Friday, January 18, 2013

Adab Tidur



serenemaklong.blogspot.com



SEBELUM meletakkan kepala ke bantal, hendaklah berwuduk dahulu, kemudian baca doa tidur.

Berbaring dengan memiringkan badan sehingga bertumpu pada lambung sebelah kanan. (Muttafaq alaih:1470)

Letakkan telapak tangan di bawah pipi (HR.Bukhari:821­)

Dilarang tidur tengkurap (HR-Abu Dawud:822)
Tidur tengkurap atau menelungkup tidak baik untuk pernafasan bernafas.

Banyak tidur  dengan badan menghadap ke kiri pula boleh mengganggu kesehatan kerana menghimpit jantung sehingga edaran darah terganggu dan mengurangkan aliran darah ke otak. Jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi yang sedih, buruk, ­seram, bahkan berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah tubuh menghadap ke kanan. Fakta ini telah diuji oleh pakar perubatan dan ia membuktikan kebenaran ajaran Islam, sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menganjurkan kepada para pengikut beliau untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Kebenaran hanya milik Allah SAW. 

(Tulisan oleh : Muhammad Al Islam)

No comments:

Post a Comment