Monday, November 16, 2015

Bersangka Baik

Bersangka baik ialah pada nilai hati, bukan luaran. Mungkin sahaja seseorang dilihat HINA di sisi masyarakat. Tetapi hakikatnya dia LEBIH MULIA di sisi Allah berbanding kita. Mungkin sahaja seseorang dilihat JAUH DARI AGAMA.Namun hakikatnya dia paling DEKAT DENGAN AGAMA berbanding kita. Mungkin sahaja seseorang dilihat MISKIN DARI SEGI KEDUNIAAN. Tetapi boleh jadi dia salah seorang yang TERKAYA DALAM HAL AKHIRAT.Mungkin sahaja sekarang dia dilihat sebagai seorang KAKI MAKSIAT. Siapa tahu dia mungkin memperolehi PENGAKHIRAN YANG BAIK.Mungkin sahaja seseorang itu nampak DEKAT DENGAN AGAMA.Tetapi hakikatnya dia JAUH DARI AGAMA.
ALLAH TIDAK MENILAI SESEORANG DARI SUDUT ZAHIR, TERMASUK PAKAIANNYA. TETAPI, ALLAH MENILAI HATINYA.JANGAN DISEBABKAN AMAL-AMAL SOLEH YANG KITA KERJAKAN MEMBUATKAN KITA MEMANDANG DIRI KITA LEBIH MULIA SERTA TINGGI BERBANDING ORANG LAIN..INGATLAH!Kita belum tahu apa dan bagaimana pengakhiran kita...SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..

No comments:

Post a Comment