Thursday, January 7, 2016
Khasiat Asam Jawa
Asam jawa sering dijadikan pes/bumbu dalam masakan, juga jus minuman dan ubat herba. Daun asam jawa makanan kambing atau lembu dan juga sebagai makanan ulat sutera menggantikan daun mulberi. Buah asam jawa menjadi sumber madu yang baik bagi lebah madu yang mana madu tersebut berwarna kuning keemasan dan sangat manis.
Asam jawa ada 2 jenis iaitu yang masam dan yang manis.Pati air asam jawa digunakan untuk meredakan demam panas, mengurangkan sakit tekak, merawat cirit birit, merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Ia juga mampu menghilangkan karat tembaga.
Kandungan dalam pati asam jawa ialah Gula antara 30-40%, Asid organik seperti asid sitrik, tartarik, asid asitik, asid askorbik (Vitamin C), Vitamin B dan juga kalsium. [Sumber: Wan Anis MN]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Slm
ReplyDelete