Saturday, January 2, 2016
Tidak Susah Hendak Jadi Susah
Antara perkara yang boleh membawa kepapaan ialah perbuatan sentiasa tidak menutup aurat, tidak menghabiskan di pinggan sehingga membazir, membiarkan rumah dikotori sampah padahal kebersihan itu sebahagian dari iman. Di rumah tidak ada ruang untuk beribadat. Anak-anak kecil tidak mencuci kaki sebelum keluar dari tandas. Jangan memandang kecil perkara tersebut kerana Allah memandang hal itu sebagai perkara besar.
Ketika berjalan di hadapan guru pula tidak memberi penghormatan kepadanya, memanggil ayah dan ibu dengan nama saja contoh, "Wahai Fatimah, wahai Ali," tidak memanggil ayah,emak, Umi atau sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w. dipanggil oleh sahabat sebagai Rasulullah s.a.w. Oleh itu, guru kita hendaklah dipanggil dengan nama Tuan Guru, cikgu atau ustaz/ustazah.
Jangan abaikan kuliah subuh kerana Allah memberi seribu kali ganda pahala. Kalau kita buat baik kepada ibu bapa, Allah gandakan usia kebaikan tersebut 10 kali ganda, bermakna seolah-olah kita telah menghadiri kuliah subuh selama 10 hari. Kalau kita hadir kuliah subuh 3 hari dan berbakti kepada ibu bapa bermakna kita seolah-olah telah menghadiri kuliah subuh selama 30 hari. Anak yang selalu menziarahi ibu bapa, Allah akan ditambah rezeki dan tidak akan papa. Maka jagalah hubungan dengan ayah dan ibu. Jaga juga hubungan dengan orang-orang yang ada hubungan dengan mereka berdua sekiranya mereka telah kembali ke rahmatullah.
Meringankan solat, tidak mengambil berat bacan-bacaan di dalam solat, melengah-lengahkan solat, bergegas keluar masjid tanpa sempat berdoa juga boleh membawa kepapaan. Selain itu jangan sesekali menjahit baju yang masih dipakai di badan, silap haribulan tercucuk jarum pula. Begitu juga perbuatan membiarkan sarang labah-labah berada di dalam dan di sekitar rumah. Ingatlah, orang beriman buat apapun dapat pahala sebab malaikat turun dari langit duduk disebelahnya. [Adaptasi laman FB Ustaz Hasnan Fan Club]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment