Saturday, January 9, 2016
Berita Berintegriti Buat Komuniti
Kelmarin, 9 Januari 2016, D.Y.M.M. Seri Paduka Sultan Perak telah merasmikan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh, sebuah pusat setempat yang mampu membantu usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia membina masyarakat bermaklumat. Dalam majlis itu baginda telah menegur pihak media dengan titahnya "...Etika pengolahan berita secara bijaksana adalah satu keperluan. Pada setiap masa KEPENTINGAN UMUM WAJIB DIUTAMAKAN....Pengolahan berita yang KETERLALUAN, MEMIHAK, MEMUTIHKAN YANG HITAM, DAN MENGHITAMKAN YANG PUTIH tidak memberi manfaat, bersifat KAUNTER-PRODUKTIF. Jika dilakukan secara keterlaluan oleh institusi media rasmi negara, dibimbangkan perbuatan sedemikian pada akhirnya semakin MEMISAHKAN RAKYAT DENGAN KERAJAAN....Laporan yang menjunjung prinsip KEBENARAN, KEADILAN, KETEPATAN DAN KESAHIHAN adalah penentu kepada integriti dan kredibiliti institusi media. Bahawa fakta yang tepat itu SUCI sifatnya, MURNI kandungannya dan institusi media wajib berpegang kepada prinsip KEBENARAN YANG KUDUS......bahawa setiap perkataan, setiap perbuatan di bumi ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. pada Hari Pengadilan nanti."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment