Tuesday, January 15, 2013

Keikhlasan Akar Pokok



serenemaklong.blogspot.com


APABILA melihat sebatang pokok yang tumbuh subur, sering kita berkata, ‘Wah, hebatnya. Batangnya besar, daunnya rendang, dahannya kuat, bunganya bagus, atau buahnya lebat dan manis,” dan sebagainya.

Kita jarang memuji akarnya. Sedarkah kita bahawa akar itu satu struktur yang sangat penting? Segala khasiat dari tanah masuk melalui akar menuju ke seluruh bahagian pokok. Bahkan ia juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan. Akar menyangga pokok dan menjadikannya kuat. Dengannya bekalan makanan pokok itu dapat dipenuhi yang memastikan kelangsungan pokok tersebut.

Tetapi akar tetap akar. Walaupun peranannya penting, ia tidak pernah menunjuk-nunjuk kegiatan atau hasilnya. Semua hal dilakukan dengan penuh kesungguhan dan rela. Dipuji atau tidak, ia tetap bekerja dan beramal soleh.

Sanggupkah kita meniru keikhlasan akar? Keikhlasan yang tanpa tapi-tapi. Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu. In Sya Allah, jika terus dipupuk, keikhlasan itu akan kita raih jua.


No comments:

Post a Comment