Thursday, January 14, 2016
Tiada Yang Serba Sempurna
Seorang lelaki ingin mencari isteri yang sempurna telah bertemu dengan seorang wanita yang suka berhibur. Wanita itu mendekatinya namun lelaki itu menjauhkan diri kerana berasa wanita itu belum sempurna buat dirinya. Kemudian bertemu pula dengan seorang wanita yang suka berpakaian kurang sopan. Wanita ini sangat senang dengannya, namun si lelaki ini sekali lagi menjauhkan diri kerana berasa wanita tersebut belum cukup sempurna. Selepas itu bertemu pula dengan seorang wanita yang baik agamanya, sangat taat pada perintah Allah dan Rasul. Si lelaki sangat suka dan ingin memperisterikannya kerana dia cukup sempurna buat dirinya. Tetapi wanita tersebut menjauhkan diri dengan kata-kata, "Aku ingin mencari lelaki yang sempurna dan engkau belum cukup sempurna buatku."
Yang mencari kawan tanpa kecacatan, dia akan hidup keseorangan. Yang mencari isteri tanpa kekurangan, dia akan hidup membujang. Yang mencari kekasih tanpa masalah, dia akan hidup dalam pencarian. Yang mencari sanak-saudara sempurna, dia akan hidup memutuskan silaturahimnya. Fikir-fikirkanlah. [Idea asal dari Fuad Latip]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment