serenemaklong.blogspot.com
Dari Usman bin
Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW
dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra
berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil
pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang
dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan
menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah
hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana
kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari
kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas
kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika
Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan
janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati,
tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke
pipi.
Jibril as berkata
kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di
tempat yang luas.”
Baginda SAW
bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as
menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW
bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as
berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW
bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as
berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW
bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi
daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW
bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata
kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke
hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang
bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as
berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang
paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu
agar mentaatinya?”
Buraq berkata:
“Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki
syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada
hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum
ini.”
Baginda SAW
bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku
memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas
hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu ia melangkah. Setiap
langkahan Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi
Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih,
malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur,
tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat
yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang
buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada
beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan
berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan
kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya,
terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan
tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni kubur. Sebahagian mereka
adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan
yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah
kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan
semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar
dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di
padang pasir
Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan.
70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi
SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat
perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad
SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril
as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as
berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad
bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as
berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar
cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril!
Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as
berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi
Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada
baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira
kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap
mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul
beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman
mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala
seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as
berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala
berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di
mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as
berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa
umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali
di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang
untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW
berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil
untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah
Taala. Nabi Muhammad SAW
memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan
Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku
tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan
dosa!”
Hamba-hamba Allah
Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa
yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke
arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik!
Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan
makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua
adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras,
kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk
melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah
terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.
Kanak-kanak mula
beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
(Sumber:
http://abuanasmadani.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment