serenemaklong.blogspot.com
APABILA
melakukan sesuatu pekerjaan, kadangkala kita terlalu sibuk sehingga kita
jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi,
meninggalkannya terus.
Jika dilakukan
sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
- Subuh: 2 rakaat
- Zuhur: 4 rakaat
- Asar: 4 rakaat
- Maghrib: 3 rakaat
- Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat
sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk
setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam
sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk
menunaikan solat dalam sehari, hanya 2.36%.
Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit
bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam
sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam setahun pula, 15.88 jam
sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan
kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa
kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula.
Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan
umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan
solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50
tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah
7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai
solat hanya 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah
hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun
kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur,
jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.
Jika difikirkan kembali, 34
minit sehari adalah sangat singkat. Menonton wayang 2 jam, beli-belah
berjam-jam, 34 minit itu tidak meluakkan masa dalam sehari.
Oleh itu, jom kita sama-sama
memperbaiki solat dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh
dan penuh khusyuk.
(Sumber: mr-tazkirah.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment