Sunday, June 15, 2014

Usahawan Pengemis

serenemaklong.blogspot.com
Ali dan isterinya, Aminah sedang makan di rumah mereka bila tiba-tiba mereka didatangi seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, Aminah merasa terharu dan ingin memberikan sesuatu, lalu meminta izin kepada suaminya, "Bolehkah saya beri pengemis itu makanan?" Ali menjawab dengan lantang,"Tak payah. Halau dia dan tutup pintu!" Pengemis tadi berlalu dengan rasa kecewa.
Suatu masa usahaniaga Ali gagal dan dia jatuh muflis. Hartanya susut dan hutang keliling pinggang. Keadaan begitu menyebabkan Ali dan Aminah sering bertengkar sehingga pukul memukul. Akibatnya rumahtangga mereka runtuh. Tidak lama sesudah itu Aminah menikah lagi dengan Ahmad, seorang usahawan di kota dan hidup bahagia.
Pada suatu hari Aminah sedang makan dengan Ahmad. Tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Setelah pintu dibuka ternyata tamu tidak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati Aminah. Dia bertanya kepada Ahmad, "Bang, bolehkah saya beri apa-apa pada pengemis ini?". Jawab Ahmad, "Berilah dia makanan". Setelah melakukan sedemikian,Aminah masuk ke dalam rumah sambil menangis. Ahmad hairan lalu bertanya, "Kenapa ni?" Aminah menggeleng dan berkata dengan nada sedih, "Bang, saya sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hati ini. Abang tahu tak pengemis tadi tu suami saya yang dulu." Mendengar keterangan Aminah, Ahmad pula yang terkejut dan bertanya balik kepada Aminah, "Awak tahu tak Abanglah pengemis yang dihalaunya dulu!" ------------------------------------------------------------------------------------------ RENUNGAN: Hidup bagaikan roda yang selalu berputar. Kita tidak akan pernah tahu posisi kitaakan di atas atau di bawah. Oleh itu jangan bersikap sombong ketika berada di ATAS, tebarkan perbuatan baik di mana jua kita berada kerana kita akan menerima balasannya".

No comments:

Post a Comment