Thursday, January 7, 2016
Menangisi Jasad Yang Cuma Sangkar
Ketika Imam Al Ghazali menyedari ajalnya semakin dekat, dia pun menuliskan wasiat kepada para pelajarnya: "Katakan kepada sahabatku bahawa saat mereka melihat aku mati kelak, mereka akan menangis untukku dan berduka di atas pemergian ku. Adakah kamu menyangka mayat ini aku? Tentu sekali bukan. Aku di alam barzah sedangkan ini hanya jasadku. Dunia ini bagaikan rumah dan pakaian sementara waktu. Aku seumpama burung dan jasadku adalah sangkarnya. Kini aku terbang meninggalkan sangkar jasad ini. Aku sedang melanjutkan perjalanan meninggalkan kalian. Rumah kalian bukanlah tempat tinggalku lagi. Jangan fikir bahawa mati itu kematian yang terakhir kerana ada lagi kehidupan yang kekal menunggumu di alam selanjutnya di akhirat. Janganlah abaikan segenap kesempatan untuk bekalan di sana kelak."
Dari Tanah untuk Tanah. Redhakan pemergian orang-orang yang harus kembali ke pangkuan-Nya sekalipun orang yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Banyakkan berdoa untuk mereka yang sedang di alam barzakh.Sungguh penting kita lebih terkesan kerana masih diberikan Allah S.W.T. kesempatan untuk menjalani kehidupan.Jalanilah hidup bagai mukmin sejati kerana sesungguhnya jiwa mukmin itu menjadi burung yang bergantungan di pohon syurga hingga Allah Azza wa Jalla mengembalikan jasadnya di Hari Kebangkitan.Jadikan diri sendiri bahkan seluruh umat muslimin sebagai mukmin sejati dengan menunjukkan contoh akhlak yang baik. [Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment