenuhi keperluan logistik.  
Ketika itu Fansur memang merupakan pusat perdagangan dan ilmu pengetahuan dunia. Tokoh yang lahir dari wilayah ini adalah mereka yang mempunyai kinayah Al Fansuri.

Panglima Sultan Moghul memerintahkan anak buahnya mengintip mengenai perkembangan Aceh. Mereka meminta bantuan nasihat daripada dua orang pakar strategi Batak iaitu Datu Tenggaran dan Datu Negara yang berketurunan daripada marga Pasaribu. Kedudukan  Fansur yang cenderung neutral kini mula goyah..

Namun selepas membuat pertimbangan, pasukan Sultan Moghul membatalkan serangan tersebut. Lalu Datu Tenggaran diminta memimpin pasukan kembali ke Pariaman. Datu Negara tidak mahu ikut ke Pariaman. Dia lebih suka menetap di Fansur. Dalam pesan selamat tinggalnya, Datu Tenggaran bersumpah akan kembali ke Fansur di Barus. Segumpal tanah dan sekendi air Fansur menjadi saksinya.

Di Negeri Pariaman, Datu Tenggaran mendalami ilmu agama Islam. Namanya telah ditukar kepada Muhammad. Kegigihan dan disiplin Muhammad dalam menjalankan tugas negara membuat Sultan Moghul berkenan menawarkan adiknya, Siti Permaisuri puteri raja Indrapura Munawarsyah.

Setelah menikah, keduanya membuka wilayah baru dinamakan Tarusan demi mengenang datuknya, Raja Hatorusan II di Negeri Fansur. Sebagai pembuka wilayah Datu Tenggaran dianugerahi gelaran Sultan Muhammadsyah.

Pada suatu ketika, salah seorang anak remajanya bernama Sultan Ibrahimsyah telah berselisih faham dengannya. Ibrahimsyah memilih untuk meninggalkan Negeri Terusan dengan membawa 1,000 orang pengikut menuju ke Fansur.

21. Sultan Mualif Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No.
ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

22. Sultan Marah Pangsu Pardosi (700-an Hijriyah)
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

23. Sultan Ibrahimsyah Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini,boleh dilihat dalam Sejarah Tuanku Badan
(Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus.

24. Sultan Marah Sifat Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi
pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam
Negeri Barus.

25. Mahkuta, juga dikenali Manghuntal atawa Sisingamangaraja I
Pada tahun 1540, Mahkuta atau Manghuntal yang menjadi Panglima di
Kerajaan Hatorusan yang berpusat di Barus dan Singkel telah ditugaskan menumpas pemberontakan di pedalaman Batak. Sebelum menerima tugas tersebut Mahkuta telah berjaya mengusir Portugis dari perairan Singkel.
Pemerintahan Sisingamangaraja I hanya bertahan sepuluh tahun. Ketika putera mahkotanya, Manjolong, baru berusia 12 tahun, Manghuntal dikatakan menghilangkan diri dan tidak pernah kembali lagi.

Orang-orang dalam lingkungan Istana percaya kononnya Sisingamangaraja hilang diambil oleh Mulajadi Nabolon dan dibawa ke langit. Kerana ketiadaan pemerintah akhirnya Manjolong ditabal menjadi Sisingamangaraja II.

Kitab-kitab kuno bangsa Batak Karo meyakini bahawa Sisingamangaraja I menghilangkan diri disebabkan kecewa dengan keadaan rakyat yang terus bertelingkah..

Sisingamangaraja I tidak sukakan sistem perhambaan dan selalu membantu rakyat yang teruk menanggung hutang. Puak yang mengeksploitasi rakyat memang memusuhinya, dari lingkungan istana hingga kepada kaum kerabatnya sendiri, contoh namborunya yang tidak suka tindakan dia membela nasib rakyat.

26. Guru Patimpus
Cucu Sisingamangaraja iaitu Guru Patimpus telah pergi merantau ke beberapa tempat di Tanah Karo dan merajakan anak-anaknya di kampung-kampung: Kuluhu, Paropa, Batu, Liang Tanah, Tongging, Aji Jahe, Batu Karang, Purbaji, dan Durian Kerajaan. Kemudian Guru Patimpus turun pula ke Sungai Sikambing dan bertemu dengan Datuk Kota Bangun.

Berdasarkan bahan-bahan dari Panitia Sejarah Kota Medan (1972) termasuk Landschap Urung XII Kuta, dapat dilihat dari tarombo yang disalin ke dalam tulisan Batak Karo yang sebelum ini ditulis di atas kulit Alin. Tarombo ini mengisahkan Guru Patimpus lahir di Aji Jahei. Dia mendapat berita bahawa ada seorang yang datang dari Pasai keturunan Said yang mendiami kota Bangun. Dia sangat dihormati oleh penduduk Kota Bangun kemudian dilantik menjadi Datuk Kota Bangun yang dikenali sangat tinggi ilmunya. Banyak sekali perbuatannya yang dianggap sebagai ajaib.

Guru Patimpus sangat ingin berjumpa dengan Datuk Kota Bangun untuk
mengadu kekuatan ilmunya. Guru Patimpus beserta rakyatnya turun
melalui Sungai Babura, dan sampai ke Kuala Sungai Sikambing. Di tempat ini Guru Patimpus tinggal selama 3 bulan. Kemudian dia pergi ke Kota Bangun untuk menemui Datuk Kota Bangun.
Kononnya, dalam mengadu kekuatan ilmu, siapa yang kalah harus mengikuti pihak yang menang. Dalam beradu kekuatan ini, berkat bantuan Allah SWT Guru Patimpus kalah. Dia kemudian meninggalkan agama Perbegu dan memeluk agama Islam.

Dia belajar agama Islam daripada Datuk Kota Bangun. Dia sering ulang-alik ke Kuala Sungai Sikambing, ke gunung dan Kota Bangun melewati Pulo Berayan yang waktu itu di bawah kekuasaan Raja Marga Tarigan keturunan Panglima Hali.
Ketika singgah di Pulo Berayan, Guru Patimpus telah jatuh hati dengan puteri Raja Pulo Berayan. Selepas berkahwin, pasangan itu berpindah dan membuka  kawasan hutan di antara Sungai Deli dan Sungai Babura yang kemudiannya dinamakan Kampung Medan. Tarikh pembukaannya yang dikatakan pada 1 Julai 1590, kini dikenali sebagai Hari Kota Medan.

27. Sisingamangaraja II
Dikenali dengan nama Raja Manjolong bergelar Datu Tinaruan atau Ompu Raja Tinaruan memerintah daripada 1550 hingga 1595

28. Hafidz Muda putera Guru Patimpus
Menurut trombo yang ditulis dalam bahasa Batak Karo di atas kulit Alin itu, Hafiz Muda kemudian menggantikan ayahnya, Guru Patimpus, dan menjadi Raja XII Kuta.
Putera Guru Patimpus dari ibu yang lain bernama Bagelit datang dari kawasan pergunungan untuk menuntut hak dari ayahnya iaitu daerah XII Kuta. Setelah puteranya Bagelit memeluk agama Islam, daerah XII Kuta yang sempadannya dari laut hingga ke gunung kemudiannya dibahagi dua.
Bagelit diberikan kawasan dari Kampung Medan hingga ke gunung dan dikenali sebagai Orung Sukapiring. Hafiz Muda pula tetap menjadi Raja XII Kuta di Kampung Medan. Ketika itu Medan adalah sekitar Jalan Sungai Deli hingga Sei Sikambing (Petisah Kampung Silalas). Guru Patimpus dan puteranya Hafiz Muda menjadikan Kampung Medan sebagai pusat pemerintahan.

29. Panglima Manang Sukka
Dia adalah orang Karo yang menjadi perajurit pasukan Aceh. Pada tahun
1508, dia mendirikan Kerajaan Haru Delitua dan memakai gelaran Sultan Makmun Al Rasyid I. Permaisurinya, Puteri Hijau adalah saudara perempuan Sultan Mughayat Syah.

Pada tahun 1523, tentera Portugis dari Melaka telah menyerang Haru Delitua. Mereka menyusuri daerah Labuhan Deli hingga sampai ke Deli Tua sambil menembak sesiapa sahaja yang ada di daerah tersebut.

Mereka menggempur pasukan Makmun Al Rasyid dengan senjata berat
dan artileri. Pasukan Makmun Al Rasyid dengan dibantu pasukan dari
Aceh cuba bertahan di Sukamulia, namun semuanya tewas dalam serangan  
tersebut.

Permaisuri Puteri Hijau dan lima orang puterinya ditawan oleh pasukan Keling di bawah tentera Portugis ini. Kaum Keling India ini berasal dari wilayah Goa di India barat. Pasukan tersebut juga disokong oleh orang-orang Macao dari China. Puteri-puteri tersebut menjadi korban perkosaan tentera-tentera upahan itu.

Puteri Hijau yang sedang berzikir diikat ke muncung sebuah meriam lalu diledakkan. Tubuhnya hancur tanpa bentuk. Puntung dari meriam Portugis itu menjadi Keramat Meriam Puntung, sebuah relik bagi orang-orang Karo Dusun Muslim.

Pada tahun 1853, Sultan Ibrahim Mansyur Syah, Sultan Aceh, telah menabalkan Wan Usman di Labuhan Deli dengan nama Sultan Usman Perkasa Alam, iaitu Sultan Deli pertama.

30. Tuanku Maraja Bongsu Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

31. Jonggi Manoar I
Sebenarnya Jonggi Manoar merupakan nama lembaga adat. Namun yang
ingin dibahaskan di sini ialah orang yang menduduki jabatan tersebut.

Lembaga Jonggi Manoar atau Menawar merupakan lembaga raja atau perwakilan raja yang dibentuk oleh Tuanku Sultan Marah Laut Pasaribu (hidup di era Tuanku Maharaja Bongsu Pardosi, 1054 Hijriah atau Tuanku Mudik/Dihulu), ketika berkunjung ke Luat Sagala Limbong di Toba. Pasaribu, Limbong dan Sagala merupakan keturunan Tatea Bulan.

Diceritakan melalui Sejarah Tuanku Batu Badan atau Tambo Barus Hilir, sebuah manuskrip sejarah tulisan Arab dan berbahasa Melayu yang masih disimpan oleh Zainal Arifin Pasariburaja di Barus, seorang keturunan Bangsawan Kesultanan Dinasti Pasaribu, atau Tuanku Di Hilir.
Manuskrip tersebut telah diguna dalam tesis seorang peneliti dari Australia.

Selepas kemangkatan Sultan Adil Pasaribu, kesultanan Barus diserahkan kepada puteranya, Tuanku Sultan Marah Laut dengan disaksikan oleh semua penduduk. Di Barus sendiri terdapat dua pemerintahan. Satu pihak ialah Dinasti Pardosi (Keturunan Marga Pohan) dari Sumba yang dikenali dengan nama Tuanku Di Hulu atau Tuanku Mudik dan satu lagi Dinasti Pasaribu dari Tatea Bulan yang dikenali sebagai Tuanku Di Hilir, penerus Kerajaan Hatorusan.

Diceritakan bahawa Sultan telah melakukan perjalanan ke Toba. Tidak
diceritakan sebab-sebabnya. Tetapi diyakini ia merupakan sebahagian daripada tindakan memperluas dan mengambil sokongan dari pihak Toba yang menjadi nenek moyang Pasaribu untuk menghadapi Dinasti Pardosi. Golongan Pasaribu sendiri merupakan keturunan Borbor/TateaBulan yang sejak dahulu menghuni Luat Sagala Limbong di Toba. Persaingan dengan Dinasti Pardosi sangat sengit sehingga perjalanan Sultan ini merupakan akibat dari pergolakan politik ketika itu.

Perjalanan dilakukan melalui sebuah daerah bernama Doli (Dolok=Dolok Sanggul?). Di sana dia bermukim, berkahwin dan mendapat anak lelaki.
Perjalanannya diteruskan ke Sagala Limbong. Di sana dia bermukim dan mendapat tempat dari kalangan penduduk setempat yang juga merupakan kaum kerabatnya. Orang-orang Batak di situ tidak mampu melawan kerana Tuanku Sultan Marah Laut terlalu gagah. Dia ditabalkan sebagai raja mereka.

Setelah Sultan Marah Laut memerintah Sagala Limbong dalam tempoh yang lama, dia bercadang hendak kembali ke Barus. Namun keinginan tersebut ditolak oleh warga yang mahukan kehadiran seorang pemimpin berwibawa. Sebagai jalan keluar, suatu perwakilan Sultan diadakan di Sagala Limbong. Sekiranya ada upacara yang memerlukan kehadiran Sultan, hal itu boleh diwakilkan dan kemudian dipersembahkan kepada pihak Sultan di Barus.

Sultan kemudian membentuk dua lembaga perwakilan di Sagala Limbong.
Pertama bernama Raja Jonggi Menawar dan kedua bernama Raja Bunga-bunga.. Melalui kedua raja inilah, Sultan memerintah daerah Sagala Limbong dan penghantaran persembahan ke Barus dilakukan.

Perjanjian yang dibuat di antara pemuka adat itu ialah:

"Dalam satu tahun melainkan satu kali raja kedua itu menghantar
persembahan kuda satu akan tetapi apabila raja kedua itu membawa kuda
persembahan melainkan merurut membawa kambing jantan gadang seekor
pemberi kepada Tuanku Mudik, karena kami sudah sebuah kota
."
Tuanku Mudik adalah Sultan Pardosi yang memerintah di hulu. Perjanjian tersebut selain bernilai adat ia juga bernilai politik kerana hal tersebut mengikat kedaulatan tiap-tiap huta.

Perjalanan pulang Sultan beserta para pejabat dan hulubalang kerajaan dilakukan melalui sebuah negeri yang bernama Lintong. Raja Lintong turut  menerima perjanjian yang dibuat di Sagala Limbong itu.

Acara pemberian persembahan tersebut dilakukan setiap tahun. Bermula  
dengan kedatangan Raja Jonggi Manoar melalui negeri Lintong. Negeri Lintong juga memberikan persembahan dan wakilnya turut menghantar. Begitu juga daerah-daerah yang dilalui dan menandatangani perjanjian persahabatan dengan Barus. Di antaranya negeri Sihotang, Negeri Siringo-ringo, Negeri Manullang, Negeri Rambe (Pakkat).

Beberapa daerah yang rajanya dilantik oleh Sultan di Barus juga melakukan persembahan. Di antaranya Negeri Panggarutan, Negeri Dairi, Negeri Tombah, Negeri Tukka, Negeri Gomburan. Semua raja-raja itu dilantik atas persetujuan Kesultanan Barus.

Semua persembahan tersebut dikumpulkan di istana Raja Tuktung. Menurut adatnya Raja Jonggi Manoar akan memberikan persalinan kain kepada Raja Tuktung. Raja Tuktung adalah kerabat Kesultanan Barus yang istananya berada dalam kawasan  wilayah Barus. Kedudukannya sangat dihormati. Selain sebagai kerabat sultan, perjalanan menuju ke Barus juga perlu melintasi daerah kekuasaannya.

Setelah memberikan penghormatan kepada Raja Tuktung, perjalanan
ke wilayah Kesultanan Barus pun dilakukan melalui Pangarabuan terus
menuju istana Sultan.

Upacara tersebut selalu dipimpin oleh Raja Jonggi Manoar. Kebiasaan
ini sudah dilembagakan ke dalam adat istiadat. Dipercayai tujuan utamanya
dahulu bermotifkan politik dan ekonomi.
Kesultanan Barus memerlukan sokongan politik dan moral demi kelangsungan Kesultanannya. Kehadiran wakil sultan di Toba juga diperlukan untuk menjadi pemimpin pengantara di tengah-tengah masyarakat Toba yang berpecah akibat persengketaan. Kehadiran mereka merupakan syarat adat perwakilan dari keturunan Raja Uti agar upacara adat dan agama menjadi sah. Raja Uti sendiri merupakan tokoh spiritual dalam masyarakat Batak, khusunya bagi kalangan Parbaringin dan Parmalim.

Motif ekonominya adalah untuk menjamin kesinambungan hubungan dagang
antara dua komuniti Batak. Daerah Toba merupakan daerah pertanian
yang menghasilkan banyak komoditi perdagangan. Batak Pesisir pula merupakan pelabuhan tempat keluarnya komoditi tersebut kepada pedagang-pedagang asing.

Lembaga Jonggi Manoar yang dibentuk oleh Sultan Marah Laut merupakan
media penghubung antara peradaban Batak di dua kerajaan; Kesultanan
Batak di Barus dan Kerajaan Batak Sisingamangaraja.

Penulis sejarah Batak memperakui Jonggi Manoar sebagai sebuah lembaga perlengkapan adat.
Lembaga Jonggi Manoar, menurut Sitor Situmorang, Toba Na Sae, Komunitas Bambu, Jakarta 2004, Hal 226-228, merupakan tradisi penggambaran pendeta raja. Yang mempunyai hubungan istimewa dengan Raja Uti/Barus.

"Dikatakan bahawa Jonggi Manoar memperoleh kesaktiannya dari Raja Uti
lewat pelaksanaan 'somba' sebagai ritual berkala."

"Bahkan didakwa bahawa di masa lalu semua wilayah Toba mengirim
sombanya kepada Raja Uti harus lewat Jonggi Manoar"

"Menjadi tradisi bahwa setiap Sisingamangaraja baru, selain dalam upacara khusus di gelanggang berbagai onan wilayah Toba, utusan Raja Barus selalu diundang hadir sebagai kesempatan mengenalnya, yaitu sebagai pada upacara 'perkenalan' Sisingamangaraja di daerah Humbang."

Namun dengan punahnya kesultanan Barus maka berakhir pula tradisi dan
kebiasaan tersebut.

32. Tuanku Raja Kecil Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.


33. SM Raja III, Raja Itubungna, 1595-1627 Masihi

34. Sultan Daeng Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

35. Sisingamangaraja IV (1627-1667)
Dengan nama Tuan Sorimangaraja

36. Sultan Yusuf Pasaribu
Lebih lengkapnya biografi tokoh ini, lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan silsilah kerajaan Hatorusan di Barus

37. Sisingamangaraja V (1667-1730)
Dengan nama aseli Raja Pallongos.

38. Sultan Adil Pasaribu
Lebih lengkapnya biografi tokoh ini, lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan silsilah kerajaan Hatorusan di Barus

39. Tuanku Dorong Hutagalung
Pendiri Kerajaan Siboga.

40. Sisingamangaraja VI (1730-1751)
Bernama Raja Pangolbuk memerintah di Bakkara

41. Raja Simorang
Pada tahun 1736-1740, Raja Simorang dari Tapanuli memimpin penduduk
Barus, khususnya Sorkam dan Korlang, mengusir VOC, perusahaan Belanda
yang banyak memonopoli ekonomi setempat. Mereka dipimpin oleh Raja Simorang dari Tapanuli dan Raja Bukit.

42. Sultan Marah Tulang Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

43. Sisingamangaraja VII,
Dengan nama Ompu Tuan Lumbut memerintah antara tahun 1751-1771

44. Raja Junjungan Tanjung (1757)
Raja Junjungan Tanjung berasal dari Sipultak, Humbang, Toba. Dia
berkuasa di Kerajaan Sorkam pada tahun 1757 Masehi. Sebagai sebuah
daerah yang otonom dari pengaruh Kesultanan Barus, Sorkam selalu
berada dalam bayang-bayang hegemoni raja-raja Barus
.

4
5. Sultan Munawarsyah Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

46. Sisingamangaraja VIII (1771-1788)
Dengan nama Ompu Sotaronggal bergelar Raja Bukit memerintah pada
tahun 1771-1788

47. Raja Maiput Tanjung Gelar Datuk Tukang (1778-1792)
Bahagian dari Dinasti Tanjung.

48. Sultan Marah Pangkat Pardosi (1170 Hijri)
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

49. Tuanku Sultan Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

50. Sultan Raja Kecil Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

51. Sultan Emas Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

52. Sultan Kesyari Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

53. Sultan Baginda Raja Adil Pardosi (1213 Hijri)
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.
54. Sultan Sailan Pardosi (1241 H)
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

55. Sultan Limba Tua Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

56. Sultan Main Alam Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

57. Sultan Perhimpunan Pasaribu
Biografi lengkap tokoh ini, sila lihat Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di Barus

58. Sultan Limba Tua Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus..

59. SM Raja IX, Ompu Sohalompoan, Gelar Datu Muara Labu, 1788-1819

60. Haji Hassan Nasution

Seorang marga Nasution dengan gelar Qadhi Malikul Adil di Kerajaan
Darussalam Minang menjadi orang Batak pertama di abad ke-18 yang menunaikan haji di Mekah pada tahun 1790.

61. Raja Jangko Alam Tanjung Gelar Datuk Rajo Amat (1792-1806)

62. Sultan Main Intan Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.
63. Sultan Agama yang bernama Sultan Subum Pardosi
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.

64. Fakhruddin Harahap (1802)
Seorang marga Harahap yang berjaya mempertahankan Kesultanan Aru Barumun dari serangan Aceh. Pada tahun 1802-1816, dia menjadi Raja dengan gelaran Baginda Soripada di bahagian hulu dari bekas Kesultanan Aru Barumun.

65. Abdul Fatah Pagaran Sigatal: Modernis Suluk (Lahir 1809)

Abdul Fatah berasal dari Porlak Tele di Batahan yang berada dalam wilayah Natal, Tanah Batak Selatan. Menurut ceritanya beliau wafat pada tahun 1900 dalam usia 91 tahun. Oleh sebab itu tahun kelahirannya dianggarkan pada tahun 1809.

Bersama Lamri dan Barus, Natal merupakan pelabuhan kuno yang telah
mendapat sentuhan peradaban Islam dengan nuansa budaya Batak. Selama
hidupnya dia mengembangkan organisasi-organisasi suluk yang banyak tumbuh di tanah Batak.


66. Abdul Hakim Datuk Naturihon Tanjung Gelar Rajo Amat I (1806-1841)
Anak sulung Raja Jangko Alam.

67. Kadhi H. Ilyas Penyabungan: Sang Kadhi
Dilahirkan di Sabajior, Penyabungan pada 10 Rabiul Awal 1302 Hijriah.
Ayahnya bernama H Sulayman.

Dia aktif mengembangkan Makbat Subulussalam sampai akhirnya penguasa
Sukapiring meminta dia menjadi Kadhi di Sukapiring, Kesultanan Deli.
Masa hidupnya dihabiskan untuk membesarkan organisasi al-Jam'iyah al-
Washliyah.

68. Syeikh Juneid Thola Rangkuti: Pengasas Dermawan.
Lahir di Huta Dolok, Huta Na Male, Negeri Maga, Kotanopan. Ketika itu Huta Dolok masih bernama Pagaran Singkam suatu wilayah yang terletak di kaki Gunung Sorik Marapi.

Sewaktu kecil, ayahnya Thola Rangkuti memberinya nama Si Manonga
kerana lahir dalam keadaan sukar.

Bersekolah dasar di Maga dan dilanjutkan ke Tanobatu dan selesai pada
tahun 1906. Semangatnya untuk melanjutkan pendidikan diilhamkan oleh Abdul Malik Lubis, seorang tokoh intelektual tempatan di Maga.


Syeikh Juneid merupakan pelopor kegiatan wakaf atau dermawan di Tapanuli. Melalui rangkaian kegiatan, dia berhasil mengumpul dana untuk mendirikan perguruan pendidikan di Huta Na Male. Di samping itu dia juga mendirikan beberapa lembaga sosial ekonomi dari hasil wakaf yang dikumpulkannya. Di antaranya adalah pasar wakaf di Huta Na Male.
Dengan gerakan wakaf ini, Huta Na Male dan Maga menjadi sebuah negeri
maju. Beberapa usahawan tempatan muncul dalam berbagai bidang di Tapanuli.Pembangunan sosial yang madani ini diteruskan oleh 
generasi seterusnya selepas dia meninggal pada 30 Mac 1948.


69. Muhammad Faqih Amiruddin alias Pongki alias Tuanku Rao
Dia merupakan kerabat Dinasti Sisingamangaraja dan menjadi orang
pertama dari lingkungan kerajaan Dinasti Sisingamangaraja yang
menunaikan ibadah haji ke Mekah pada tahun 1812. Maklumat ini diperolehi daripada catatan keluarga, bertulisan Arab, komuniti Marga Sinambela keturunan Sisingamangaraja di Singkil. (Tuanku Rao; Ompu Parlindungan). Dia meninggal pada tahun 1833.

70. Idris Nasution (wafat 1833)
Merupakan Gabenor Toba ketika kepemimpinan Fakih Amiruddin di
Tanah Batak yang beribukota di Siborong-borong.

71. Tuanku Tambusai Harahap (w. 1863)
Pahlawan Indonesia dalam melawan penjajah Belanda

72. SM Raja X, Aman Julangga, Gelar Ompu Tuan Na Bolon, 1819-1841

73. Amir Hussin Hutagalung (Lahir 1819)
Merupakan seorang panglima Faqih Amiruddin di Toba. Dia bergelar Tuanku
Saman. Merupakan putera dari Khalifah Abdul Karim Hutagalung,
pimpinan tarekat Naqsabandiyah di Silindung. Amir Hussin meninggal dunia pada 1837 ketika menentang penjajah Belanda di Air Bangis.


74. Tuanku Asahan alias Mansur Marpaung (1820)
Pada 1820, seorang panglima Fakih Sinambela, Tuanku Mansur
Marpaung mendirikan Kesultanan Asahan di pantai timur Sumatra.
Kesultanan ini masih wujud hingga 1947. Anak-anak mereka ialah Tuanku Sri Sultan Saibun Marpaung dan juga Dr. Mansur Marpaung, wali negara NST. Orang bawahan Mansur Marpaung adalah Zulkarnain Aritonang, pahlawan dalam perang Tanggabatu pada 1818 yang mendirikan kerajaan Merbau. Keturunannya menjadi Raja-raja Merbau, Sumatra Timur hingga 1947.

75. Pemasuk Lubis alias Tuanku Maga (w. 1820)
Merupakan menteri pendidikan pada era pemerintahan Fakih Amiruddin

76. Jagorga Harahap alias Tuanku Daulat (w. 1820)
Merupakan Gabenor Pahae Silindung dalam pemerintahan Fakih Amiruddin
dan seorang saudagar berjaya yang bertempat di Silindung.

77. Tuanku Sorik Marapi Nasution
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

78. Tuanku Mandailing Lubis
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

79. Tuanku Kotapinang Dasopang
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

80. Tuanku Patuan Soripada Siregar
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

81. Tuanku Ali Sakti Siregar
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

82. Tuanku Junjungan Daulay
Merupakan seorang panglima Fakih Amiruddin.

83. Sultan Marah Tulang yang bernama Sultan Nangu Pardosi
(1270 H)
Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Kumpulan Naskah Barus, dijilid dan disimpan di Bahagian Naskhah Muzium Nasional Jakarta dengan No. ML 16. Dalam Katalog van Ronkel naskhah ini yang disebut Bat. Gen. 162, dikatakan berjudul Asal Toeroenan Radja Barus. Seksi Jawi pertama berjudul Sarakatah Surat Catera Asal Keturunan Raja Dalam Negeri Barus.
84. Syeikh Baleo Natal: Menginsafkan Para Raja
Namanya Abdul Malik, ayahnya bernama Abdullah dari Muara Mais. Dia
dilahirkan pada 1825.

Sekembali dari Mekkah, Yang Dipertuan Huta Siantar, Penyabungan
meminta Syeikh Abdul Fattah untuk menjadi guru agama dalam kerajaannya.
Namun Syeikh Abdul Fattah tidak dapat memenuhinya kerana terlalu  
sibuk. Dia menunjukkan Syeikh Abdul Malik yang baru kembali dari Mekah untuk mengisi jabatan tersebut.

Syeikh Abdul Malik berusaha membangunkan masyarakat di Huta Siantar.
Karismanya membuatkan dia didatangi oleh ramai siswa dari Huta
Siantar dan Penyabungan.. Beberapa keluarga raja di wilayah tersebut diajaknya menghidupkan kegiatan masjid. Pada mulanya hal tersebut ditentang namun akhirnya mendapat sambutan baik dari elit aristokrat tersebut.

Atas jasa-jasanya tersebut, Syeikh Abdul Malik dinikahkan dengan puteri Huta Siantar dan dia terus menetap di sana. Dia berangkat sekali lagi ke Mekah bersama-sama keluarganya.

Sekembalinya ke Tanah Air, namanya semakin dikenali dari Padang Sidempuan, Sipirok, Padang Lawas dan Dalu-dalu. Dia kemudian digelar Baleo Natal kerana usahanya mengajar Islam secara beransur- ansur.

Hubungan mesra dengan penguasa atau raja-raja Huta Siantar bukan pula  
tanpa masalah. Berbagai masalah terjadi antara Umara dan Ulama tersebut. Namun hal itu dapat diatasi dengan langkah yang tidak merosak kedua kelompok elit tersebut.

85. Abdullah Salatar Hutagalung (1833)
Merupakan saudagar kaya di Sibolga, dia adalah tokoh pengangkutan  
laut yang menghubungkan Sibolga dengan Malaya dan lain-lain.

86. SM Raja XI, Ompu Sohahuaon, 1841-1871
Di masa pemerintahannya berhasil disusun Arsip Bakkara yang kemudian
dicuri oleh seorang pendeta dari Jerman.

87. Raja Parang Tua Tanjung Gelar Datuk Amat II (1841-1853) Sejak
saat ini kekuasan Sorkam terbahagi lima, kepada anak-anak Raja
Parang Tua.

88. Syeikh Sulayman Al-Kholidy Hutapungkut: Pengasas Organisasi Suluk
Tanah Batak.
Lahir di Hutapungkut, Kotanopan pada 1842. Ayahnya Japagar, seorang tokoh pemuda yang mempunyai beberapa seni beladiri dan menetap di Sipirok sebagai jurutera yang menguasasi pengolahan logam, khususnya besi.

Dia merupakan pelajar kepada Abdul Wahab Rokan serta beberapa ulama
lain. Di antara rakan pelajarnya adalah Syeikh Ibrahim dari Kumpulan Lubuk Sikaping dan Syeikh Ismail dari Padang Sibusuk.

Selepas tamat pendidikan dia menjadi tokoh pembaharu sosial di Padang
Lawas dengan ajaran-ajaran tarekat yang dibawanya. Di Padang Lawas
dia menjadi intelektual yang menjadi pusat tujuan belajar para pemuda dan tokoh setempat. Salah seorang tokoh Padang Lawas yang berguru kepadanya adalah Syeikh Abdul Qadir yang hingga sekarang masih dikenali sebagai juara pendidikan di Padang Lawas.

Dia mendirikan masjid di tepi rumahnya yang menjadi pusat tarekat Naqsabandiyah di Tapanuli Selatan. Masjid dan bangunan sekitarnya dibina sendiri oleh Syeikh dengan para pelajarnya sehingga Hutapungkut berubah menjadi kota mandiri dan pusat pendidikan di Tapanuli.

Beberapa alumni dari perguruan ini adalah Syeikh Basir dari Pekantan
yang dikenali dengan nama Tuan Basir (Lihat; Pustaha Tumbaga Holing,
Tampubolon) di kalangan masyarakat Batak Toba kerana Syeikh Basir 
merupakan penyebar Islam, terutama tarekat atau suluk di seluruh pelosok dan pedalaman Tanah Batak Toba. Organisasi di Toba menjadi kekuatan penting dalam pengusiran penjajah Belanda.

Alumni lainnya adalah Syeikh Husein dari Hutagadang yang menjadi
penerus kepemimpinan Naqsabandiyah di Tapanuli Selatan, Syeikh Hasyim Ranjau Batu, Syeikh Abdul Majid Tanjung Larangan Muara Sipongi, Syeikh Ismail Muara Sipngi, Syeikh Muhammad Saman Bukit Tinggi dan puteranya sendiri Syeikh Muhammad Baqi.

Salah seorang alumni Hutapungkut, Syeikh Abdul Hamid, menjadi imam
dan pengajar di Masjidilharam Mekah, sebelum kembali ke Hutapungkut
sebagai pemangku Khalifah Naqsabandiyah untuk daerah Tapanuli.

Syeikh Sulayman al-Kholidy meninggal dunia pada 12 Oktober 1917.

89. Tuan Guru Ahmad Zein Barumun: Saudagar Yang Intelektual
Dia merupakan anak dari aristokrat Kerajaan Aru Barumun dari Tanjung
Kenegerian Paringgonan, Barumun. Dia dilahirkan di Pintu Padang Julu pada tahun 1846.

Sebagai anak seorang aristokrat, dia menjadi saudagar yang mengembara di sepanjang Bukit Barisan. Di samping kegiatan ekonomi, dia turut belajar menerusi buku-buku ilmu pengetahuan.

Dia kemudian ke Tanjung Balai yang didiami ramai ulama terkenal. Dia  belajar dengan tokoh-tokoh intelektual sehingga usia 23 tahun.

Dari Tanjung Balai, dia berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan sekaligus menimba ilmu pada tahun 1869. Dia berguru dengan beberapa ulama terkenal di Mekah, di antaranya seorang ulama Batak iaitu Syeikh Abdul Kadir bin Syabir yang berketurunan Penyabungan, Syeikh Abdul Jabbar berketurunan Mompang Mandailing dan Syeikh Abu Bakar Tambusai.

Selain ulama keturunan Batak tersebut, dia juga menimba ilmu dari ulama-ulama Nusantara yang bermukim di Mekah seperti Syeikh Mukhtar Bogor, Syeikh Umar Sumbawa dan lain-lain.

Setelah dua belas tahun di Mekah dia kembali ke Tanah Air dan mendirikan sebuah institusi pendidikan di Pintu Padang Julu pada tahun 1901. Dengan pendidikan yang sistematik, institusi itu dapat melahirkan ramai sarjana dengan kaedah pendidikan Arab yang moden.

Setelah 23 tahun di Pintu Padang dan menjadikannya pusat pendidikan
intelektual dan cendikiawan Batak, dia kemudian kembali ke desa nenek
moyangnya di Tanjung pada tahun 1924. Di Tanjung dia mendirikan pondok pesantren. Dengan kharisma yang dimilikinya dia berhasil mengembangkan Tanjung, Paringgonan, menjadi pusat studi Islam yang didatangi para siswa dari seluruh penjuru Tanah Batak.

Selama hidupnya, dia terlibat dalam aktiviti yang menentang kekuatan penjajah Belanda. Puncak kegembiraan dalam hidupnya ialah pada saat kemerdekaan Indonesia. Dia meninggal pada tanggal 10 Oktober 1950.

90. Syeikh Abdul Muthalib Lubis: Tokoh Spiritual
Lahir di Manyabar pada tahun 1847 dan wafat pada tahun 1937. Dia
berasal dari keluarga miskin yang bergantung hidup dalam bidang
pertanian dan penternakan kerbau.

Pada umur 12 tahun dia merantau ke Kesultanan Deli, dan berangkat ke Mekah pada 1964 bersama abangnya Abdul Latif Lubis, untuk belajar di sana sehingga tahun 1874. Setelah itu dia belajar di Baitul Maqdis, Jerusalem,
Palestin dan kembali ke Mekah, untuk belajar Tarekat Naqsabandiyah.

Sekembalinya dari Mekah dia tinggal di Klang, Malaya dan pulang ke tanahair pada 1923. Di Manyabar, dia membangunkan kehidupan sosial masyarakat di berbagai tempat, di antaranta Barbaran, Hutabargot,Mompang Jae, Laru, Tambangan, Simangambat, Bangkudu, Rao-rao hingga ke Siladang.

Hobinya ialah melakukan long march, iaitu ritual berjalan kaki dari sebuah tempat ke tempat lain..Perjalanan itu pernah dilakukan ke Medan, Petumbukan,Galang bahkan Pematang Siantar. Dalam perjalanan, dia dan pengikutnya berusaha meringankan masalah seharian yang dialami penduduk di kawasan yang dilalui. Berkat usahanya, berbagai masyarakat animisme di pedalaman tanah Batak memeluk Islam tanpa paksaan daripada siapapun.

Di akhir hayatnya dia membuka sebuah forum diskusi dan pengajian di
rumahnya yang selalu dihadiri oleh tokoh-tokoh masyarakat dan bekas  
siswanya dari berbagai tempat.

91. Raja Dusun Derak Alam Tanjung bergelar Sultan Maharaja Lela (1853-
1872).

92. Syeikh Abdul Hamid Hutapungkut: Ahli Reformis
Lahir pada tahun 1865, dan merupakan tokoh pembaharuan. Sebagai
intelektual dia banyak terlibat dalam pengembangan budaya di Tapanuli Selatan. Dia merupakan tokoh untuk semua golongan dan tidak mahu terlibat dalam ajaran tarekat Naqsabandiyah.

Pada 1918, dia mengembangkan Islam di Pematang Siantar dan menjadi Kadi di Timbang Galung. Setelah dua tahun mengabdikan diri di tengah-tengah masyarakat Batak Simalungun, dia kembali ke tanah kelahirannya pada  1920.

Di sana dia mendirikan maktab perguruan di sebuah masjid yang dibangunkannya dan memperkayakan Hutapungkut sebagai kota seribu maktab perguruan Islam. Salah satu alumninya adalah Lebay Kodis. Sambil menjadi cendekiawan di perguruan tersebut dia juga terlibat dalam kegiatan politik mengusir Belanda hingga akhirnya dia bergabung dengan Permi dan PSII.

93. Sultan Marah Laut bin Sultan Main Alam Pasaribu pada tahun 1289
rabiul akhir atau pada 17 Jun 1872 menuliskan kembali Sejarah Tuanku Badan (Tambo Barus Hilir).

Biografi lengkap tokoh ini boleh dilihat dalam Sejarah Tuanku Badan
(Tambo Barus Hilir) yang menceritakan salasilah kerajaan Hatorusan di
Barus


94. SM Raja XII, Patuan Bosar, gelar Ompu Pulo Batu, Lahir 1871

95. Raja Muhammad Amin Tanjung gelar Sultan Hidayat (1872).

96. Syeikh Ja'far Hasan Tanjung

Lahir di Remburan, Mandailing pada 1880, anak kedua daripada dua belas putera-puteri Syeikh Hasan Tanjung.

Sejak kecil dia merantau ke Medan dan tinggal bersama bapa saudaranya yang menjadi usahawan berjaya bernama H. Hamid Panjang Mise. Pada 1904, dia dihantar belajar ke Mekah. Kemudian dia melanjutkan pengajian  ke Bait al-Maqdis, Jerusalem, Palestin. Dari sana dia melanjutkan pendidikan ke Kaherah.

Pada 1912, dia kembali ke tanahair dan mengembangkan pendidikan Islam di Medan. Dari pengalaman itu dia dilantik menjadi Pemimpin di Maktab Islamiyah Tapanuli pada 9 Syaaban 1336 Hijriah.

Rumahnya di Padang Bulan, diserahkan kepada al-Jam'iyah al-Washliyah yang menjadi organisasi masyarakat Muslim di Medan.

Sebagai tokoh masyarakat, dia enggan menerima zakat yang menurutnya ada beberapa ashnaf lain yang lebih berhak menerima.

97. Syeikh Muhammad Yunus Tapanuli: Lahir pada 1889, dia merupakan membangunkan  'Debating Club'; yang sangat terkenal. Kehidupannya banyak dibahas dalam biografi tokoh-tokoh yang menjadi penentang penjajah.

98. Syeikh Muhammad Yunus Huraba: Seorang tokoh pembangunan sosial Sipirok yang lahir pada 1894 di Huraba, Mandailing. Setelah kuliah di Mekah dia membangun Sipirok melalui permintaan Namora Natoras. Pembangunan masyarakat Islam di Sipirok dimulai dengan mendirikan masjid serta beberapa bangunan lembaga pendidikan lain.

Sipirok menjadi pusat pendidikan Islam dan ramai ulama yang lahir hasil  
dari didikannya. Di antaranya adalah Syeikh Syukur Labuo dari Parau
Sorat dan anaknya sendiri, Tuan Syeikh Ahmad Disipirok.

99. H. Mahmud Fauzi Sidempuan
Lahir di Padang Sidempuan pada 1896, ayahnya bernama H. Muhammad Nuh dan ibunya Hajjah Aisyah. Ibunya merupakan intelektual wanita Batak yang mempunyai jemaah. Orang-orang Batak mengenali Aisyah dengan gelaran Ompung Guru.

Untuk menghayati pendidikan agama dia berguru dengan Syeikh Abdul Hamid Hutapungkut yang menjadi satu-satunya tokoh Islam di sekitar kawasan tersebut selama tiga tahun. Pada 1910 dia berangkat ke Mekah atas dorongan gurunya.

Sekembali ke tanahair pada 1919, dia menjadikan Batang Toru sebagai pusat pengembangan pendidikan. Pada 1926, ramai warga Batak Toba dari pedalaman Tanah Batak datang mendengar ceramah agama yang diberikannya. 

Muhammad Fauzi juga terlibat dalam mengislamkan orang-orang Toba yang
berduyun-duyun mendatangi kediamannya untuk menyampaikan keinginan mereka memeluk agama ini.

Muhammad Fauzi menyediakan asrama sebagai tempat tinggal sementara bagi bilangan muallaf Toba sebelum mereka kembali ke kampung halaman masing-masing. Pada zaman kemerdekaan ramai muallaf Toba yang menjadi pegawai di kementerian agama Republik Indonesia yang baru dibangunkan.
Selain kegiatan dakwah dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan,
Muhammad Fauzi juga banyak menulis buku namun sekarang ini sudah
banyak yang hilang. Di antara yang dapat dicatat ialah buku berjodol 'Menuju Mekkah-Madinah-Baitul Maqdis'. Selain itu dia juga banyak mewakafkan hartanya untuk jalan dakwah.

100. Syeikh Ismail Bin Abdul Wahab Harahap

Nama lengkapnya, Assyahid Fi Sabilillah Syeikh Ismail bin Abdul Wahab Tanjung Balai. Dia dilahirkan di Kom Bilik, Bagan Asahan, pada 1897 anak kepada H. Abdul Wahab Harahap dan ibu Sariaman. Ayahnya berasal dari Huta Imbaru, Padang Lawas, Tapanuli Selatan.

Setelah tamat sekolah dasar, dia melanjutkan pendidikan agama dengan salah seorang ulama di Tanjung Balai, iaitu al-Marhum Syeikh Hasyim Tua serta beberapa ulama lain. Tanjung Balai, selain kota pelabuhan sibuk, juga merupakan pusat pendidikan agama Islam di Kesultanan Asahan. Siswa datang dari berbagai negeri seperti Kerajaan Kotapinang, Kerajaan Pane dan lain-lain dan menjadikan Tanjung Balai sebagai tujuan pendidikan.

Pada 1925, dia berangkat ke Mekah, yang menjadi pusat pertemuan intelektual Islam sedunia, dan berada di sana selama lima untuk mengembangkan kemampuannya sambil menunaikan ibadah haji.

Tidak puas dengan ilmu di Mekah, dia melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar di Kaherah. Dia menamatkan Aliyah, Alimiyah, Syahadah Kulliah Syar'iyah dan Takhassus dalam masa dua tahun.

Pendidikan yang sangat lama itu tidak menjadi halangan baginya, walau
terpaksa berkorban meninggalkan puterinya, Hindun yang lahir sejurus sebelum berangkat ke Mekah.

Dia juga aktif dalam politik menentang penjajahan. Dia menjadi Ketua 'Jamiatul Khoiriyah', sebuah organisasi siswa Indonesia di Mesir. Perjuangan melawan penjajah diperluas ke segenap puak Melayu yang berada di bawah tekanan penjajah. Dia juga menjadi Ketua Persatuan Indonesia Malaya selama tiga tahun.
Di bawah kepemimpinannya dia berjaya membangun perpaduan dan nasionalisme dalam jiwa pemuda Indonesia dan Malaysia yang belajar di Mesir.Semangat nasionalisme semakin menjalar di kedua negara sehingga nama Parpindom, singkatan nama organisasi mereka memberi harapan jelas mengenai nasib bangsa yang terjajah.
Kesedaran politik di Indonesia dan Malaya semakin pesat. Beberapa tulisannya terbit dalam majalah di kedua-dua negara. Majalah Dewan Islam, Medan Islam dan lain-lain merupakan saluran politik untuk dia menimbulkan kepercayaan diri bagi bangsa pribumi di bawah nama samaran, "Tampiras".

Perjuangan selama tiga belas tahun di luar negeri membuatnya terkenal ketika  pulang meninggalkan Port Said, Mesir ke Indonesia melalui Singapura yang merupakan sebuah wilayah Malaya ketika itu.

Jumaat, 28 November 1936, dia kembali ke tanah air melalui Pelabuhan
Teluk Nibung tepat pukul 15.45, dengan menumpang Kapal Kampar dari
Bengkalis.Tanpa diduga kepulangannya diketahui oleh masyarakat Tanjung Balai yang menyambutnya di pelabuhan dengan lagu-lagu perjuangan.

Dia bertahan dengan sikap penjajah Belanda yang kurang senang dengan kehadirannya ketika dia membangunkan sebuah institusi pendidikan bernama "Gubahan Islam" terletak di Jalan Jenderal Sudirman, Tanjung Balai. Beberapa tokoh setempat berlumba-lumba membantunya seperti H. Abdur Rahman Palahan dan H. Abdul Samad.

Beberapa insiden yang mengarah kepada kekacauan sosial diciptakan oleh penjajah untuk merenggangkan masyarakat setempat dengan lembaga pengarah pendidikan tersebut. Namun setiap kali Harahap berjaya mengatasinya.

Pendidikan yang diterapkannya semakin meningkat. Beberapa tahap pendidikan diadakan untuk memenuhi permintaan masyarakat, pendidikan umum, dewasa, juga pendidikan politik bagi aktivis kemerdekaan.

Beberapa kali Belanda mengeluarkan perintah sulit untuk menghentikannya.  termasuk larangan mengajar.

Pasca kemerdekaan Republik Indonesia, nasionalisme di Tanjung Balai mencapai puncaknya. Dia dilantik menjadi Ketua Nasional Kabupaten Tanjung Balai.

Di Tebing Tinggi, dia menggalas perpaduan sesama ulama seluruh Sumatra
Timur pada 1946 dan merumuskan beberapa fatwa untuk membantu
ummah yang menghadapi kesulitan ibadah.

Rakyat Sumatra Timur merindukan kehadirannya saat dia menunjukkan keberaniannya menurunkan bendera Jepun di Pejabat Gun Sei Bu di Tanjung Balai, tindakan yang dianggap sangat nekad.

Di celah-celah tanggungjawab sosial yang dipikul, dia masih bersedia untuk dilantik menjadi Pemimpin Redaksi Majalah Nasional "Islam Merdeka" yang kemudian diubahnya menjadi Majalah "Jiwa Merdeka".

Untuk mengisi kekosongan birokrasi, Gabenor Sumatra, Tuan T. M Hasan memintanya menjawat jawatan sebagai Ketua Baitul Mal pada 1946, yang bertempat di Pematang Siantar.

Pasca kemerdekaan Indonesia, tentera Belanda kembali pada tahun 1947. Dia yang menjadi sasaran operasi Belanda memutuskan untuk ke Pulau Simardan. Enam hari selepas pertempuran dia mengunjungi rumahnya di Jalan Tapanuli, Lorong Sipirok, Tanjung Balai untuk mengambil bekalan. Jam 10.00 pagi dia ditangkap oleh Belanda.

Didakwa atas tuduhan memprovokasi pemuda Indonesia supaya menuntut kemerdekaan, dia ditembak mati oleh Belanda pada hari Ahad 24 Ogos 1947 pukul 11.00, di usia 50 tahun dan telah dikuburkan di Penjara Simardan.

(Sumber:
http://marbun.blogspot.com/2007/01/biografi-100-tokoh-batak-dari-abad.html.  Tuesday, January 16, 2007)

No comments:

Post a Comment