Tuesday, June 24, 2014
Tazkirah Menjelang Ramadhan
PERINGATAN KEDUA:
Menurut majoriti mazhab termasuk Syafie, DISYARATKAN agar tidak ada senggang YANG LAMA (selang masa di antara dua solat yang dijama') di antara dua solat sewaktu ia DIJAMA'KAN. Sama ada Jama' Takhir atau Jama' Taqdim.
Senggang yang dibenarkan, tidak lebih dari tempoh solat dua rakaat manakala Lajnah Ifta Jordan menetapkan tidka lebih dari 7 minit.
Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebut :
يشترط الموالاة بأن لا يطول بينهما فصل؛ لأنه المأثور، ولهذا تركت الرواتب بينهما.
فإن طال الفصل بينهما ولو بعذر كجنون: وجب تأخير الثانية إلى وقتها؛ لزوال رابطة الجمع.
ولا يضر فصل يسير, ويعرف طوله وقصره بالعرف; لأنه لم يرد له ضابط
[https://www.youtube.com/watch?v=L-iZvmKVvWI&list=UUI0UEf5eIl4Y5bCwNbPlmHQ]
BERTIMBANG RASA TERHADAP PEKERJA BAWAHAN:
Daripada Ma'rur bin Suwaid, beliau berkata "Aku melihat Abu Zar r.a memakai satu pakaian dan hambanya juga memakai pakaian yg sama nilainya lalu aku bertanya kepadanya hal itu. Lalu Abu Zar menyebut bahawa dia pernah MENCELA seorang lelaki (pembantu pekerjanya) dengan menyebut segala keaiban ibunya maka Rasulullah SAW berkata kepadaku "Sesungguhnya kamu masih lagi mempunyai sifat-sifat jahiliah. Hai Abu Zar! Mereka itu (pembantu pekerja) sebenarnya saudara-saudaramu & penolong-penolong kamu. Allah telah menjadikan mereka itu terpaksa tunduk dibawah perintahmu. Oleh itu sesiapa yg ada saudaranya di bawah kekuasaannya maka hendaklah memberi makan kepadanya apa yg dia makan & memberi pakaian daripada apa yg dia pakai. JANGANLAH KAMU MEMBEBANI mereka dengan tugasan yg sangat berat. Bahkan apabila kamu menyuruh mereka melaksanakan sesuatu pekerjaan maka hendaklah kamu menolong mereka"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment