Monday, May 2, 2016
Amalan Rezeki Yang Mewah
Ikuti nasihat Ustaz Yusuf Mansur selama 40 hari supaya Allah mengurniakan rezeki yang berterusan
1. Rutinkan solat fardu secara berjemaah di masjid pada awal waktu. Sertai dengan solat sunat Qabliyah (solat sunat sebelum solat wajib): 2 atau 4 rakaat sebelum zohor, sebelum asar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum isyak dan sebelum subuh. Ba'diyah (solat sunat sesudah solat fardhu): 2 rakaat setelah zohor, magrib dan isyak. Jangan lupa solat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan tundakan solat. Bila azan berkumandang, segeralah ke masjid terdekat.
2. Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat. Sepertiga malam itu adalah waktu mustajab (waktu terkabulnya doa).
3. Baca Surah Al Waqiah yang memperlancarkan rezeki:" Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni). Baca surah ini sesudah solat subuh atau sesudah solat isyak.
4. Rutinkan solat sunat dhuha 2 rakaat dilaksanakan saat matahari beranjak naik sampai sebelum zohor.
5. Berzikir sesudah solat mengikut yang biasa dilakukan dan ditambah dengan membaca asmaul husnah, Ya Fattah ya Razaak 11 kali, ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali, setiap selesai solat. Khususnya selesai solat subuh dan asar serta membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.
6. Rutinkan membaca zikir Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100 kali setiap hari atau dibahagikan setelah selesai solat fardhu (100 / 5 = 20 kali setiap selesai solat fardhu).
7. Rutinkan mohon ampun dengan beristighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedar ataupunun tidak.
8. Rutinkan membaca zikir subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang. Boleh dilakukan selepas solat dhuha dan petangnya setelah solat asar atau menjelang magrib.
9. Rutinkan membaca Yasin. Lakukan 1 kali setiap hari.
10. Baca Surah Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu) selepas isyak sebelum tidur.
Lakukan 10 rutin ini selama 40 hari. Bagi wanita yang didatangi haid, berhentilah sebentar dan melanjutkan setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan bisa menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment