Sunday, June 29, 2014
Masjid Tertua Di Britain Dibuka Semula
Masjid yang pertama ditubuhkan di England ini telah terbiar dan dilupakan selama beberapa tahun, namun kini ia telah diubahsuai dan dibuka semula untuk kepada 20,000 orang Islam di Merseyside. Bagaimanakah masjid ini boleh muncul buat kali pertama?
Sebelum ini, rumah teres pertengahan di Liverpool yang sarat dengan dengan tingkap yang pecah dan cat yang telah mengelupas. Ia adalah bangunan yang dilupakan sehingga salah seorang individu yang menerajui projek pengubahsuaiannya meletakkan papan tanda "tempat kelahiran Islam di Britain".
Bangunan di Brougham Terrace, Kensington ini pernah dimiliki oleh Abdullah Quilliam yang mengasaskan Liverpool Institut Islam pada tahun 1889.
Abdullah Quilliam adalah seorang peguam Inggeris yang terkenal yang telah mendapat pendidikan di Isle of Man dan anak kepada seorang pendakwah Methodist, William Henry Quilliam. Beliau memeluk Islam dua tahun sebelum pembukaan Institut Islam Liverpool iaitu pada 1887 dan memilih Abdullah sebagai namanya dan dikatakan sebagi sebagai orang Inggeris tempatan yang pertama memeluk Islam.
[ http://www.bbc.com/news/uk-england-merseyside-28018673 ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment