Monday, June 16, 2014
Bila Jenazah Diusung
serenemaklong.blogspot.com
Imam Bukhari meriwayatkan sepotong hadith, yang bermaksud: “Apabila mayat telah diletakkan di dalam keranda, dan dipikul oleh kaum lelaki di atas bahu mereka, jika mayat itu seorang yang soleh, ia akan berkata, “BAWALAH AKU SEGERA,”… dan jika ia bukan seorang yang soleh ia akan berkata, “WAHAI CELAKANYA, KEMANAKAH KAMU HENDAK MEMBAWA KU?”…. Suaranya didengari oleh seluruh makhluk, melainkan manusia, dan sekiranya didengar oleh manusia, niscaya pengsan ia….”…...........
Dalam hadith yang lain, Nabi SAW bersabda, yang mafhumnya… “APABILA SEORANG ANAK ADAM TELAH DIKEBUMIKAN, dan semua rakan taulan meninggalkannya, dan simati akan mendengar hentakan kasut mereka, datanglah dua malaikat kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, APA PENDAPAT KAMU TENTANG LELAKI YANG BERNAMA MUHAMMAD SAW? Orang mukmin itu menjawab, aku mengaku dia adalah hamba Allah dan rasulNya… Lalu kata malaikat, lihatlah tempatmu di dalam syurga… Manakala bagi orang yang kafir dan munafik, apabila ditanya soalan yang sama, ia akan menjawab, AKU TIDAK TAHU, AKU HANYA MENURUT APA YANG ORANG LAIN KATAKAN KEPADAKU…. Berkata malaikat “KAMU TIDAK TAHU DAN KAMU TIDAK MENGIKUT PETUNJUKNYA..!!..”… Maka malaikat MEMUKUL MAYAT ITU DENGAN PEMUKUL BESI, sehingga ia menjerit kesakitan… Seluruh makhluk mendengar jeritan itu kecuali jin dan manusia….”…................................
Dalam sebuah hadith dari Al Barra bin ‘Azib r.a. IMAM BUKHARI DAN MUSLIM meriwayatkan bahawa Nabi SAW semasa menghantar jenazah seorang Ansar ke tanah perkuburan Baqi’, baginda SAW berdoa, maksudnya: “AKU MOHON BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARIPADA AZAB KUBUR..”….
Melihat jenazah adalah satu peringatan yang baik untuk kita. Inilah peluang untuk berfikir tentang diri, semoga kita tidak termasuk golongan orang yang lalai.Bila melihat jenazah, fikirkanlah bahawa: Suatu hari nanti, tubuh KITA JUGA AKAN TERBUJUR KAKU seperti itu. MASA KITA KIAN SINGKAT, tidak lama lagi kita juga akan bertemu-Nya. Orang yang terkujur di hadapan kita ini juga PERNAH BERFIKIR SEPERTI KITA semasa hidupnya. Kini dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi, tempoh untuknya telah tamat.APAKAH YANG DAPAT KITA LAKUKAN pada hari kita diusung seperti jenazah itu? Masa untuk kita juga sudah ditentukan, cuma waktunya kita tidak tahu. Tetapi ia dalah PASTI. Bila tiba waktu kita nanti, (AMAL) APA YANG KITA BAWA BERSAMA, dan apa pula yang kita tinggalkan, yang dapat membantu kita selepas kematian?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment