Monday, December 1, 2014

Dari ZERO ke HERO

Manusia, ciptaan Allah paling sempurna, dilengkapi akal yang cerdas lagi bijak, untuk menggalas tugas sebagai khalifah di bumi.Namun sesetengah manusia terbuai dengan kemewahan hidup, memiliki deretan gedung, rumah, kereta dan ramai pendamping yang kacak dan jelita. Dia menjadi sombong, angkuh dan ego, terlupa langsung tugas hakikinya pada Pencipta. Jangan biarkan diri kita terjerat dengan kemewahan palsu dunia yang akhirnya membunuh jiwa. Ingatlah, tujuan utama kita ialah Dia. Buangkan segala kesombongan dan kembali mendekatkan diri kepadanya. "Sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada-Nya)." Surah al-Alaq ayat 19.
Cara untuk meningkatkan martabat diri dari ZERO menjadi HERO ialah dengan meninggalkan MAKSIAT dan dalam masa yang sama membina...TAQWA iaitu nilai hidup yang berpandukan piawaian Allah.FITRAH pula ialah kebaikan diri yang bersumber dari dalaman individu.Jangan bergantung pada SEMANGAT dan KESEDARAN semata-mata kerana kedua-duanya mempunyai TEMPOH LUPUT (hilang). Tanpa TAQWA, apabila semangat dan kesedaran semakin hilang, dikhuatiri seseorang itu akan balik menjadi seperti ASAL, atau menjadi lebih teruk lagi. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment