serenemaklong.blogsplot.com
HIDAYAH itu milik
Allah
Taki Takazawa, berambut
panjang dengan tubuh penuh tatu, kelihatan seperti
ahli mafia Jepun, Yakuza. Dia merupakan bekas tukang tatu kumpulan paling
ditakuti di Jepun itu, kerja yang dilakukannya selama 20 tahun.
Seperti kebanyakan penduduk Jepun, Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto. Pun begitu Takazawa pernah mendengar sepintas lalu mengenai Allah dan Muhammad.
Seperti kebanyakan penduduk Jepun, Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto. Pun begitu Takazawa pernah mendengar sepintas lalu mengenai Allah dan Muhammad.
Suatu hari ketika di wilayah Shibuya, Takazawa melihat
seseorang dengan kulit dan janggut putih, juga mengenakan baju dan serban warna
putih. Orang itu memberikan sekeping kertas dan menyuruh Takazawa membaca
kalimat yang tertera bersama-sama dengan dia. Kalimat itu adalah Syahadat,
pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya.
Meskipun tidak memahami makna keseluruhan, dia tetap mengucapkan dua kalimat Syahadat. Takazawa
menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Pandangan negatif kepada penampilan fizikalnya berubah apabila dia mengumandangkan azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Tokyo.
Pandangan negatif kepada penampilan fizikalnya berubah apabila dia mengumandangkan azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Tokyo.
Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu dengan
seorang yang menjadi inspirasinya. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi,
Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "kata
Takazawa.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa menjadi Imam di masjid kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal bila menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

No comments:
Post a Comment