Saturday, December 20, 2014
Antara Yang Boleh Membatalkan Iman
PERKATAAN:
• “Kalau tidak kerana aku, pasti tak menjadi…”
• “Semua yang aku dapat hasil usaha aku semata-mata.”
• “Apa yang Allah kehendaki dan kau kehendaki.”
• “Kerana ubat inilah aku sembuh.”
PERBUATAN:
• Berjumpa bomoh, sekalipun mendakwa tidak mempercayainya.
• Berdoa kepada selain daripada Allah.
• Membenci sunnah Nabi s.a.w.
• Melakukan sihir.
• Menyokong orang kafir memerangi umat Islam.
• Memakai tangkal dan azimat.
KEPERCAYAAN:
• Khurafat
• Mempercayai bomoh, ramalan dan tilikan.
• Merasakan ada panduan yang lebih baik daripada Sunnah Nabi s.a.w.
• Ragu tentang dosa pahala.
• Menganggap syariat Islam tidak sesuai diamalkan pada masa kini.
[Ustaz Mohd Aizam Bin Mas’od]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment