Thursday, November 5, 2015
Membasuh Pakaian Guna Mesin Basuh
Semua pakaian yang tidak ada najis boleh disatukan dan dibasuh sehingga bersih dalam mesin basuh. Baju, kain dan seluar boleh di gunakan untuk solat. Jika setakat peluh sahaja maka ia tidak dikira najis. Namun jika ada seluar dalam yang terkena kencing atau seluar anak-anak yang terkena kencing atau najis manusia maka perlulah ain najis tersebut dicuci terlebih dahulu dengan melalukan air mutlak ke atas pakaian yang terkena najis tersebut. Selepas itu baru masukkan ke dalam mesin basuh. Letakkan sabun dan mulakan basuhan seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment