DALAM memilih peneraju
sesebuah negara, rakyat mesti berhati-hati. Sebaik mungkin pilihlah seorang
Khalifah yang akan memimpin menurut jalan yang ditetapkan Allah.
Umat Islam tidak wajar dipimpin oleh orang yang tidak beriman, fasik lagi munafik yang akhirnya akan menjahanamkan negara. Memang merugikan jika rakyat memilih pemimpin Islam celup iaitu orang yang mengaku beragama Islam tetapi mengamalkan cara hidup bertentangan dengan syariat.
Walau sepintar mana pun pemimpin dari golongan Islam celup itu, jika dia gagal melaksanakan lima rukun Islam, iaitu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bila cukup syarat, maka carilah orang lain yang lebih layak.
Pemimpin yang tidak menunaikan solat lima waktu memang tidak layak dipilih kerana ibadat ini adalah tunjang agama. Pemimpin juga mesti mempunyai ciri-ciri ketaqwaan iaitu tidak melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, seks sesama jantina seperti umat Nabi Luth, rasuah, berjudi dan minum arak.
Setelah didapati dia memenuhi kriteria asas ini, bolehlah dia dinilai pula dari ciri-ciri lain yang bersifat universal dan tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran serta sunnah.Sehubungan itu, kita wajib meneliti empat sifat utama Rasulullah saw iaitu benar; amanah; tabligh atau menyeru kepada kebaikan, dan bijaksana.
Jika seseorang itu suka berdolak-dalik, memutarbelitkan cakap dan tidak amanah, bererti dia bukan seorang yang benar. Orang yang benar tidak mungkir janji. Dia akan berusaha menunaikan janjinya kecuali disebabkan ketentuan Allah yang di luar kuasa manusia untuk mengubahnya.
Orang benar bercakap berdasarkan fakta, tidak bohong atau menipu. Dia tidak mengada-adakan perkara yang tidak wujud atau tidak benar semata-mata kerana mahu memperdayakan orang ramai supaya menyokongnya.
Amanah yang dipikul oleh pemimpin sangat besar dan berat. Orang yang benar-benar beriman tidak akan meminta dirinya dipilih menjadi pemimpin. Andainya orang ramai mendesak dia menjadi pemimpin, dia akan menerima jawatan dengan rasa bimbang, takut kalau-kalau tidak dapat memenuhi amanah yang dipikul.
Pada zaman Rasulullah, baginda tidak melantik orang yang kelihatan sangat ghairah berkehendakkan sesuatu jawatan. Dari Abu Musa katanya: ''Aku datang menemui Rasulullah bersama dua anak lelaki bapa saudaraku. Salah seorang daripada mereka berkata, Ya Rasulullah, angkatlah aku menjadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yang dikuasakan Allah kepada anda. Yang seorang lagi juga turut berkata seperti itu.
Jawab Rasulullah S.A.W:
Demi Allah, aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku sesuatu jawatan, orang yang meminta-minta supaya dia diangkat, bahkan tidak pula orang yang mengharap-harap (bercita-cita) untuk itu." - (Sahih Muslim)
Pada hari ini keadaan adalah sebaliknya. Kebanyakan orang yang mahu menjadi pemimpin melobi, merasuah, menipu, memfitnah dan melakukan perbuatan yang jelas dilarang Allah.
Adakah para pemilih tidak tahu perangai orang yang tidak layak menjadi pemimpin ini? Mungkin ada yang tidak tahu kerana orang munafik pandai menyembunyikan sifat-sifat buruk daripada khalayak umum.
Bagaimanapun sebilangan rakyat tahu tentang hati budi sebenar orang yang hendak dipilih. Soalnya, kalau sudah tahu perangainya buruk, mengapa tetap memilih dia? Sudah tiadakah lagi orang baik-baik yang layak dipilih? Atau para pemilih itu sendiri berperangai buruk, jadi selayaknya memilih orang yang sama seperti mereka.
Sungguh malang jika negara dilanda sindrom ketandusan pemimpin Islam. Jika berlaku, inilah tandanya rakyat sudah terlalu keduniaan. Mereka mencintai dunia yang serba-serbi sementara sedangkan akhirat yang dijanjikan Allah adalah lebih baik dan kekal. Mereka tidak mempedulikan amaran Allah SWT dalam Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. - Yunus (10): 7/8.
Pada hari ini, ramai yang mahu jadi pemimpin tanpa memikirkan bahawa di akhirat kelak mereka akan disoal tentang apa yang mereka lakukan. Mereka mahu jadi pemimpin sekadar berkehendakkan habuan dunia - kekayaan, pangkat, kemasyhuran atau pengaruh.
Hanya orang tidak mengejar habuan dunia sahaja akan menerima sesuatu jawatan atas dasar untuk memenuhi harapan dan kepercayaan orang lain. Inilah asas kepimpinan dalam Islam. Jika sampai ke peringkat sindrom ketandusan pemimpin yang layak, itu tandanya bilangan rakyat yang beriman semakin sedikit walaupun zahirnya bilangan umat Islam sangat ramai.
Sudah ada tanda-tanda bahawa negara ini sedang menghampiri peringkat ketandusan umat Islam yang layak menjadi pemimpin.Orang yang peribadinya jelas meragukan disokong dengan penuh fanatik.
Sebilangan penyokong pula merupakan mereka yang mendakwa berjuang atas nama agama Islam, tidak lekang daripada mengungkapkan ayat-ayat Quran di khalayak umum. Adakah mereka ini juga penganut Islam celup? Mungkin di kalangan mereka sendiri pun sudah tiada lagi orang yang lebih layak untuk diangkat menjadi pemimpin, dan kerana itu mereka 'gila' menyokong orang lain yang diselubungi pelbagai keraguan?
Penyokong sebegini hanya sekadar membaca Al-Quran tetapi tidak menghayati intipati ayat yang dibaca. Mereka tidak nampak kebenaran kerana hati mereka sudah 'buta.' Mungkin mereka adalah golongan yang Allah perjelaskan dalam ayat Quran ini:
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. - Al Hajj (22): 46.

No comments:
Post a Comment