Friday, June 20, 2014
Masuk Syurga Kerana Dosa?
Bila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan menjadikannya terjerumus dalam suatu dosa (padahal sebelumnya dia mungkin seorang yang soleh dan gemar beramal soleh).
Dosa tersebut akan selalu terbayang di matanya, mengusik hatinya, mengganggu tidurnya, dan membuatnya selalu gelisah. Dia berasa takut semua kesolehannya sebelum itu akan menjadi sia-sia kerana dosa tersebut.
Dia kemudian tunduk di hadapan Allah, takut kepada-Nya, mengharap rahmat dan maghfirah-Nya, serta bertaubat kepada-Nya. Maka akibat dosa itu, dia terlepas daripada penyakit ‘ujub (kagum) terhadap amalan solehnya selama ini. Penyakit ‘ujub yang boleh meruntuhkan segala amalan, dan membinasakan dirinya. Dosa itulah menyebabkan dia masuk syurga.
Sebaliknya orang yang selalu melakukan amal soleh, boleh jadi akan mendapat celaka akibat amalannya itu. Bagaimana pula? … apabila dia berasa KAGUM DENGAN DIRINYA yang melakukan amal ‘soleh’ itu. Kekaguman (‘ujub) tersebut akan membatalkan amalnya. Bila Allah tidak mengujinya dengan suatu dosa yang mendorongnya bertaubat, orang ini akan lupa diri dan masuk neraka.
Oleh itu jangan mengukur seseorang dari segi penampilannya.Seseorang yang beramal dengan amalan syurga (soleh) sepanjang masa mungkin berakhir sebagai ahli neraka ketika di hujung usia lantaran hadirnya sifat sombong dengan kewarakannya.
(Suul Khotimah), sedangkan seseorang yang banyak melakukan amalan neraka (maksiat) boleh berakhir menjadi ahli syurga disebabkan keinsafan dan taubatnya di hujung usia. ( Husnul Khotimah).Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment