Saturday, June 14, 2014

Duit Ayah Buat Anak-Anak

serenemaklong.blogspot.com
Hawa pergi ke bank, bayar hutang di mesin cash deposit. Di belakangnya ada seorang pakcik berdiri. "Nak, boleh tolong saya masukkan duit. Selalunya ada pegawai yang tolong. Tapi hari ini cuti am. cik. Ini untuk anak saya yang UIA." ---------------------------- Duit dimasukkan untuk anak pertama. Berjaya. Kali kedua dengan jumlah yang sama tetapi kali ini ada 5keping not RM10, RM50, RM100. Semua duit masuk ke dalam mesin tetapi not RM100 keluar semula. 2kali. "Pakcik ada duit lain?" Hawa bertanya. Pakcik jawab, "Tak ada, nak." Sempat mata Hawa menjeling ke dalam dompet pakcik itu.Tinggal RM7 sahaja. Hati mula tersentuh.Cuba lagi masukkan.Moga dipermudahkan.Alhamdulillah berjaya. Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya. Berlalu pergi tetapi perlahan.. ------------------------------- Dia menunggang motorsikal dalam hujan renyai. Terlihat wajah kepayahan. Mengalir air mata Hawa. Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga. RM400 untuk 2 orang anak. Ssedikit untuk dirinya memadai.Moga ALLAH memberkati pakcik itu.Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.

No comments:

Post a Comment