Monday, December 15, 2014
Kes Tebusan Di Sydney
Seorang penyerang bersenjata terbunuh dan dua tebusan mati selepas polis merempuh masuk ke sebuah kedai coklat di Sydney pada Isnin, menamatkan kepungan 16 jam oleh Man Haron Monis, yang juga dikenali sebagai Sheikh Haron. Dia membuat tuntutan dengan para perunding menerusi Facebook, YouTube dan media berita tempatan. Selain penyerang itu, dua tebusan, lelaki 34, dan wanita 38, mati ketika menerima rawatan di hospital. Empat yang lain, termasuk seorang pegawai polis mengalami cedera ringan. Polis menyerbu masuk selepas berlaku tembak-menembak.
Kilauan cahaya dalam kafe boleh dilihat dari luar dan dinding kaca bersepai ke jalan raya. Sekurang-kurangnya 5 dari 17 tebusan melarikan pada ketika itu. 5 lagi berjaya bolos beberapa jam lebih awal.
Drama ini bermula pada jam 9:45 pagi waktu tempatan. Bendera hitam yang biasa digunakan oleh militan Timur Tengah kelihatan di tingkap kafe Lindt. Man Haron Monis pernah disabitkan kesalahan kerana menulis surat-surat kutukan kepada keluarga tentera Australia yang terbunuh ketika perang di Afghanistan. Mantan ejen FBI Don Borelli berpendapat, tindakan suspek itu berkemungkinan dipengaruhi oleh ISIS.
Tebusan dipaksa menggunakan Facebook dan YouTube untuk menyampaikan tuntutan penyerang kepada pihak berkuasa. Tebusan juga dipaksa berdiri di depan cermin tingkap, kadang-kadang sampai dua jam. Suspek kelihatan resah selepas 5 tebusan pertama berjaya memboloskan diri. Will Geddes, perunding tebusan dalam drama ini menyatakan serbuan ke atas bangunan itu dibuat penuh teliti dengan mengambil kira ancaman ke atas tebusan yang berada di dalamnya. Dalam tempoh kepungan 16 jam, penyerang solo memang berisiko menjadi terlalu keletihan dan mampu bertindak ganas.
Jalan dan pejabat berdekatan bangunan berkenaan ditutup dan polis dilihat menggunakan tangga untuk menyelamatkan mereka yang berada di tingkat lain di bangunan itu, termasuk bayi. Lindt Chocolate Cafe terletak di Martin Place yang sibuk dengan pelancong, pusat beli-belah, sistem pengangkutan dan Parlimen negeri. Sydney Opera House yang berdekatan membatalkan pertunjukan pada malam Isnin. Bendera yang dilihat di tingkap kafe ketika drama tebusan berlangsung adalah Bendera Tawhid yang sering diguna oleh kumpulan Jabhat Al-Nusra dan lain -lain kumpulan Islam bersenjata di Timur Tengah.[Foto: NBC News]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment