Friday, November 6, 2015
Jangan Sombong Ilmu
Para ulama mendidik anak-anak mereka dengan adab dan akhlak terlebih dahulu sebelum mendapatkan ilmu. Berkata Abu ‘Abdillah Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri RH:"Mereka (para ulama) tidak menghantar anak-anaknya untuk mencari ilmu hingga mendidiknya dengan adab, akhlak dan ibadah selama 20 tahun".(Hilyatul Auliya, Abu Na’im Asbahani, melalui Min Hadyi Salaf).
Mereka membezakan antara pendidikan (tarbiyyah) dan pengajaran (ta’lim). Iaitu anak-anak mereka dididik, dilatih dengan akhlak dan adab yang baik, kemudian mereka dihantar kepada para ulama. Dengan demikian ketika menimba ilmu, mereka dalam keadaan memiliki adab dan akhlak yang baik serta jauh dari kesombongan. Hingga ilmu yang mereka dapatkan menjadi berkat.Sesungguhnya ilmu yang kita ada akan ditanya tentang akibat amalannya. Seseorang boleh menjadi sombong dengan sebab berilmu pengetahuan. Dia sibuk menuntut ilmu yang dianggapnya ilmu yang baik tetapi sebenarnya bukanlah ilmu yang hakiki dan bermanfaat. Mungkin dia memang pakar dalam ilmu pengetahuannya, terutama dalam baba keagamaan tetapi akhlaknya, wataknya dan tabiatnya buruk, rendah jiwa dan hina budi pekerti.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba hingga ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya apa yang telah dia diamalkan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan dan k emana dikeluarkan, dan tentang badannya untuk apa dia gunakan". (Hadith Riwayat At-Tirmidzi). Oleh itu manfaatkannya untuk kebaikan sebagaimana sabda Nabi SAW:“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya”.
Imam Sufyan bin 'Uyainah r.a berpesan: "Bagi siapa melakukan sesuatu kerana mencari kehormatan, ia akan diuji dengan kehinaan. Barangsiapa mengerjakan sesuatu kerana dorongan harta, ia akan diuji dengan kefakiran. Barangsiapa mengerjakan sesuatu kerana dorongan agama, maka Allah akan memberi kehormatan dan harta bersama agamanya”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment