Sunday, November 1, 2015
Kawal Lidah
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda, “Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata, “Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok.” (Hasan, riwayat Al-Tirmizi).
Kepentingan menjaga lidah demi keselamatan seseorang. Lidah biasanya menjadi penterjemah dan jurubicara kepada hati. Apa yang ada dalam hati biasanya akan muncul melalui lidah.Anggota tubuh manusia saling bergantung antara satu sama lain. Apabila satu melakukan kesalahan, ia akan mempengaruhi anggota yang lain.[Senyum Sokmo]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment